Posts

Showing posts from 2016

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)

Image
Salam alayk... Malam ni aku nak cerita pasal trip aku ke Vietnam, atau lebih tepat lagi Ho Chi Minh City, atau nama lamanya Saigon. Perancangan trip ni bermula sejak aku balik ke sini, teringin nak gi oversea lah kononnya. Kebetulan kawan Ummi, Cikgu Hakemar nak buat lagi trip ke HCMC ni. Ummi & Ayah dah pergi tahun lepas dengan Mat, Cik Ngah & Cikna. So, aku dan Atin pun bagitau lah nak join trip kali ni. Ummi & Ayah mestilah nak ikut sekali kan... Jadi, pada 5 Nov lalu, kami pun bertolak lah ke HCMC naik MAS. Turut serta dalam trip tu Cikgu Hakemar & suami (Cikgu Yzel), Makcik Dah, Pakcik Zaik & anak mereka Ain Sakina, Makcik Nun & adiknya, 1 family tauke kantin, 1 family dari Kedah (Faizal, Adliah & anak mereka Husna) & tourist agent kami Dr Aizat. Dr Aizat ni doktor gigi, tapi aku xtau la dia kerja dengan gomen ke swasta. Sebab dia ni minat berniaga. Jual makanan sunnah & buat trip pelancongan. Kami mendarat di Tan Son Nhat International Airpo...

Dinner Alumni Medic UKM 2016

Image
Salam alayk... Gosh, lamanya x update. Banyak je cerita nak pill out kat sini, tapi malas lak naik menaip. Huhu~ Sorry ye my dear diary... OK lah, kali ni nak cerita pasal sebulan lepas. Aku gi dinner alumni... Mula2 Menot umum dalam wassap, katanya ada dinner alumni medic UKM. Dan Prof Har, salah seorang AJK penganjur, mengharapkan batch kami hadir. Cukup 10 orang 1 meja pun jadilah. Tapi awal2 rasa macam imposible pulak nak pergi, tambahan pulak buat kat Putrajaya. Tapi lebih kurang 2 minggu sebelum tu aku tiba2 dapat ilham nak pergi. Sebab Ahad tu cuti Awal Muharam. Just nice date! Terus aku scroll friend list kat FB, nak cari geng. Entah macam mana aku ter-contact Ika, terus ajak dia. Dan, dia setuju! Hari Sabtu, aku dan Ahmad drive ke Kuantan untuk ambil Ika, dan kami terus ke KL. Singgah berpoya2 di IKEA Cheras kejap. Hajat nak makan meatball, tapi takut kenyang sangat malam ni nak dinner best, lagipun masa dah suntuk. Lepas tu kami terus ke The Everly Putrajaya....

Cerita Raya Saya (part 2)

Image
Salam alayk... Sambungan cerita pasal raya. Raya tak lengkap kalau xde jamuan raya & open house. Hampir tiap hari/minggu pasti ada orang buat jamuan raya. Masa ni lah nak jumpa kawan lama, dan beramah mesra dengan kenalan semua. Aku pun ambil kesempatan lah, sebab baru je pindah ke ofis baru ni. inilah masa untuk memperkenalkan diri.. ye dop? Aku lapor diri di Pejabat Vektor Terengganu pada 11 Julai. Dah hampir pukul 5 pun. Ada kekeliruan sikit masa aku lapor diri di JKN tu. Sebab aku gred UD48, penempatan adalah dari KKM. Tapi bos lama aku, Dr Faizan dah janji nak letak aku di Vektor Negeri. Bos Vektor, Dr Kasemani pun dah tau. Tapi sebab hari Isnin aku lapor diri tu ramai bosses cuti, so maklumat aku akan lapor diri di Vektor x sampai. Jadi aku kena masuk HSNZ juga... Aiyoo, nak kena oncall balik ke? Huhu~ Aku terus whatsapp Dr Faizan, last-last dia adjust dengan TPK Terengganu, Dr Mat Jusoh, maka aku dapatlah masuk Vektor...  Hari Selasa baru aku jumpa Dr Kasema...

Cerita Raya Saya (part 1)

Image
Salam alayk... Dah lebih 2 minggu raya, baru nak up cerita raya. Apa kes ni? Hahaha. Almaklumlah, aku kan dah mula kerja... Alhamdulillah, dapat kat Pejabat Vektor Negeri. 3 minit je dari rumah. Ahaks~ Ok, proceed dengan cerita raya. 1 syawal hari tu pagi kami solat raya kat surau belakang je.  Sebelum tu breakfast dulu dengan nasi hujan panas & gulai ayam kampung. Lepas solat, kami terus bertolak balik ke Besut. OTW tu sempat lagi singgah bergambar raya kat Pantai Penarik. Haha~ #teampink  my #rayaootd +salam perantauan dari pesisir pantai+ Sampai je kat rumah Wae, salam2 dengan semua orang. Makan nasi minyak yang Cik Ni masak. Lepas tu layan2 tetamu, buatkan air. Lebih kurang pukul 12, kami bergerak ke rumah Mak pulak. Kat rumah Mak dah xde sape sebab semua dah pergi beraya tempat lain. Tinggal Cik Na dan Mak je. Masa nak ambilkan air sembahyang untuk Mak, Cik Na bagitau Mak b***k. Apelagi, sinsing lengan tolong Cik Na basuh b***k Mak. Hah...

Warkah Buat Olaf (Sayang Mommy)

Image
Salam alayk... Olaf anak Mommy, Mommy masih ingat lagi kali pertama Mommy jumpa Olaf di Ming Yu Pet Shop. 28 Jun 2014. You was so small at that time! Baru 6 bulan. Sangat comel, putih bersih dan gebu. Mommy terus jatuh hati kat awak. Mommy tak fikir panjang, terus setuju nak adopt awak. +first encounter: 28th June 2014+ Sebab awak baka Persian, Mommy tahu awak sangat sensitif. Awak perlu dijaga dengan penuh perhatian. Awak perlu divaccinate, makan awak tak boleh sembarangan makanan kucing, bulu awak kena grooming tiap2 hari, awak kena mandi dengan air suam je, awak perlu dibelai setiap masa sebab awak domestic cat yang sangat manja... +first jab: 11th July 2014+ Tapi Mommy minta maaf. Memang Mommy bawak awak pergi vaccinate, tapi kadang2 terlepas due, sampai awak pernah demam selsema. Kadang2 Mommy terlambat bagi awak makanan sampai awak rasa sangat2 lapar. Mommy tak sempat pun nak grooming bulu awak tiap2 hari sampai bulu awak crumbled. Mommy pernah mand...

Now watching: Doctors (닥터스)

Image
Salam alayk... Sekarang ni aku tengah follow rapat kdrama Park Shin Hye terbaru, Doctors. Baru je start minggu lepas, baru release 2 episod pun. Tapi memang best lah, sebab Shin Hye bawak watak lain dari watak sebelum ni. Rebellious girl. Hero pulak, Kim Rae Won. Ya, memang hero tu sedikit 'tua' (tapi baru 35 tahun kot). Tua la berbanding Shin Hye yang baru 26 tahun... hihi. Tapi OK apa, sesuai dengan watak dia. Aku tak ingat last aku tengok Rae Won berlakon bila... Rupa-rupanya bila di-google, cerita My Love Pattzi, tahun 2001 lagi. Tapi dulu-dulu dia x hensem... Sekarang lagi charming! Nampak sisi-sisi aegyo Ahjusshi Oppa ni... Hehe~ Tak sabar nak tunggu Isnin ni untuk episod 3. Cepatla Hye Jung besar, jumpa balik dengan Hong seonsaeng-nim! Kyaa~ *fangirl mode* +falling head over heels for them+ +my definition of Mr. Tall, Dark & Handsome+ Maido ari, jaa~

Mencari kebahagiaan hakiki

Salam alayk... Gomen-ne, diari-san... Lama betul tak jenguk kamu. Aku tahu, untuk tahun 2016 ni, aku tak pernah pos pun dalam ni. Banyak benda berlaku pada aku tahun ni. Terlalu banyak! Tak mampu aku ceritakan semuanya di sini. Tapi mungkin aku akan selitkan sedikit dalam pos-pos yang akan datang. Semalam aku dah selamat ambil surat pertukaran aku ke Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Mula lapor diri pada raya ke-6 ni. Tak sabar nak mula bekerja semula sementelah aku bercuti tanpa gaji selama 2 bulan ni. Duduk di rumah dengan ayah & ummi, aku isi masa dengan menadah kitab di surau-surau. Aku juga telah belajar buat kek buah kukus dengan cikgu kelas memasak. Sedap, siapa nak tempah boleh PM ye... Hihi. Untuk raya ni aku nak buat 25 biji. Ada yang orang tempah, ada yang aku nak beri kepada mak-mak saudara. Sejak pergi menadah kitab ni, aku rasa hidup aku lebih bahagia, lebih ceria. Tambah-tambah lagi berada dekat dengan ayah & ummi. Paling penting, aku dah tak susah ha...