I heart surgery~ (part 2)
Salam alayk...
Sambungan dari entry lepas, hari Sabtu tu kami ke program Sunathon di SK Kg. Tunku, PJ. Prof H jemput kami (aku, Mimi, Kak Sue dan Salan) untuk jadi assistant. Disebabkan aku xtau jalan ke PJ, kami bertolak awal pagi, pukul 7.15. Rupa2nye dekat aje sekolah tu. 15 minit perjalanan. Sebab jalan xjem kot... Kami lepak2 kat depan pagar sekolah sambil tunggu Prof datang. Pukul 8 Prof xsampai lagi, aku pun call la Prof. Prof suruh introduce diri kat cikgu dulu. Guru besar, Pn. Ainon ajak kami breakfast dulu. Alhamdulillah, rezeki... Kami pun borak2 dengan cikgu2 dan orang PIBG. Rasa macam dah dewasa pulak. Huhu. Rupa2nye Prof adalah PIBG kat sekolah tu.
Pukul 8.30 Prof sampai. Majlis rasmi pun bermula. Budak2 yang nak bersunat tu dapat goody bag (ada bunga telur, pulut kuning dan Yaasin). Lepas tu tangkap gambar ramai2 sebab diorang la batch pertama yang 'disunatkan' oleh pihak PIBG. Masa Prof bagi taklimat pasal bersunat ni, Dr J datang. Prof perkenalkan la Dr J kepada parents. Ada seorang ibu kat depan aku ni kata, "Hensemnya doktor. Nasib baik yang nak bersunat ni lelaki. Kalau perempuan mesti dah pengsan. Xpayah nak bius2 dah". Haha~ Lepas tu mereka semua dimandikan oleh guru besar sendiri.
Acara bersunat terpaksa ditunda kerana Prof R yang membawa peralatan dari HUKM tersesat. Kesian budak2 tu. Bila Prof R sampai je, kami memulakan aktiviti 'potong-memotong'. Haha. Prof R siap bawak diathermy (alat yang digunakan dalam pembedahan untuk memotong kulit dengan menggunakan laser/elektrik) lagi. Aku assist Prof R dan Dr J Memang senang la guna diathermy ni. Risiko pendarahannye 0.01% je! Budak2 tu menangis waktu suntik ubat bius je... Masa tu ade yang baca bismilah, baca doa n baca fatihah. Lepas tu relaks je, ade yang siap nyanyi2 lagi. Haha~ Prof R banyak ajar macam mana nak buat circumcision ni. Dia tanya aku nak buat ke? Hihi, xberani lagi la Prof... Tapi teringin jugak.
Semuanye habis pukul 2pm. Prof H ajak kami lunch kat rumah dia. Dr J n Dr Y suka mengusik kami. Yang kelakarnye, bila masuk je rumah Prof, kami terus duduk kat ruang tamu. Dr J kata, "Anak dara, kalau pergi rumah orang, kena masuk dapur dulu, salam dengan tuan rumah". Haha, malu betul masa tu. Masa hidang, kami tertumpahkan nasi. Dr Y kata, "Ini kalau mak mertua nampak ni, xlepas ni..." Ade2 je diorang ni. Masa makan, Dr Y kata, "Jemput la makan, xpayah nak ayu2". Memangla kami ni tak ayu, tapi segan la makan dengan doktor2 lelaki semua... Huhu~
Lepas makan, kami lepak2 depan TV sambil makan buah dan kerepek. Prof berdua tu berborak kat atas sofa. Kami berenam (kecuali Salan) berborak kat bawah. Pasal ape? Pasal kahwin. Haha. Macam tak ade topik lain je kan? Doktor2 ni la bukak discussion.
Dr Y: Lelaki kalau nak pilih isteri ade 4 kriteria kan? Perempuan pulak macam mana?
Aku: Sama je la...
Dr Y: Hadis mana cakap?
Aku: Memang la xde hadis yang cakap, tapi...
Dr Y (memotong cakap aku): See? Mana ada kan...
Dr J: Sebab tu la perempuan buat kriteria sendiri. Mesti kaya, hensem. Nama pulak ada 'Syed' kat depan.
Kami yang perempuan: Ei, mana ada...
Mereka yang lelaki: Ele...
Dr J: Korang lepas ni posting apa?
Mimi: Peads.
K.Sue: Lepas tu O&G.
Dr J: Nanti bila masuk paeds, korang akan rasa nak ada anak. Lepas tu bila masuk O&G, korang akan rasa nak kahwin. Tapi masa tu, alamak... xde boyfriend lagi la. Macam mana ni... Haha
Tengok tu, doktor2 ni lawak betul. Kami borak macam kawan2. Padahal masa kat ward pun, kami bukan selalu bertegur sapa sangat dengan diorang. Dr J siap nasihatkan kami supaya kahwin cepat2 once dah habis belajar. Dr Y pulak kata, "Jangan tunggu lama2, nanti xdiambil orang". Haha~
Kami sempat ambil gambar beramai2 di rumah Prof H. Anak bongsu Prof H comel sangat. Nama Harris, umur 4 tahun. Petah betul cakap omputih. Sampai Dr Y kata, "Dia ni pandai cakap melayu x?" Haha. Sebelum balik, kami ucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan program Sunathon dan kepada Prof H yang telah menjemput kami. Seronok sangat! Watashi wa, surgery posting no koto, daisuki!!!
Hari ni dah kena pergi ke Hospital Slim River untuk posting Peadiatric. I'm looking forward to it!
p/s: Gambar2 ada dengan Kak Sue lagi. Xsempat nak ambil la... Huhu~
Maido ari, jaa~
Comments
assalamualaikum
really...saya x sengaja jumpa blog ni. dok baca n byk benda2 yang santai, rileks minda dalam ni. tahniah n teruskan. semoga berjaya. cuma satu jer yang saya rasa nak tau lebih mendalam...su ta awak tu (normazita mansor)..nama tu macam saya kenal jer tapi tak tau la kot2 pelandok 2 serupa. boleh cerita panjang skit pasal dia..kalau x keberatan la
wsalam. thanks krn sudi meluangkan masa utk membaca blog ni. igtkn xde org nk bc... huhu
hurm, sy tgh pikir2 ni, mcm mn awk tau nm sy, n mcm mn awk knl su ta sy? sy ade mention dlm blog ni ke?
by d way, boleh awk perkenalkn diri dlu?
sorry n thank you~
sory lupa nak taaruf, tadi loghat nak solat jumaat. ada satu artikel awak pasal hari ibu(rasanya) ada tulis pasal su ta (normazita mansor). saya tak ingat artikel utk bulan berapa n tahun berapa dalam blog awak. apa pun, cuba tgk gambar ustazah normazita mansor n ustaz azman yasin bersama syafiq, anas n isteri serta anak saya dalam blog saya. gambar ni diambil di rumah kakta di gong maksom
http://elmargi.blogspot.com/2009/05/sembang-panitia-agama-bolasepak.html
ada satu lagi artikel pasal kakta:
http://elmargi.blogspot.com/2009/05/selamat-hari-guru_28.html
rasanya kakta saya tu sama dgn su ta awak. saya x sempat nak survey habis blog awak. cuba tgk maybe su ta awak tu sama dengan kakta. really kakta tu guru pembimbing saya sepanjang tempoh praktikum saya sebagai guru, mentor saya.
- nama awak tu ada dalam slip exam awak, hanani nabilah yg awak scan n ada dalam blog awak
- nama ayah awak ada dalam salah satu artikel awak. mohd sobri. lagipun wajah ayah awak seiras jer dengan wajah kakta yg saya kenal. cuma saya tak jumpa sebarang artikel or gambar pasal kakta. tu yg saya tanya
- nama datuk awak ialah mansor, ayah kakta (kalau betul la hipotesis saya)
- so kesimpulan yg saya buat, awak anak saudara kakta. betul kot?
apa pun, maaf banyak2 kalau awak tak suka.
betul la sy ni anak sedare ustzh normazita mansur (su ta). xsalah org. huhu.
tadi dok cari pasal isu-isu fiqh dalam bidang medic macam derma organ, suntikan vitamin masa ramadan etc. saya taip medic, fiqh medic, kementerian kesihatan msia,jakim, ppukm(saya ni x ukm) etc higgalah jumpa blog awak. saya xplorer hinggalah jumpa tulisan su ta(puan normazita mansor). skang dah confirm awak anak sedare dia. su ta awak tu byk sabar, susah n letih kerana saya (semoga ALLAH merahmatinya n kita semua).apa pun, selamat berblogging, semoga dapat manfaat dan kebaikan daripadanya. ada masa dipersilakan ke margi.
ada apa2, maaf byk2 yer.bukan apa, takut privacy awak terganggu. setengah org x suka dedahkan dirinya di alam maya. awak delete jer segala comments saya kalau awak tak suka yer.