Selamat berpuasa
Salam alayk...
Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua umat Islam menunaikan fardhu puasa. Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak". Berpuasalah bersungguh2 dan perbanyakkanlah amalan di bulan mulia ini. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita mengutip ganjaran2 pahala.
Minggu lepas aku ke Teluk Intan. Posting di sana seminggu. Ini kali pertama aku sampai ke Teluk Intan. Pekannya not bad. Macam pekan Pasir Putih aje. Hospital Teluk Intan pun OK2 je. Makanan kat sana pun boleh tahan. Masuk la dengan selera aku ni (ye lah, aku ni makan apa pun boleh. haha). Tapi yang paling best adalah rumah sewa kami! Kat Taman Melor. Satu rumah 8 orang. Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Tapi kami ramai2 susun tilam dan tidur kat living hall. Best sebab ade kipas besar dan depan TV.
Kat HTI kami dipecahkan ke wad 2C, 2D (wad perubatan lelaki), 4A dan 4B (wad perubatan perempuan). Pengalaman yang paling tak dapat aku lupa semasa kat HTI ni adalah setiap hari aku witness death! Diulangi, SETIAP HARI! Aku tak tau la pulak mortality rate kat HTI ni sangat tinggi sampai tiap hari ada patient collapse. Hari Selasa tu aku yang tolong bagging patient, manakala Wani buat chest compression, gilir2 dengan Dr. HO. Ini kali pertama aku bagging real patient. Penat tau, xsama dengan buat kat mannequin. Tapi lastly patient tu gone. Huhu~
Hari Jumaat petang, semua orang dah balik ke KL. Tinggal aku dan housemates je yang belum balik sebab bas datang hari Sabtu. Jadi kami berpakat ke pekan untuk shopping baju raya dan apa2 yang patut. Pakcik van hantar kami ke pekan. Kami jalan2 la kat arked, tengok tudung2, baju2 raya, kasut2 dan macam2. Sempat jugak ambil gambar kat Menara Condong. Mahgrib baru kitorang balik. Nasib baik pakcik van sangat baik hati nak menjemput kami waktu maghrib tu. Haha~
Malam tu terawih. Tapi housemates ku bercadang nak solat terawih kat rumah je sebab nak tengok Nur Kasih dulu. Haha. Lantakla, janji solat terawih kan? Esoknya pukul 8 pagi bas dah sampai depan rumah sewa. Menjerit kami. Ye lah, kalut sebab tak mandi lagi. Haha~
p/s: Malam ni Ummi dan Ayah sampai di KL. Esok nak gi berbuka dengan Ummi dan Ayah (dan Mat sekali kot). Minggu depan balik rumah. Yeay! Xsabar nak berbuka di rumah. Nak request Ummi masak apa ye?
Maido ari, jaa~
Comments