Labbaikallah...
Salam alayk...
Esoknye, kami akan berihram pula. Tapi sebelum tu, kami pergi melawat ke Bukit Magnet dan kilang percetakan Al-Quran yang terbesar di dunia. Kawasan bukit magnet ni telah mula menjadi tarikan pelancong dan penduduk tempatan. Yang menariknya, di satu spot dalam kawasan ni, bila bas kami dalam keadaan free gear, bas dengan sendirinya 'ditarik' ke belakang! Kajian dari beberapa pihak mengesahkan fenomena tersebut adalah disebabkan kuasa magnet yang terdapat di situ... Kemudian kami ke kilang percetakan Al-Quran. Di sini kita boleh beli pelbagai saiz Al-Quran. Orang lelaki pulak boleh masuk ke dalam kilang dan mereka diberikan senaskhah Al-Quran percuma. Untung betul!
Lepas Zohor, kami bersiap memakai pakaian ihram dan bersolat sunat ihram. Kami bertolak ke miqat ihram bagi penduduk Madinah, iaitu Zulhulaifah. Kami berhenti di Masjid Bir Ali untuk berniat ihram. Lepas semua dah niat, maka kami terikat kepada 13 pantang larang dalam ihram. Antaranya, tidak boleh mencabut sebarang rambut pada badan, tidak boleh memakai wangi-wangian, perempuan tidak boleh menutup muka dan tangan, dan lelaki tidak boleh memakai pakaian berjahit.
Labbaikallahumma labbaik...
Labbaikala syarikala kalabbaik
Innalhamda wanni'mata
Lawakal mulk
Laa syarikalak!
Perjalanan ke Makkah selama 7 jam tu rasa amat membosankan! Ye la, sepanjang jalan adalah kawan gurun batu! Ala2 Grand Canyon pun ade... kawasan R&R pun ade, tapi siapa lah yang ade untuk mengoperasikannya... Nasib baik masa tu dah nak senja. Aku tido je... Kami singgah di satu R&R untuk solat jamak Maghrib+Isyak. Umat manusia sangat ramai, macam musim haji! Beratur dalam bilik air untuk ambil wudhuk. Dah la airnya kecik je... Aku ambil wudhuk anggota wajib je. Lepas tu nak solat kena bersesak2. Sabar2... Inilah ujian Allah bagi tetamu-Nya!
Kami sampai di Kota Suci Makkah pada pukul 10pm. Sup kambing menyambut kami. Sedapnye!!! Walau mata dah ngantuk, aku tetap berselera menghirup sup dan meratah kambing. Kemudian Ustaz Rijani (wakil Asari Murni di Makkah) berjanji untuk membawa kami menunaikan umrah. Tunggu punya tunggu, ustaz ada hal kecemasan. Kami pergi sendiri-sendiri je. Kami pergi tawaf pukul 12.30am. Malam x rasa macam malam pun! Orang sangat ramai sedang tawaf. Aku berdebar jugak nak tawaf kali pertama ni. Xtau nak baca ape. Ummi n Ayah kata bacalah doa ape2 pun, sebab dalam ibadat umrah ni, yg penting ialah niat dan perbuatan. Aku tawaf dengan Ayah, manakala Ummi tawaf dengan Wae. Kami berjanji untuk berjumpa di lampu hijau (tempat permulaan tawaf) lepas habis tawaf nanti. Lepas tawaf 7 pusingan dengan yakin, kami solat sunat tawaf di hadapan Kaabah dan terus ke bukit Safa untuk bersaie. Saie pun sama, bacalah doa apa2 pun. Yang penting, niat ketika hendak memulakannya dan cukup 7 kali saie. Aku rasa saie lah yang paling penat. Jauh tau bukit Safa n bukit Marwah ni. Ayah kata 7 kali saie ni lebih kurang 5km! Ye kot... Rasa macam nak tercabut tapak kaki... X dapat nak bayangkan pengorbanan Siti Hajar untuk mendapatkan air untuk puteranya, Nabi Ismail. Lepas siap saie, kami berdoa dan bertahalul (gunting sedikit rambut). Maka, selesaikan 1 ibadah umrah yang wajib dikerjakan sekali bagi setiap umat Islam yang berkemampuan. Selesai semua dalam pukul 2.30am. Kami pulang ke hotel dengan perasaan lega dan gembira. Kami tido...
Belum puas tido, belum hilang penat travel, kami dah kena bangun...
Bersambung...
Maido ari, jaa~

Comments