Selamat Tinggal Tanah Suci
Salam alayk...
Pagi Isnin. Hari kami akan berangkat pulang ke tanah air. Sementara Ummi, Ayah dan Wae bersolat Subuh di masjid, aku bersiap2 sambil menonton siaran langsung solat Subuh dari Masjidil Haram di channel al-Quranul Karim. Sedar2, Ayah memanggilku untuk turun bersarapan. Aku tertidur rupanya! Lepas breakfast, kami timbang beg. Tak boleh lebih 20 kg seorang. Lama jugak la nak kemas barang2 dalam beg tu. Last2, seorang ade 2 beg. Dalam pukul 9 am tu, kami turun untuk mengerjakan tawaf wida', tawaf yang wajib dikerjakan sebelum meninggalkan Masjidil Haram. Lepas buat tawaf ni, dah xboleh nak masuk masjid dah. Nak balik tidur kat hotel pun xboleh. Terus kena naik bas. Tapi memandangkan aku xboleh solat, aku dan Makcik Maimun pergi istilam di depan pintu 1 (King Abdul Aziz Gate). Kat situ je boleh nampak Kaabah. Lepas baca doa, kami perlahan2 berundur ke belakang hingga tak nampak Kaabah. Kami pulang ke hotel sambil menunggu yang lain pulang dari tawaf wida'.
Pukul 11 am, kami bertolak ke Jeddah. Kami sempat singgah di Masjid Terapung Jeddah di pinggir Laut Merah untuk solat Zohor dan makan tengahari. Kami makan ala2 berpiknik di tengah panas. Tapi angin Laut Merah menyebabkan xberpeluh pun. Nyaman je...
Kami tiba di airport Jeddah. Semasa nak check-in, adalah berlaku adegan2 berebut dan bertolak-tolakan. Semua nak cepat! Lepas selamat dari situasi genting tu, kami solat jamak Maghrib dan Isyak. Kami boarding dalam pukul 11 pm. Aku tidur je sepanjang penerbangan sebab rasa macam nak demam. Nasib baik ada bekal panadol yang Ayah belikan untuk elak period pain tu. Aku makan tidur makan tidur je dalam flight. Tapi x lalu sangat, jadi aku tapau semua masuk beg. Hehe~ Kami sampai di KLIA pukul 10 am hari Selasa. Jemaah kumpulan kami berpecah kat sini sebab ada yang balik ke Kedah dan kami sendiri balik ke Terengganu. Lepas solat Zohor, kami menaiki pesawat. Tak tau lah kenapa, aku macam fobia sikit naik pesawat kali ni (mungkin sebab asyik kena air pocket). Pesawat bergegar sikit langgar awan, aku dah dupdapdupdap. Haha~ Tapi Alhamdulillah, mujur semuanya OK. Kat airport, Mat, Pak Cu, Cik Na, Pak Dil dan anak2 dah tunggu kami.
Alhamdulillah, begitulah pengalaman aku mengerjakan umrah yang dapat aku kongsikan di sini. Semoga umrahku diterima oleh-Nya. Dan semoga kita semua diberikan rezeki dan kesihatan untuk mengerjakan ibadat umrah dan haji suatu hari nanti. InsyaAllah. Amiin...
Maido ari, jaa~
Comments