Hari-hari di Makkah
Salam alayk...
Selepas solat Subuh, kami berjalan pulang ke hotel. Di sepanjang jalan tu, ade la orang kulit hitam dan Indonesia berniaga. Macam2 ade... Umi awal2 lagi dah borong selendang pashmina 20 helai. Lepas breakfast, kami turun menjajat kedai. Macam2 kami beli untuk keluarga dan kawan2. Tapi, semua barang2 tu, MADE IN CHINA!
Kawasan yang kami duduk tu dekat dengan Hilton Makkah dan supermarket Bin Dawood. Barang2 kat supermarket tu agak mahal. Yang kelakarnya, kami beli barang harga SR 26.40. Ayah bagi SR 30. Cashier tu pulangkan... chewing gum sekotak sebab mereka xde duit syiling. Sebab tu la barang2 yang dijual di bazar atau kedai2 kecil berharga SR 1, SR 2, SR 5 dan SR 10. Kat Bin Dawood tu jugak Ayah terjumpa Dato' Harun Din. Excited Ayah! Hehe~
Keesokan harinya, lepas breakfast, kami bersama2 jemaah kumpulan kami menaiki teksi ke Tana'im untuk berniat ihram. Mula2 Abuya tolong carikan teksi. Abuya pesan, bila dah sampai Masjidil Haram balik, baru bayar tambang. Kalau bayar awal2, banyak la helah orang Arab ni.
Esoknya lagi pulak, kami ke Tana'im lepas Asar. Kami berkongsi teksi dengan sepasang suami isteri dari Indonesia. Pak Andi dan Ibu Andi nama mereka (tiba2 aku terinagt cerita KCB. ngehehe). Ummi dan Ayah borak la dengan mereka. Rupa2 nya Pak Andi tu mantan wali kota Jakarta Timur. Siap jemput kami semua ke rumahnya. InsyaAllah, kalau ade rezeki kami sampai ke sana, ye Pak Andi! Tawaf lepas Maghrib. Aku solat Isyak kat kaki bukit Safa sebab semua tempat dah penuh. Kawasan cerun, masa sujud tu rasa macam nak meluncur ke depan je. Huhu~
Esoknya pulak, kami rehat. Cuma jalan2 dari kedai ke kedai, membeli apa2 yang rasa belum cukup. Beg sah2 dah kena beli yang lain. Hehe~
Esoknya lagi, kami ke Tana'im untuk berniat ihram. Teksi dia van, boleh muat dalam 15 orang. Pemandu teksi tu nak jugak penuhkan teksi sebelum bertolak. Lama jugak la kami tunggu. Pengalaman menaiki teksi kat Makkah ni memang mengerikan. Pemandunya x berhemah langsung. Suka2 hati je potong queue kat traffic light, bunyikan hon dan terjerit2 maki orang. Sakit jantung aku! Lepas tawaf kali ni, dapat jugak aku solat sunat kat dalam Hijr Ismail dan depan Multazam. Aku pun dapat pegang kelambu Kaabah.
Esoknya pulak, hari sedih sebab aku dah xboleh solat. Sempat solat Asar je. Esoknya dah nak balik pulak. Huhuhu... sedey~ :(
Bersambung...
Maido ari, jaa~
Comments