Kisah Telur Penyu
Ni lah telur penyu. Datang fresh dari Pulau Redang, siap ade pasir2 lagi... Bentuknye sebijik macam bola ping pong. Kulitnye x keras dan mudah dikoyak. Paling sedap dimakan masa lunch. Kenapa??? Sebab, rasanye yang sangat nikmat apabila dihirup... haha~
Cara nak masak telur penyu ni ialah dengan merebus bersama garam selama 15 minit. Kalau x letak garam, alamat tawar la rasanye. Nak makan, kena koyakkan sikit kulitnye, buat lubang kecil. Lepas tu, rapatkan ke bibir dan mulalah menghirupnya. Mula2 kita akan rasa putih telur dulu, yang cair dan macam gel atau lendir. Lepas habis putih telur tu, makanla kuning telurnye pulak. Kuning telur ni keras sikit, tapi adalah bahagian paling best dalam telur penyu ni. Bila dah habis, koyak dua kulit telur dan jilat mana2 putih telur yang masih melekat pada kulit telur tu...
Haha... mesti korang yang x pernah makan tertanya-tanya macam mana rasanye kan... dan tertelan air liur. Korang patut cuba makan telur penyu ni. Tapi harganye boleh tahan la, sebijik RM2.50.
Bak kata sorang cikgu aku masa sekolah rendah dulu, amat rugilah bagi penduduk Terengganu yang x pernah merasai keenakan telur penyu kerana mungkin satu hari nanti ia mungkin akan pupus. Sekurang2nye kita boleh bagitau anak cucu kita ape rasa telur penyu tu, kan?
So, selamat mencuba!
Comments