Kembara ke Tanah Suci
Salam alayk...
Alhamdulillah, pada 14 hingga 27 April lalu, aku diberikan rezeki dan peluang untuk mengunjungi Tanah Haram Makkah dan Madinah. Aku, Ayah, Ummi dan Wae berserta 6 jemaah lagi di bawah kelolaan Agensi Asari Murni bertolak dari Kuala Terengganu ke KLIA. Di KLIA, kami disambut oleh Abuya Shamsul, wakil Asari Murni. Kami berkumpul dengan 26 lagi jemaah dari Kedah yang akan sama2 mengerjakan umrah. Kami sempat bertemu dengan Pak Yuh n Su Ha yang mengambil cuti semata2 untuk berjumpa dengan kami.
Flight ke Jeddah dijadualkan pada pukul 3pm. Kami sempat solat jamak taqdim Zohor + Asar di KLIA. Semasa nak masuk ke ruang menunggu, barulah kami tau botol minuman (air mineral) tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kapal terbang. Tak taulah kenapa... huhu. Dalam kapal terbang, aku duduk di sebelah Makcik Kamsah, manakala Ayah duduk di sebelah Ummi dan Wae duduk di sebelah Abuya. Takut jugak aku nak naik kapal terbang tu. Yelah, 8 jam tu... Nasib baik dalam kapal terbang tu kami diberikan headphone. Boleh dengar lagu atau tonton movie... Main game pun boleh. Sejam lepas take off, makanan dihidangkan. Nasi + kari ayam + sayur campur. Kari ayam dia best! Pastu ade jugak roti bun + butter. Dessert ade kuih pandan + Ferrero Rocher. Air pulak ade jus oren + air mineral. Pastu boleh minta nak teh @ kopi. Tak lama lepas tu, diedarkan pulak ais krim Magnum sorang satu. Fuyyo! Tak sangka best makan dalam kapal terbang ni. (orang Terengganu kate: Base darat! Haha~) Lepas makan, aku tonton movie, Confession of a shopaholic. Tapi sekerat je, sebab ngantuk. Ye la, dah perut kenyang... Tertido la sekejap. Sedar2 pulak, orang kejut. Makan lagi! Haha~ Kali ni nasi beriani pulak. Tapi dah xde Ferrero Rocher n ais krim Magnum. Huhu~ So far, penerbangan OK, tapi masa melintas Yaman kot, ade air pocket. Kapal terbang bergoyang n rasa macam nak jatuh. Takutnye aku... Cepat2 baca doa ape2 n zikir serta selawat. Pilot pesan cuaca kurang baik n akan berada dalam keadaan macam tu selama 10 minit. Bayangkan la perasaan aku. Rasa macam nak mati pun ade. Haha~ Terus rasa fobia nak naik flight. Masa tu terfikir gak, dah xnak naik kapal terbang. Tapi kalau x naik kapal terbang, camne nak balik Malaysia? Haha~ Ngoks!
Kami selamat mendarat di airport Jeddah pukul 7.50pm waktu Makkah. Dari kapal terbang kena naik bas untuk ke arrival hall. Pastu kena lalu pemeriksaan imigresen n angkat bagasi. Kami disambut oleh Ustaz Hamid, wakil Asari Murni, dan dibawa naik bas untuk ke Madinah. Pemandangan pertama aku tengok, pokok kurma di kiri kanan jalan. Tempoh dari Jeddah ke Madinah 6 jam. Kami tidur je dalam bas. Berhenti kejap untuk solat jamak ta'khir Maghrib + Isyak di R&R (kot).
Kami sampai di Madinah pukul 3.30am. Hotel kami dekat je dengan Masjid Nabawi. Penat memang penat. Tapi tengok orang dah berduyun2 ke masjid membuatkan kami bersemangat. Lepas berehat sekejap n membersihkan diri, kami terus ke masjid untuk bersolat Subuh.
Bersambung...
Maido ari, jaa~
Comments
tringat waktu ustazah engku ajar bab haji.. complicated, tp menarik!
waiting for your coming entries.. =)
jaja: mak sy kt jemput la dtg lg... dia pun rindu kt jaja yg chumil :)