Menu berbuka di rumah
Salam alayk...
Aku rasa sangat gembira sebab dapat balik berbuka puasa di rumah semasa cuti Hari Merdeka ni. Walaupun tak lama (2 hari je), tapi best dapat masak2 dan merasai air tangan Ummi. Atas permintaan aku, Ummi masak makanan2 ni... (Maaflah kalau ade yang termengidam! Huhu)
Sabtu, 29 Ogos 2009:
Ini aku request sebab dah lama sangat tak makan. Istimewanya bubur lambuk ni, Ummi letak budu. Takkan sama dengan bubur lambuk Kampung Baru, wa cakap sama lu!
Sebetulnya, ikan ni Ayah yang masak. Sorang2. Ayah suka ikan stim, tapi Ummi lebih gemar ikan masak 3 rasa. Aku... suka dua2. Hihi~
Best kerabu pegaga ni. Ummi campur dengan kacang botor sikit. Pastu letak kerang. Mengancam!
Ahad, 30 Ogos 2009:
Ini pun aku yang request. Lepas belajar makan kepala ikan bulan lepas, sedap pulak aku rasa. Oii, kecur air liur ni...
Ni pun sedap. Udangnya besar2 dan 'gemuk'2. Haha~
Kalau semalamnya ada bubur lambuk, kali ni ada mi goreng campur. Campur tu sebab ada macam2, daging, fish cake, fish ball dan kerang. Memang kaya la mi ni...
Last but not least, NEKBAT!!! Ni makanan wajib bagi orang Ganu waktu bulan puasa. Dia ni macam bahulu la jugak. Tapi bahulu dimakan kering2, dia ni tak boleh dimakan begitu saja. Kena sira dengan air gula. Bila kembang baru boleh makan. Oh, sedapnya nekbat yang manis dan gebu... Huhu~
Alhamdulillah, terlepas jugak rindu aku nak makan masakan air tangan Ummi. Tak sabar pulak nak balik raya... *peace*
p/s: Tengok nekbat, teringat kat Atin dan Pak Yuh yang suka berebut nekbat. Atin siap suruh Pak Yuh letak nama anak dia "Nik Bat". Tapi anak2 Pak Yuh memang ala2 nekbat, gebu! Geram nak cubit pipi Afiq dan Danish lagi... Haha~
Maido ari, jaa~
Comments