Gerai Klinikal @ Konvo UTM Skudai

Jumaat (21 Mac 2008)

Dek kerana terlalu excitednye kami nak gi ke Skudai, maka aku, Hajar dan Hannah pun turun awal dari bilik. Janji kul 2.30 petang dah kumpul tapi kami sampai kat depan audi ti kul 2.25 petang. Memang la sorang pun xde lagi... tapi bas UTM dah ade. Kami ni kan ikut janji mat saleh@jepun, kena tiba 5 minit awal. Huhu~ Tak lama lepas tu yang lain pun tiba dan kami pun naik la bas tu. Tapi xleh bertolak lagi sebab kena tunggu 2nd year datang dulu. Hampir kul 3.30 petang barulah kami bertolak. So yang naik basnye adalah:-

3rd year: Aku, Hannah, Hajar, Bee, Mushi, Mizah, Farin, Ieja, Wana, JoeAn, Jen, Zairi dan Pian.
2nd year: Dila, Aishah, Jie Yi, Wan, Hadi, Fadhli, Fahmi, Gym, Sethu dan Fekri.


Kami berhenti solat asar kat R&R Ayer Keroh. Sampai kat UTM kul 7.30 malam. Hujan pulak masa tu. Ade beberapa orang kena turun kat tapak sebab nak kena kemas booth. Yang lain pergi kat asrama, simpan beg. kami kena meredah hujan dan banjir (takat buku lali je) untuk sampai ke asrama sebab bas xleh masuk. Lepas solat jama', kami pergi ke tapak pesta untuk taklimat dan makan...

Lepas makan kami ronda2 kat situ jap, tapi xberniat nak beli lagi, usha2 je dulu. Sempat jumpe Mat jap... xpe, esok kan nak gi rumah Su. Kami balik bilik awal sebab penat dan esok kena bertugas shift pagi.

Sabtu (22 Mac 2008)

Sampai2 kat tapak, breakfast xde lagi... So kena makan sendiri dulu. Pagi ni Erid, Sop, Sol dan Hadi datang sebab diorang duk area2 JB ni je. Kul 9.30 pagi dah start ramai orang datang. Mula2 aku wat blood test (grouping, glucose, cholesterol, etc...) tapi tukar gi buat BP sebab penat. Masa buat BP tu terseksa betul, bukan dengan dupdupdup kat dalam steth, tapi dengar bunyi drum kat luar sebab masa tu ade 'Battle of the Band'. Haru betul nak dapatkan BP pakcik tu. Kena wat 2 kali.

Kul 1 petang hujan la pulak... angin kuat betul. Air pun dah masuk dalam booth sampai paras buku lali. tapi kawan2 aku sume still maintain wat kerja masing2 walaupun risau kasut rosak masuk air. Kul 4.30 petang hujan x henti2 jugak. Call Mat suruh gi amek sebab kena balik jugak, nak gi rumah Su. Balik, berehat dan kul 6 petang gi rumah Su. Ajak Su gi Jusco sebab nak beli barang2 buat spageti. Mat teringin sangat nak makan spageti. Malam tu aku dan Su buat spageti. Makan dengan housemates Su sambil tengok Cerekarama. Best la housemates su... sume poyo2 je.

Ahad (23 mac 2008)

Breakfast pagi K.Shidah buat jemput bawang dan goreng chicken fingers yang beli semalam. Kul 10 pagi, aku, Mat dan Su gi ke pesta konvo sebab nak beli barang yang Ummi dan Atin kirim. Aku suruh Su dan Mat buat pemeriksaan kat gerai kami. Lepas tu gi hantar beg kat bilik dan Mat tinggalkan aku kat tapak tu.

Kul 3 petang kami dah tutup gerai dan kemas2 nak balik. Balik amek beg kat asrama dan terus pulang ke KL. Kami berhenti solat asar kat Machap dan solat maghrib-Isya' kat Ayer Keroh. Dalam bas bukan boleh tidur terus, main2 dulu... buat2 lawak dulu... makan la... macam2 kami buat! Kami sampai ke KTDI kul 10 malam. Penat betul, tapi seronok.

+posing depan asrama sebelum balik+
depan: Fekri, JieYi, Fadhli, Hadi, Aishah, Mizah, Ieja
belakang: Wan, Pian, Sethu, Fahmi, Gym, JoeAn, Jen, Erid, Hannah, Hajar, aku, Mushi, Wana, Farin

Comments

MiLuViA said…
Cik Salsabila, tk byk kn amk gmbr kt johor..
ish.ish.ish
np tk leh tinggal msg kt leave your message tu ye?
Salsabila said…
erid kata ade byk gmbr dgn dia...
ntah la hajar, nani sendiri pun xleh leave msg kat situ. tapi si farizal boleh pulak. pelik2...

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)