Mulut masin

Salam alayk...

Lama betul tak update blog ni. Bukannya xde cerita nak kongsi, tapi malas nak menaip. Padahal dalam kepala ni macam2 nak cerita. Huhu~

OK, kita start dari minggu lepas. Last Friday aku dah habis perform forensik autopsy. Both gunshot case. Tak tahan aku dengan bau darah. Asyik nak muntah je... tapi of course la aku tahan. Dah la kena tolong tarik internal organs untuk keluarkan dari badan. Pastu kena tolong ambil sampel isi perut lagi. Hish, memang malam tu aku tak makan. Geli! Kat tangan ni masih terasa2 lagi pegang internal organs. Huhu~ Tapi sangat lega dapat siapkan 2 cases sekali gus. Tinggal nak buat report je...

Lepas habis forensik tu, Nisak batuk2 dan susah nafas. Dia pakai la ventolin inhaler. Aku tanya, apa rasa ventolin tu? Rasa macam nak try je... Disebabkan malam tu Nisak demam teruk, kami ke Emergency Department. Memang sangat ramai manusia. Dengan yang nak screening for H1N1 la, yang demam biasa la, semua ada. Nisak pulak masa tu tachycardic. Dia kena terus masuk dalam. Aku yang asal2 nak temankan Nisak saja2 la gatal nak daftar jugak. Chief complaint: Cough x 1/12. MA tu suruh pergi buat CXR. Lepas daftar, gi buat CXR, pastu tunggu turn. Budak paramedics kat primary triage dah warning, kena tunggu lama, mungkin 4-6 jam. Tapi aku gatal jugak nak daftar. So tunggu je la. Yang syoknya, tak sampai 20 minit tunggu, no giliran aku dipanggil. Dr tengok CXR aku clear. Dia tanya waktu bila yang batuk. Aku cakap la malam2 nak bila bangun tidur pagi2. Teka apa Dr tu diagnose aku??? Post-viral bronchitis! Treatment: Dia bagi gargle, diphenhydramine, PCM dan... ventolin inhaler! Terkejut siot aku! Baru je petang tu cakap kat Nisak rasa macam nak try rasa ventolin tu, tup2 dah dapat. Masin betul mulut aku ni. Lepas ni kena cakap benda baik2 je la... Haha~ Btw, aku tak pakai pun ventolin tu. Tak faham kenapa Dr tu nak prescribe ventolin kat aku. Aku bukan ada SOB pun. Huhu~

Minggu lepas dan minggu ni penuh dengan oncall. Selasa oncall, Sabtu oncall, Rabu pun oncall. Dan rotation oncall aku asyik sama dengan Dr Fauziah. Baik betul Dr Fauziah tu, kami dapat buat macam2 procedure. Dah la masa oncall hari Sabtu lepas staff nurse baik2. Macam syok je oncall... Hihi~

Hari Khamis aku tak pergi HKL sebab ada kelas dengan Dr Sheikh Anwar. So lepas kelas tu, Wani ajak jalan2 kat Pesta Konvo UKM Bangi. Aku terus setuju sebab weekend ni dah burn dengan program Medical Career Carnival (Mecca). Seronok la shopping untuk Ayah, Ummi, Mat dan Atin. Aku macam nak gila tengok blouse dan t-shirt labuh kat situ. Cantik2. Serius. Nasib baik fikiran ni waras lagi. Beli sehelai je. Tu pun tak sabar nak pakai. Haha~

Hari ni, Jumaat, last day kat HKL. Sempat clerk sorang patient. Dia wedding planner. Siap tanya lagi bila aku nak langsungkan my big day. Agak2 nya lah kan, kalau aku cakap tak lama lagi, mesti dia terus bagi no contact dia. Tak pun dapat sesi consultation free kat situ jugak. Haha~

Hari ni jugak aku jumpa akak2 senior yang datang untuk konvo mereka esok. Kak As, Kak Ema dan Kak Alfa. Seronok dengar diorang cerita pasal their life as a houseman. Memang horror! Dr2 kat luar tu memang letakkan high expectation kat UKM graduates. Memang kena belajar rajin2 mulai sekarang. Huhu~

Selamat bergraduasi, senior2 ku!

Maido ari, jaa~

Comments

Mat Hazwan said…
meh sini doktor kampung mari nak gtau.. kalo batuk start malam2.. itu maknanya anda mempunyai lelah... kan?

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)