Dinner kolej & HKL
Salam alayk...
Seperti yang aku bagitau dalam entry lepas, Ahad lalu ada dinner kolej, sempena sambutan ulangtahun Kolej Tun Dr Ismail yang ke-10. Dinner tu buat kat Putrajaya International Convention Centre (PICC). Kami pergi naik bas. Tapi sesat jugak sebab pakcik driver bas tu xtau jalan. Haha. Bertolak pukul 5.30 pm sampai pukul 7 pm. Lama betul pusing2 kat Putrajaya sebab xtau PICC tu kat mana...
Lepas daftar kami pergi solat Maghrib. Maka ramailah budak2 dalam surau tu. Ada yang tukar baju, dan ramai juga yang sedang make up. Pukul 8 pm kami dah kena masuk hall. Dapat pulak meja no 7, betul2 depan stage dan sebelah meja VIP. VIP2 itu adalah mantan pengetua2 kolej... Datuk2 dan Datin2 semua. Segan pula duduk kat situ...
Majlis malam tu VC datang. Gilang gemilang la jugak... Tapi banyak benda sakit mata dan telinga aku... Huhu. Makanan so-so je... Nasib baik bayarannya dah ditolak dalam yuran kolej. Kalau x, xdenya aku nak pergi! Haha.
Majlis tamat jam 12.15 am. Maunye ngantuk tahap dewa aku... Sampai kolej pukul 1.24 am. Dah la esoknye kena pergi HKL. Ngantuk kaw2 la jawabnya... Huhu.
Kat HKL aku under Datuk Dr Jeya. Tapi Datuk Dr Jeya on leave. Nasib baik ada registrar dia, Dr Raymond. Baik sangat. Kitorang ikut ward round kat Cardiac Rehab Ward (CRW). Semalam ada patient COPD collapse. Asystole. CPR. Ventricular fibrillation (VF). Pulseless. Defib. Persist VF. CPR. Pulseless electrical activity (PEA). CPR. After 25 minutes resus, persist PEA, terminate effort... Cause of death: pulmonary embolism. Perasaan aku: Nothing! Tak rasa apa2 tengok patient gone... Huhu~
Semalam oncall. Ikut Dr Fauziah. Dapat clerk patient new case. Sekarang ni ramai betul orang ade influenza like illness. Batuk, demam, selsema, lethargy. Kesian HO kena oncall sorang2. Nasib baik ade medical student tolong clerk new case, buat venupuncture dan blood C&S.
Hari ni ade seminar kat PPUKM je. Tapi pagi free sebab ada lawatan dari Universitas Airlangga, Indonesia. Prof Shahrir kena pergi sambut orang2 tu... Postpone pukul 2 pm ni.
p/s: Bestnya Mat, dapat cuti seminggu xde kelas sebab kolej dia ada konvo... Boleh balik rumah pulak tu... Jelesss!!! Huhu :(
Maido ari, jaa~
Comments
huhuhuhu~
kak iena- makan2 mmg best! haha