Aku nak memperkenalkan sepupu2 ku sebelah ummi. Cik Na, mak sedaraku telah 'menganugerahkan' gelaran2 tertentu kepada mereka. Here they goes:
1) Budak paling baik
Wan Zahra Qistina ni baik sangat budaknye. Anak bongsu dari 3 beradik, umur dalam lingkungan 2 tahun. Jarang menangis dan very friendly... Sape2 pun boleh nak pegang, dukung dan main dengan si Tina ni. Dia suka makan, tak kisah la makan apepun. Tapi kalau nak makanan yang dia tengah makan, kena mintak, tak boleh curi2 ambik je. Nanti mengamuk la dia...
2) Budak paling sopan
Muhammad Wujdan ni sangat terkenal dengan kesopanan dan kesusilaannya. Haha~ Merupakan anak bongsu dari 2 beradik, berumur dalam 3 tahun. Bila bercakap, alahai... lembutnye suara, macam berbisik je. Tapi nakalnye boleh tahan jugak. Suka panggil orang dengan nama yang direka. Contohnye, suka panggil aku 'pakcik long' instead of 'kak long'. Tapi dia ni macam tak berkawan sangat dengan sepupu2 lain... main sendiri2 je.
3) Budak paling suka kacau(@ khenak) orang
Ni
Nik Mohd Aiman, budak yang paling suka 'khenak' kat orang. Anak bongsu daripada 8 beradik, berumur dalam 3 tahun. Actually dia dan kembarnye,
Nik Mohd Ehsan, memang sesuai dengan anugerah ni. Suka sangat tarik rambut orang, especially si Tina yang berambut kerinting dan naif. Aiman ni berbeza dengan Ehsan; Aiman seorang yang ceria dan friendly manakala Ehsan macam takut dengan orang dan manja. Sebenarnya nama diorang diambil sempena perpindahan family mereka dari Selangor ke Terengganu.
4) Budak paling suka bergaduh dengan orang
Wan Muhammad Jafni, anak kedua daripada 3 beradik memang nakal. Usia 4 tahun. Suka berebut barang permainan dengan Danial. kadang2 bila dia tengah berebut tu, boleh senyum lagi sedangkan Danial dah menangis. Saja nak cari penyakit lah tu...
5) Budak paling sombong
Aleya Murshidah, kalau mula2 kenal, memang sangat sombong. Kalau kita tegur dia, mesti kena marah. aleya merupakan anak tunggal, berumur 4 tahun. Dia juga budak yang paling '
jangok' (suka pakai accessory), contohnya rantai, cincin, gelang, sepit rambut, baju berfesyen dan berlabuci. Tak lupa juga, lipstick, eyeshadow dan perfume... Mengalahkan mak datin betul!
6) Budak paling manja 'kededek'
Muhammad Danial, memang anak baba. Anak sulung dari 2 beradik, umur 5 tahun. Manja betul, kalau jatuh sikit, kalau takde orang yang angkat atau buat tak tau, terus buat2 menangis sampai ade orang datang pujuk. Budak ni memang suka tarik perhatian orang. Tapi dalam manja-manja pun, boleh bertukar watak menjadi nakal dan suka kacau orang.
7) Budak paling mengada-ngadaWan Nurin Hannan merupakan anak sulung dari 3 beradik, berumur 6 tahun. Dia ni mempunyai keinginan yang besar, macam orang dewasa. Contohnye, dia nak jugak gelang yang berambu-rambu tu padahal takde pun gelang yang sesuai dengan tangannye yang kecil. Macam suka berdengki dengan orang la...
Itulah kisah sepupu2ku yang kecil. Kalau semua balik ke rumah nenekku di Besut, alamat riuh-rendah la dengan suara budak bergaduh dan menangis...
Comments