Posts

Showing posts from July, 2008

Stress therapy + Western-styled dinner + Usrah

Salam alayk... JUMAAT Hari ini kebetulan takde common lecture. Dah 2 minggu berturut2 takde. Aku pun ambil kesempatan ni untuk buat 'stress therapy'. Ape tu??? Shopping le~ Pukul 2.30pm aku bertolak ke Jusco Maluri. Naik teksi. Sorang2 pulak tu. Sebenarnye kalu nak shopping aku lebih suka pergi sorang2. Bebas sikit. Tambahan pulak, kali ni aku tak sempat nak ajak siapa2 pun sebab rancangan 'stress therapy' ni timbul secara ad hoc. Yang aku tau, pergi draw duit dan terus naik teksi! Sampai2 je, aku terus masuk KFC. Lapar betul! Lagipun dah lama aku mengidam nak makan Toasted Twister, kepingan ayam berempah dibalut roti tortilla yang dipanggang. Fuh, amat menyelerakan! Disebabkan makan sorang2, aku takde mood nak tangkap gambar. Hehe~ Lepas tu aku mulakan aktiviti 'stress therapy' tu. Aku bukannya beli apa pun, bila balik bilik, baru aku sedar, sebahagian duit aku belanjakan untuk makanan. Tapi takpe, asalkan aku puas hati dan gembira... SABTU Pagi tu aku dapat S...

Ku t'lah jatuh cinta

Salam alayk... Alhamdulillah, dah habis seminggu dalam posting ophthalmology. Aku dapat Dr. Othmaliza sebagai supervisor. Seronok belajar dengan Dr. Liza. Ye la, dia graduan UKM, pasti faham benar dengan situasi pelajar2. Kaedah pengajarannya menyebabkan aku rasa ophthalmology ni senang. Minggu pertama ni, kami cuma belajar tentang anatomy of the eye dan visual & pupillary pathway saje. Dan tak lupa praktis cari optic disk guna ophthalmoscope. Masa banyak dihabiskan di klinik. Aku sangat suka berada di klinik oftalmologi, dan aku sangat suka luangkan masa di Bilik Kecemasan Mata atau Eye Casualty. Banyak kes manarik yang aku dapat tengok. Ophthalmology ni satu bidang yang menarik dan kes2 nye pun straight forward. Sama ada jumpa findings atau tak je... Hehe~ Hari Rabu ade kuliah oleh Prof Muhaya. Setengah jam dihabiskan untuk slot motivasi, sejam selebihnya untuk kuliah. Seronok sangat mendengar motivasi daripada Prof Muhaya. Kebetulan aku duduk di kerusi paling depan, berhampiran ...

Gigam madness

Image
Salam alayk... Alhamdulillah, selepas melalui sedikit kesulitan untuk meng-upload gambar, akhirnya berjaya jugak... Jadi aku nak teruskan niat untuk berkongsi aktiviti aku semasa di minggu terakhir untuk posting ENT. Minggu itu, 'gigam madness' kami (aku, shima n kak jijah) amat menjadi-jadi. Buktinya: 1. Depan klinik speech: +saranghe +this is 'A'!!!+ 2. Dalam bilik tutorial ward ENT: +baju sama... x berpakat pun+ 3. Dalam bilik seminar klinik ENT +baju sama... yang ni baru berpakat+ +yo, kawan!+ +gaya ape ntah ni...+ +eh, sape kat luar tu?+ +sekali kantoi ade orang masuk da... (tengok muka terkejut shima)+ Itu saje. Memang xde kerja. Inilah padahnya kalau budak2 yang mempunyai sifat grandiose yang berpada2 berkumpul... Haha~ Maido ari, jaa~

Hujung minggu yang terisi

Image
Salam alayk... Hujung minggu aku kali ni penuh terisi. Hari Sabtu, aku, Puteri Sulung n Puteri Mawar Merah pergi ke PPUM untuk menziarahi ibu sahabat kami, Kak Ilan, yang dimasukkan ke ward kerana intestinal obstruction. Pertama kali sampai di PPUM, kami terpegun. Hospitalnya sangat besar n cantik. Tak boleh jadi ni! Mesti rasa nak compare dengan PPUKM. Hehe~ Selepas hampir sejam di sana (sempat makan tengahari n solat Zohor di PPUM), kami bertolak pulang. Disebabkan kami perlu menukar tren di Stesen Masjid Jamek, kami mengubah haluan ke Jalan TAR untuk membeli tudung n kain baju raya. Hehe~ Kebetulan ada pasar malam, jadi kami pun beli la makan malam sekali... Jam 5 petang barulah kami sampai ke PPUKM. Hari ni, Ahad, aku, Kathija, Kak Qari, Rosnah n Annisaa pergi ke sebuah program untuk ibu tunggal n 'tinggal' di Kampung Pandan. Kenapa ye? Kami ni ada rupa ibu tunggal n 'tinggal' ke??? Huhu~ Sebenarnya kami ke sana adalah untuk memenuhi jemputan penganjur untuk mengada...

Khabar dari kampung

Image
Salam alayk... Sebenarnya banyak perkara berlaku minggu ini. Tapi jari-jemari ni malas pula nak mengetuk keyboard laptop... Huhu~ Permulaannya, semalam, aku ada sesi dengan Puan Shahrina, seorang speech therapist. Orangnya peramah n ceria. Kami sempat observe satu kes kanak2 yang "lambat bercakap". Adik Irham, sangat comel n peramah. Walaupun usianya sudah hampir 2 tahun, vocab yang dimilikinya kurang dari 10 perkataan! Maka, banyak lah cadangan n nasihat yang Puan Shahrina beri kepada ummi si Irham ni, macam mana nak berinteraksi dengan Irham sambil menggalakkan dia belajar vocab baru. Memang sesi tu mempunyai educational value yang sangat tinggi. Tak sabar pula nak apply. Hehe~ Tiba2 aku teringat kepada sepupu ku, Aiman n Ehsan. Kembar seiras yang berusia hampir 3 tahun. Baru aku perasan yang mereka belum dapat bercakap lagi! Memang mereka dilahirkan pramatang n terpaksa menghabiskan masa di hospital pada awal kelahiran disebabkan masalah2 tertentu (yang aku kurang pasti)....

Tips hilangkan mengantuk

Image
Salam alayk... Time tengah2 study tu, mesti akan rasa mengantuk kan? Camne ye nak hilangkan mengantuk ni??? Ha, kat sini ade cara best untuk hilangkan mengantuk... Hanya amik masa 7 minit untuk buat senaman ringan ini... Ikut la arahan ni betul2... Ni ala taichi sikit la... Sebagai intro dan warming up... Tiru la macam ni... Untuk melegakan bahu dan leher... Wa..wa..aaa Gerak kekanan kemudian ke kiri... Gerak ke kiri kemudian ke kanan Ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la... Tepuk kuat kuat kat dahi... Ni untuk hilang mengantuk... Dah tu buat gerakan tangan dan badan... Buat macam happy aje... Kemudian goyang2 kaki dan badan sikit... Buat macam takde masaalah... Buat secara aggresive pula... Jangan peduli apa orang lain kata.. Hilangkan semua stress... Pusingkan kepala... Tengok muka kat cermin sambil goyang2... Lawa tak... Akhir sekali buat joget kucing... Kalau tak hilang juga ambil bantal kecik gi tidur kat surau!!! Maido ari, jaa~

Rojak

Image
Salam alayk... Tajuk kali ni dinamakan "Rojak" sebab campur macam2 cerita. 1. Si Penghantar Kek Minggu lepas, kami didatangi seorang gadis misteri yang membawa satu beg kertas berwarna merah... +pemalu rupanya gadis ni+ Rupa2nya di dalam beg kertas itu terisi... +KEK COKELAT!!!+ Maka, kami yang kelaparan pun terus ngap!!! Sedap betul kek tu. Terima kasih, Gadis Si Penghantar Kek. Bila nak buka kedai? Hehe~ * * * 2. Aku n Budak Hitam Sabtu lepas, aku menghabiskan masa bersama budak2 hitam sambil membuat kerja2 amal. Time orang lain buat kerja amal, inilah kerja aku n Puteri Pisang; +si sotong kurita, itik, kucing n ulat bulu+ Sebab kerja tu banyak n habis sampai awal pagi, kami ambil keputusan untuk buat sleepover di surau. Seronok habiskan masa dengan budak2 hitam sekalian... Bila nak wat macam tu lagi ye? Maido ari, jaa~

Setakat ini...

Image
Salam alayk... Dah lama tak update Bukan sibuk sangat sebab baru masuk posting ENT ni Tapi takde cerita nak kongsi... Setakat ni, Posting ENT menarik, dapat tengok telinga, hidung dan tekak orang Prof, doktor dan MO pun baik2 Semalam tengok minor operation, buang papilloma kat left vestibule of the nose Hari ni klinik, dapat tengok nasal septum deviation and perforation Memang menarik Semalam meeting SSM sampai lewat 3 pagi Semua gara2 nak siapkan proposal dengan cepat Tapi hari ni bila present kat supervisor, banyak jugak kena alter sana-sini Nak buat macam mana, ikut je la... Barulah proposal tu solid dan tak dihentam teruk2 oleh Ethical Committee Haha~ Minggu ni kuat pulak aku makan Dah hilang symptom loss of appetite hari tu Sebab stress ke? Aku pun tak tau Agaknya senang hati, tambah lagi dengan rezeki yang murah Ada je orang nak bagi makanan Dila bagi kek cokelat Syai bagi brownies kukus dari Bandung Shima belanja keropok lekor kat kafe A&E Tadi Puan Hamidah (my SSM superviso...