Se'harum' unta... :P

Salam alayk...

Esoknya, lepas breakfast, kami seramai 36 orang menaiki bas untuk berziarah di sekitar kawasan Makkah. Kat sini, sempadan Tanah Suci memang ditanda, sebab orang bukan Islam tak boleh masuk. Pertama, kami pergi ke Bukit Thur, tempat Rasulullah S.A.W. dan Saidina Abu Bakar berlindung dari kafir Quraisy semasa hijrah Baginda ke Madinah. Kemudian kami ke Arafah, tempat jemaah haji berkumpul. Kawasan Arafah ni jugak ditanda "Arafah starts here" dan " Arafah ends here". Siap ada train lagi untuk ke Arafah (tapi guna masa musim haji je la). Kami berhenti di Jabal Rahmah, tempat di mana Nabi Adam a.s. bertemu semula dengan Hawa selepas dibuang dari syurga. Kat sini la kalau nak naik unta berhias pun. Tapi aku x naik, sebab baunya... MasyaAllah, 'harum' semacam!!! Kalau turun dari bas pun, bila naik atas bas nanti, bau tu ikut sekali. Huhu~

+turun kejap sebab nak amek gambar. xtahan bau dia+

+jabal rahmah+

Kemudian kami ke Muzdalifah dan Mina. Kat sini ade khemah2 yang siap dipasang. Nanti jemaah haji akan bermalam. Kat sini juga ade jamrah (tempat melontar). Luas kawasannya. Tanpa buang masa, kami ke Ja'ranah, tempat miqat untuk penduduk Makkah, untuk berniat ihram. On the way balik ke Masjidil Haram, kami singgah untuk melihat Jabal Nur, tempat wahyu pertama diturunkan di Gua Hira'. Driver bas kami siap tunjukkan Masjid Jin dan Masjid Pokok.

+mina... bangunan kat belakang tu tempat melontar+

Sesampainya di Masjidil Haram, kami solat Zohor sebelum mula mengerjakan umrah. Semuanya selesai sebelum solat Asar. Lepas asar barulah kami makan tengahari. Kami berehat sekejap sementara menunggu waktu Maghrib. Lepas Isyak dan dinner, kami tido... Esok kami akan bershopping!!!

Bersambung...

Maido ari, jaa~

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Dinner Alumni Medic UKM 2016