Subuh pertama di Madinah

Salam alayk...

Lepas berehat sekejap dan membersihkan diri, kami terus ke masjid untuk bersolat Subuh. Kami terlewat datang (padahal 10 minit sebelum azan Subuh!) dan terus xdapat tempat best. Manusia sangat la ramai. Kagum aku! Padahal kalau kat Malaysia, jemaah Subuh 1 baris je. Kat sini, berduyun2 orang bersolat Subuh berjemaah. Kat pintu masuk masjid ada polis wanita jaga. Diorang check setiap orang yang masuk ke masjid. Beg pun kena selongkar. Botol air kosong xboleh dibawa masuk, begitu juga dengan kamera n handphone. Kami letak selipar dalam beg karung n simpan kat rak kasut. Tujuan, supaya senang nak cari nanti... Lepas tu ade lagi polis wanita bagi arahan masuk ke dalam. Diorang ni berpakaian serba hitam, siap dengan purdah lagi. Bertutup habis. Tapi suara lantang betul. Siap boleh cakap bahasa Indonesia lagi! "Ibu, masuk ibu. Cepat!!!" Haha~ Kat Masjid Nabawi ni jugak ada tong2 air zamzam. Siap ade yang cold n not cold lagi! Boleh minum bila2 masa. Satu lagi, kat sini kena jaga wudhuk. Sebab tandas punyalah jauh... orang ramai pulak tu. Semasa solat Subuh, imam xbaca doa qunut. Tapi dia ade break before sujud. So, sempat la aku baca qunut.

Lepas breakfast (makanan kat sini pihak agensi sediakan), kami yang perempuan ikut Ustazah Aishah (orang Kedah yang dah lama duduk di Madinah. Pakain dia pun dah macam orang Arab. Cakap Arab apatah lagi, berabuk!!! Haha~) melawat Raudhah. Tapi bukan senang nak masuk. Raudhah tu dibuka hingga pukul 12pm je. Orang pulak sangat ramai... Kami dikumpulkan ikut benua. Ade penduduk Arab, ade Turki, ade Pakistan, ade Malaysia/Indonesia. Kami dari Malaysia ni adalah kumpulan last yang dapat masuk. Aku sempat berdoa je (xsempat solat) dalam Raudhah. Orang bertolak2. Yang tengah solat pun hampir terpijak. Lepas habis berdoa n memberi salam kepada Rasulullah, kami cepat2 keluar. Tak pe lah, yang penting sempat berdoa... Moga2 aku dapat datang lagi ke sini...

Waktu Maghrib n Isyak sangat challenging, sebab kalau ikutkan waktu dah pukul 11pm di Malaysia. Aku rasa super ngantuk! Tersengguk2 masa solat Isyak. Lepas je dinner, aku terus tido... Esok kena bangun pukul 3am sebab Subuh masuk pukul 4.40am n kami kena pergi masjid sekurang2 45 minit before azan. Kalau x... sujud atas tapak kaki orang la jawabnye... Hehe~

+asar di Madinah+

+masjid nabawi+

Esoknya, kami berziarah luar...

Bersambung...

Maido ari, jaa~

Comments

mYshah said…
wah nani, untungnye ko da dapat pergi tanah suci, murah rezki ko. tahniah2... cemburunye! smoga aku dapat pergi gak secepat mungkin =)
Salsabila said…
xpe, kumpul la duit. bleh bwk mak ayah ko skali...

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Dinner Alumni Medic UKM 2016