Posts

Showing posts from February, 2015

Aedes species

Image
Salam alayk... Sejak duduk kat pejabat kesihatan ni, aku banyak ikut aktiviti-aktiviti berkaitan denggi. Kebetulan pulak kes denggi di Tumpat ni awal-awal tahun dah tinggi. Daerah paling banyak kes, kalah Kota Bharu. Siap ada 6 lokaliti wabak lagi. Kat kawasan wabak tu, lepas Pembantu Kesihatan Awam (PKA) dan Pembantu Rendah Am (PRA) fogging petang2, Ahli Kaji Serangga (AKS) akan pergi pasang ovitrap selama 48 jam untuk tengok ada tak lagi nyamuk yang bertelur dalam masa 48 jam lepas fogging. Ni secara tak langsung boleh nilai keberkesanan aktivit fogging tadi. Kalau ada larva (jentik-jentik, orang Kelantan panggil ugat-ugat ), maka spesisnya akan dikenal pasti untuk kawalan seterusnya. Maka, untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan aku, aku telah belajar dengan AKS tentang perbezaan jentik-jentik nyamuk Aedes aegypti dan Aedes albopictus . 2 spesis nyamuk Aedes tu la yang membawa demam denggi kepada kita.  Aedes aegypti A. aegypti ni jenis agresif. Dia akan hisap...

Qing Fang Noodle House

Image
Salam alayk... Rasanya dah lama aku tak share pasal makanan atau makan-makan dalam blog ni kan? OK lah, nak bagitau, hari tu, masa aku dan Cik Abe nak balik dari KL ke KT, kami singgah la kat UIAM untuk ajak Adik (adik bongsu Cik Abe) lunch sama-sama. Tapi of course la Adik yang drive sebab kami tak biasa dengan jalan-jalan kat KL ni. Harapkan GPS je... Hihi~ Adik kata nak bawak kami pergi makan kat tempat best. Kami ikut je la. Rupa-rupanya dia bawak kami pergi makan di Qing Fang Noodle House di Platinum Walk. +dekorasi dalaman+ +specialty mereka, mi tarik+ Aku bukanlah penggemar Chinese food. Tapi aku adalah orang yang suka mencuba makanan baru. Jadi aku OK je la makan kat situ. Kedai tu adalah kedai Cina Muslim yang mana makanannya adalah halal. Oleh kerana specialty di situ adalah mi tarik, jadi aku telah mencuba beef ramen. Cik Abe, yang memang pemakan nasi sejati telah memilih nasi goreng dan Adik memilih mee goreng. Kononnya nak cuba sup dia, Cik Abe tela...

Aktiviti Kawalan Pasca Banjir

Salam alayk... Kali ni aku nak bercerita tentang aktiviti kawalan pasca banjir. Untuk pengetahuan korang, mulai 5 Januari 2015, aku ditempatkan di Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat untuk membantu Pegawai Kesihatan Daerah. Skop kerja aku, macam Pegawai Kesihatan Epidemiologi, verify case, siasatan kes, terlibat dalam aktiviti2 berkaitan dan lain2 lagi. Basically aku attach kat bilik gerakan daerah (walaupun aku dapat bilik sendiri). Disebabkan masa aku datang ke PKD tu tengah sibuk pasal hal2 pasca banjir, aku tidak terkecuali untuk turut serta dalam aktiviti2 tersebut. Selama 2 minggu tu, JKNK telah meminjamkan seorang Pakar Perubatan Kesihatan Awam ke daerah-daerah yang terjejas teruk. Maka, Dr L (bos aku) telah dibantu oleh Dr I. Antara aktiviti2 yang dilakukan adalah pemeriksaan premis Aedes, larvaciding, abating, fogging, penyemburan lysol untuk kawalan rodent dan LILATI, pengklorinan telaga, pemeriksaan premis dan pengendalian makanan dan pemeriksaan bekalan air dan tandas....