Posts

Showing posts from 2009

Bercintalah sampai ke syurga!

Image
Salam alayk... Hari ni, tanggal 26 Disember 2009, sahabatku Ieja telah selamat diijabkabulkan dengan suaminya, Ustaz Firdaus. +ieja dan ustaz firdaus+ +kek yang cantek+ +kamar pengantin+ +inai merah+ +kenangan bersama pengantin baru+ +turn siapa pulak lepas ni???+ “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra denganya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” (Surah Ar-Rum, ayat 21). Selamat Pengantin Baru, Ieja dan Ustaz Firdaus! Bermula dengan "Aku terima nikahnya", biarlah bercinta sampai ke syurga~ Maido ari, jaa~

Boleh ke...?

Salam alayk. Hari ni aku xpergi ward. Tak tau ape yang dah jadi kat sana. Bila housemates ku balik, mereka cakap tengahari tadi ada Santa Claus datang ke ward, bagi hadiah kat budak2 tu. Best2 pulak hadiah tu... Aku rasa, budak2 tu mestilah seronok kan... Orang sekeliling pun mesti seronok jugak... Ini satu artikel yang aku petik dari http://nahwanz.blogdrive.com/ Allah swt, di akhir surah al-Furqan, ketika menyebut sifat hamba-hambaNya, berfirman : Maksudnya : "Dan mereka (yang diredhai oleh Allah itu ialah orang-orang ) yang tidak menyaksikan yang palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan menjaga kehormatan diri (membersihkan diri darinya)." (al-Furqan : 72) Para ulama Tafsir menakalkan sepertimana yang terdapat di dalam al-Durar al-Manthur demikian juga seperti yang disebut oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya dari sebahagian Tabi'ien seperti Mujahid, al-Dhohak , Ikrimah dan yang ...

Rehlah Bowling

Image
Salam alayk... Ahad lepas, aku dan geng2 usrah pergi main bowling kat Indah Parade. Asalnya nak buat pertandingan, Ustaz siap suruh sediakan hadiah. Tapi kami kira semuanya adalah pemenang. Hadiah tu kongsi la ramai2... Malas nak cerita banyak, tengok je la gambar kat bawah ni. Hihi~ +yang penting GAYA+ Inilah first time aku main bowling. Alhamdulillah, bukan asyik longkang je... Haha. Aku score 70 je. First timer la katakan... +aku dan kak faizah+ Maido ari~

Nak beli handphone baru!!!

Image
Salam alayk... Memandangkan pada 1 Januari 2010 nanti, Sony Ericsson K770i aku akan berusia 3 tahun, aku rasa cukuplah tempoh 'beliau' berkhidmat dengan aku (padahal aku dah bosan. Haha). Setakat ini 'beliau' belum pernah menghampakan aku. Kalau jatuh pun, 'beliau' tidaklah mengong2 dan buat hal. Kadang2 keypad 'beliau' buat hal (faham2 je la, Sony...). Cuma 2 bulan lepas, 'beliau' gagal membaca atau men-detect memory card dalam poket 'beliau'. Huhu~ Aku agak kecewa dengan 'beliau', tapi secara keseluruhan, aku suka dengan performance 'beliau'. Semalam aku dah survey2 dalam web, tengok model2 telefon yang aku suka. Kali ni aku nak beli yang flip pulak. Dah lama teringin jenis flip. Tapi pilihan yang ada sangat terbatas. Dan aku jugak still nak guna Sony Ericsson sebab dah terbiasa. Setakat ni aku jumpa model T707. Cantik. Ade 3 warna, tapi aku suka warna rose... Hihi~ Cantik x? OK la kan. Aku bukan reti pun nak pakai telef...

Celoteh aku

Image
Salam alayk... Posting Paediatric dah nak tamat. Rasanya aku dah buat Mini CEX aku. Rasanya??? Haha. Aku pun xpasti sebab Prof B buat continuous assessment. Setakat ni aku dah present 3 long cases dan buat 2 short cases. Hopefully OK la markah aku. Huhu~ Aku suka stay kat wad sebab boleh main2 dengan baby. Haha. Dulu team aku ade Nia dan Ismail, tapi diorang dah discharge. Sekarang ade Raqib pulak, walaupun dia bukan bawah team aku. Kami suka main dengan Raqib... +cik nia yang comel+ +raqib, ikut akak balik nak? haha+ Sebenarnye aku xtau nak tulis ape kat sini. Mula lah nak mengarut2. Padahal banyak kerja nak kena buat, antaranya: 1) Case write up 2) Portfolio PRHO 3) Report forensik Wah, banyak tu!!! Mati lah kalau xsiapkan weekend ni jugak. Huhu~ p/s: xsabar nak tunggu ahad ni, nak gi main bowling. lalala~ Maido ari, jaa~

Pre PRHO

Image
Salam alayk... Dah lama kan aku tak update blog ni? Agak2nye la, ade ke orang rindu nak baca celoteh aku kat blog ni? Hurm, ade kot. Adik2 n mak2 saudara aku la. Huhu~ Sekarang dah nak masuk minggu ke 5 dalam posting paediatric. Minggu ni turn aku jadi PRHO ( pre-registered house officer ) untuk team purple. Semalam, Prof B on take. Jadi aku kena pergi oncall 24 hours. Sabtu: 8 am - Datang ward. Kebetulan patient hanya ade 1. Lega... 10 am - Ward Paeds 1 kena pindah ke DayCare sebab nk buat renovation. Tolong nurses pindahkan patients. 11.30 am - Pergi breakfast kat kafe Audi. 12 pm - Ade patient baru masuk, tapi patient Prof O. Huhu~ 3 pm - Lepak2 sambil study. Tak de patient baru... 4.00 pm - Ade new case, patient with febrile fit. Under Prof B. Cover2... 4.30 pm - Ade 2 new admissions, patients with dengue fever. Satu under Prof B, satu under Prof K. Cover2... 5 pm - Dr R turun buat on call round. 6.30 pm - Balik bilik untuk dinner n mandi. 8 pm - Datang ward balik. 10 pm ...

I heart surgery~ (part 3)

Image
Salam alayk... Kali ni just nak letak gambar masa program Sunathon hari tu... Enjoy~ +banner+ Maido ari, jaa~

I heart surgery~ (part 2)

Salam alayk... Sambungan dari entry lepas, hari Sabtu tu kami ke program Sunathon di SK Kg. Tunku, PJ. Prof H jemput kami (aku, Mimi, Kak Sue dan Salan) untuk jadi assistant. Disebabkan aku xtau jalan ke PJ, kami bertolak awal pagi, pukul 7.15. Rupa2nye dekat aje sekolah tu. 15 minit perjalanan. Sebab jalan xjem kot... Kami lepak2 kat depan pagar sekolah sambil tunggu Prof datang. Pukul 8 Prof xsampai lagi, aku pun call la Prof. Prof suruh introduce diri kat cikgu dulu. Guru besar, Pn. Ainon ajak kami breakfast dulu. Alhamdulillah, rezeki... Kami pun borak2 dengan cikgu2 dan orang PIBG. Rasa macam dah dewasa pulak. Huhu. Rupa2nye Prof adalah PIBG kat sekolah tu. Pukul 8.30 Prof sampai. Majlis rasmi pun bermula. Budak2 yang nak bersunat tu dapat goody bag (ada bunga telur, pulut kuning dan Yaasin). Lepas tu tangkap gambar ramai2 sebab diorang la batch pertama yang 'disunatkan' oleh pihak PIBG. Masa Prof bagi taklimat pasal bersunat ni, Dr J datang. Prof perkenalkan la Dr J kepad...

I heart surgery~ (part 1)

Salam alayk... Rentetan dari entry lepas, oncall weekend tu kami xpergi pun. Sebab? Entah la, rasa macam malas nak pergi, rasa macam nak habiskan weekend kat bilik sendiri je... Huhu~ Tapi hari Isnin tu Mr A tanya kenapa xdatang oncall weekend. Kami cakap la, " It's not compulsory for us to come to oncall during weekend ". Respon Mr A, " So it's not compulsory la for me to teach you ". Nah, ambil tu! Mr A dah merajuk ( err, ke dah marah tu??? ) Huhu. Start dari minggu tu dia xtegur kami langsung. Macam kami ni xwujud je. Haru2... Serba salah kami dibuatnye. Sabau je la... Minggu last kena buat CPT ( clinical proficiency test a.k.a long case assessment ) dengan mana2 lecturer. Sampai hari Rabu aku still xbuat lagi. Risau betul aku. Nampaknye memang kena approach Mr A untuk assess aku. Dah la 'hubungan' kami dengan dia belum pulih. Kalau dia terus merajuk, xnak assess aku macam mana? Malam tu aku sangat stress sampai rasa nak muntah je. Aku doakan semo...

Dah mula sibuk...

Image
Salam alayk... Sebenarnye dah lama hati meronta2 nak update blog ni. Namun kemalasan yang melanda ditambah lagi dengan kesibukan yang berganda, tak dapat la nak update kan... Jadinye, mari meng-update~ Minggu lepas adalah first week aku posting surgery di PPUKM. Amatlah berbeza dengan posting surgery di HTI. Bagai langit dengan bumi! Dulu boleh la lepak2 pergi ward, ikut round pun macam main2 je. Kali ni, kalu tak cover bed, tak tau progression patient, siap la. Itu pun nasib baik aku dapat team Vascular ( Mr A dah baik dah tau! hehe ). Semalam present 2 case masa grand round. 1 dengan Mr A, 1 dengan Prof H. Ka w2 aku kena... Tapi diorang takde la marah sampai tengking, cuma perli2 sarkastik, provoke2 camtu. Aku ni memang lemah bab2 nak manage patient. Contoh soalannye: How do you prepare the patient for surgery? What antibiotics would you give and why? Aku main taram je cakap ape yang terlintas, mestilah banyak yang salah kan... Mr A siap cakap lagi, " Bagitau je ape yang ade da...

Raya-lah...

Image
Salam alayk... Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan kepada semua pembaca blog ni. Aku nak cerita balik apa yang berlaku masa raya aritu... 1 Syawal Aku bangun subuh2 lagi, mandi sunat aidilfitri. Lepas solat subuh n bersiap, kami bermaafan dulu. Kemudian baru angkut beg masuk kereta n bertolak ke Besut. Sampai di rumah Wae, kami makan2. Ummi buat nasi minyak dengan gulai kambing n ayam kampung. Wae buat nasi minyak juga, tapi dengan gulai itik. Sedap betul! Adik-beradik Ummi yang balik adalah Pak Dil, Cik Na, Pak Yuh n Su Ha. Kemudian mereka pergi sembahyang raya. Aku yang cuti ni tolong jadi babysitter kejap. Huhu~ +ihsan n danish+ +adam+ +ter-interframe pule...+ Lepas orang balik sembahyang raya, kami bermaafan lagi. Dapat duit raya semestinya. Haha. Abg Rie (2 pupu aku) datang beraya. Kemudian kami bertolak ke rumah Mak pula... Di rumah Mak, masa sampai tu ada sepupu Ayah datang. Aku just salam2 n terus pergi lepak dgn sepupu2 aku depan tv. Bertuah betul anak dara ni! Haha. Past...

Final Match of Ramadhan League: Second Half Prediction

Salam alayk... Just nak share: Assalamualaikum para penonton sekalian, Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan. Untuk makluman saudara sekalian, Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pema...

Dah sampai ke penghujung

Salam alayk... Nampaknye Ramadhan semakin ke penghujungnya. Begitu jugak dengan posting Medicine. Tak tau la apa yang aku dah buat selama ni. Huhu~ Semalam sempat jugak group aku pergi buka puasa sama2 kat Nando's. Jeles jugak dengan group Ainul yang selalu je buka puasa sama2. Ok la makan Nando's, dah lama aku tak makan. Last time masa aku 1st year ke 2nd year... dah lupa la. Hihi~ Untuk posting Surgery akan datang, aku dapat team Vascular. Dengar nama macam menakutkan. Tapi budak2 yang dah buat posting Surgery kata Prof Hanafiah baik. Mr Azim pun dah baik. Thanks to PPD :P Lepas raya aku terus kena pergi Hospital Teluk Intan untuk 3 minggu. Mood raya kat Teluk Intan. Mungkin boleh buat open house kat sana? Huhu~ Aku dah bereskan mini-CEX dan case write up. Tinggal je diet report. Pastu kena penuhkan log book. Stressnye ade log book ni!!! Maido ari, jaa~

Menu berbuka di rumah

Image
Salam alayk... Aku rasa sangat gembira sebab dapat balik berbuka puasa di rumah semasa cuti Hari Merdeka ni. Walaupun tak lama (2 hari je), tapi best dapat masak2 dan merasai air tangan Ummi. Atas permintaan aku, Ummi masak makanan2 ni... (Maaflah kalau ade yang termengidam! Huhu) Sabtu, 29 Ogos 2009: +bubur lambuk+ Ini aku request sebab dah lama sangat tak makan. Istimewanya bubur lambuk ni, Ummi letak budu. Takkan sama dengan bubur lambuk Kampung Baru, wa cakap sama lu! +ikan stim (lupa ikan apa)+ Sebetulnya, ikan ni Ayah yang masak. Sorang2. Ayah suka ikan stim, tapi Ummi lebih gemar ikan masak 3 rasa. Aku... suka dua2. Hihi~ +kerabu pegaga+ Best kerabu pegaga ni. Ummi campur dengan kacang botor sikit. Pastu letak kerang. Mengancam! Ahad, 30 Ogos 2009: +gulai kepala ikan merah+ Ini pun aku yang request. Lepas belajar makan kepala ikan bulan lepas, sedap pulak aku rasa. Oii, kecur air liur ni... +udang goreng bersama kacang buncis+ Ni pun sedap. Udangnya besar2 dan 'gemuk'2. ...

Muhasabah Ramadhan

Salam alayk... Just a quick entry. Kali ni aku nak kongsi satu artikel dari www.zaharuddin.net. Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan 1. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). 2. Makan sahur di tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. 3. Bersahur hanya dengan makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain. 4. Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. 5. Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. 6. Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana terawih. 7. Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. 8. Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari. 9. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. 10. Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. 11. Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. 12. Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram. 13. Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan...

Selamat berpuasa

Image
Salam alayk... Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua umat Islam menunaikan fardhu puasa. Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan " Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak " . Berpuasalah bersungguh2 dan perbanyakkanlah amalan di bulan mulia ini. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita mengutip ganjaran2 pahala. Minggu lepas aku ke Teluk Intan. Posting di sana seminggu. Ini kali pertama aku sampai ke Teluk Intan. Pekannya not bad. Macam pekan Pasir Putih aje. Hospital Teluk Intan pun OK2 je. Makanan kat sana pun boleh tahan. Masuk la dengan selera aku ni (ye lah, aku ni makan apa pun boleh. haha). Tapi yang paling best adalah rumah sewa kami! Kat Taman Melor. Satu rumah 8 orang. Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Tapi kami ramai2 susun tilam dan tidur kat living hall. Best sebab ade kipas besar dan depan TV. +rumah sewa kami. itu kereta wani+ Kat HTI kami dipecahkan ke wad 2C, 2D (wad perubatan lelaki), 4A dan 4B (wad perubatan perempuan). Pengalaman yang paling tak d...

Mulut masin

Salam alayk... Lama betul tak update blog ni. Bukannya xde cerita nak kongsi, tapi malas nak menaip. Padahal dalam kepala ni macam2 nak cerita. Huhu~ OK, kita start dari minggu lepas. Last Friday aku dah habis perform forensik autopsy. Both gunshot case. Tak tahan aku dengan bau darah. Asyik nak muntah je... tapi of course la aku tahan. Dah la kena tolong tarik internal organs untuk keluarkan dari badan. Pastu kena tolong ambil sampel isi perut lagi. Hish, memang malam tu aku tak makan. Geli! Kat tangan ni masih terasa2 lagi pegang internal organs. Huhu~ Tapi sangat lega dapat siapkan 2 cases sekali gus. Tinggal nak buat report je... Lepas habis forensik tu, Nisak batuk2 dan susah nafas. Dia pakai la ventolin inhaler. Aku tanya, apa rasa ventolin tu? Rasa macam nak try je... Disebabkan malam tu Nisak demam teruk, kami ke Emergency Department. Memang sangat ramai manusia. Dengan yang nak screening for H1N1 la, yang demam biasa la, semua ada. Nisak pulak masa tu tachycardic. Dia kena ter...

Dinner kolej & HKL

Image
Salam alayk... Seperti yang aku bagitau dalam entry lepas, Ahad lalu ada dinner kolej, sempena sambutan ulangtahun Kolej Tun Dr Ismail yang ke-10. Dinner tu buat kat Putrajaya International Convention Centre (PICC). Kami pergi naik bas. Tapi sesat jugak sebab pakcik driver bas tu xtau jalan. Haha. Bertolak pukul 5.30 pm sampai pukul 7 pm. Lama betul pusing2 kat Putrajaya sebab xtau PICC tu kat mana... Lepas daftar kami pergi solat Maghrib. Maka ramailah budak2 dalam surau tu. Ada yang tukar baju, dan ramai juga yang sedang make up. Pukul 8 pm kami dah kena masuk hall. Dapat pulak meja no 7, betul2 depan stage dan sebelah meja VIP. VIP2 itu adalah mantan pengetua2 kolej... Datuk2 dan Datin2 semua. Segan pula duduk kat situ... Majlis malam tu VC datang. Gilang gemilang la jugak... Tapi banyak benda sakit mata dan telinga aku... Huhu. Makanan so-so je... Nasib baik bayarannya dah ditolak dalam yuran kolej. Kalau x, xdenya aku nak pergi! Haha. +the menu+ +speech by VC+ +the pudding+ +cak!!...