A Weekend at Cameron Highlands

Untuk melengkapkan lagi percutian indah kami, hari Jumaat lepas kami ke Cameron Highlands. Asalnye my parents plan nak pergi dengan family kawan ayah, tup-tup diorang xjadi ikut pulak. Sibuk berkempen la katakan... So kitorang berlima je yang pergi. The journey started at 8 a.m. from my house at Padang Midin. We had breakfast at Kuala Berang. Makan nasi minyak lauk gulai itik. Inilah kali pertama Hannah n Hajar try makan itik. Sedap tau, macam ayam je tapi daging dia liat sikit.

+pakcik yang tengah bakar ikan n ayam kat kedai gulai itik+

Pastu kami meneruskan perjalanan merentasi Tasik Kenyir untuk ke Gua Musang. Actually jalan tu belum digazetkan lagi. So macam mencabar jugak lalu jalan tu sebab ade tempat yang tanah runtuh n on re-construction.

+tasik kenyir yang nampak berbalam-balam sebab hari hujan+

Sampai kat Gua Musang, kami berhenti jap kat R&R n teruskan perjalanan ke CH. Ade la jumpe beberapa orang anak orang asli yg tinggal di Pos Brooke.

+SK Pos Brooke, sekolah untuk anak-anak orang asli+

Nak sampai ke CH tu, jalannye berliku-liku, berkona-kona... sampaikan aku n Hannah pening. Kami singgah di masjid kat Tanah Rata untuk bagi laluan kepada ayah untuk solat Jumaat. Tak sangka, senario ni berlaku di mana-mana je. Semasa khutbah, anak-anak muda bukannye nak naik ke masjid, tapi bersidai ramai-ramai atas motor sambil hisap rokok. Bila dah iqamah baru nak naik ke masjid. Tu OK lagi... lagi haru, ade yang start motor terus balik. Hipokrit sungguh! Tak tau la kenapa. Bak kata Hajar, dah alang-alang sampai ke masjid, solat je la terus!

Kami check-in kat TM Resort, Tanah Rata. Bilik kami no. 101. Actually bilik tu macam apartment 2 bilik. Ade ruang tamu n meja makan. Aku, Hannah n Hajar ambil bilik besar yang ade balkoni.

+kawasan ni dipanggil puncak arabella+

+pemandangan dari balkoni bilik+

+main nyorok-nyorok ye...+

Lepas solat n lunch, kami terus ke Taman Agro MARDI. Cantik-cantik bunga kat situ. Sejuknye xla sejuk sangat. Paling suka Taman Inggeris, siap ade kolam ikan n ikan kap Jepun kat situ besar-besar belaka.

+ikan kap yang comel+

Habis tour satu taman, kami ke bazar, membeli-belah sikit. Kebetulan hari tu ade pasar malam kat Brinchang. Kami beli makanan, souvenir n sayuran kat situ. Balik berehat kat hotel, kami makan makanan yang dibeli dari pasar malam tadi. Malam lepas Maghrib, kami keluar makan kat Tanah Rata. Malam ni baru terasa sejuknye... Aku makan sup sayur, memang fresh giler la sayur dia. Best! Lepas balik makan, Hajar n Hannah layan tv tapi aku terus collapse. Penat wooo!

Esok paginye masing-masing berebut xnak mandi dulu sebab sejuk. Hee, nasib baik ade water heater. Kami breakfast kat kedai sebelah kedai makan semalam. Kami sume makan roti canai (sebab mamat penebar roti canai tu ensem ek, Hajar?). Nasi goreng dia sah-sah dah sejuk. Kat sini cepat je sume benda jadi sejuk. Kalu masak air tu, xsampai 10 minit dah jadi suam. Pastu kami check-out n bertolak ke rumah Pak Li n Cik Zan di Brinchang. Actually Cik Zan tu biras ummi. Diorang kerja kt CH. Pak Li pegawai Alam Sekitar, Cik Zan cikgu. Anak mereka 3 orang: Arif (form 2), Alia (darjah 6) n Alif (darjah 2). Lama betul xjumpe diorang. Last time aku jumpe masa Arif darjah 4 (kalu xsilap). Sampaikan Cik Zan kata aku dah 'besar'. Besar tang mana tu, Cik Zan? Hehe~ Kami 10 orang bertolak ke ladang teh BOH dengan menaiki landrover Pak Li. Jalan nak naik ke tempat tu bukan main berkona-kona. Dah la sempit, kalu selisih dengan kenderaan lain bahaya betul. Seronok jugak naik landrover ni. Nak masuk ke tempat duduk belakang kena panjat tangga kat tepi. Sempat kami jumpe mamat saleh yang poyo. Berjalan sambil cium bunga. Bila kami pandang, siap buat gaya lagi! Tu poyo ke giler? Hahaha~

+pemandangan dari atas landrover+

+mamat saleh yang poyo dengan bunganye+

+cantik kan pemandangan ni+

Lepas lawat ladang teh, kami bertolak pulang. Singgah di satu bazar jual pokok-pokok. Aku kan pencinta flora, mane boleh tengok pokok-pokok comel ni... Aku beli satu pokok untuk tambah koleksi pokok peliharaanku kat bilik, tapi aku xtau pokok ape tu. Sepanjang perjalanan balik aku tido je sebab pening... Kami singgah lunch kat Gua Musang, makan sup tulang. Best betul, hilang pening aku. Kami singgah kejap kat Tasik Kenyir, ambil gambar je...

+ni la tasik kenyir+

Maka dengan itu, tamatlah percutian indah kami selama 10 hari ini. Semalam Hajar n Hannah dah pun selamat sampai di rumah masing-masing lepas hampir 8 jam dalam bas dari Kuala Terengganu. So tinggallah aku kat rumah ni buat ape yang patut~

{takut pulak result keluar hari khamis nih}

Comments

MiLuViA said…
i love dat mat saleh nani..smpai ati kt die poyo

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)