Misi mencari jeruk madu Pak Ali
Salam alayk...
Maaf la teman-teman blogger sekalian, hari ni baru ada mood nak update blog. Aku cuma nak berkongsi cerita pasal percutian singkat aku ke Pulau Pinang semasa cuti Hari Pekerja hari tu...
Kami bertolak tengahari dari Kota Bharu. Berhenti lunch di Jeli, sebelum meneruskan perjalanan melalui Lebuh raya Timur Barat (Jeli-Gerik).Kami selamat tiba di Pulau Pinang jam 6 petang. Agak teruja la apabila kami melalui Jambatan Pulau Pinang. Aku rasa semua pelancong ke Pulau Pinang pun akan rasa begitu, kan? Kami masuk melalui jambatan pertama je sebab jambatan kedua tu terus ke Bayan Lepas. Nanti jauh pula nak ke hotel. Di Pulau Pinang, GPS amat membantu. Akhirnya kami selamat tiba di The Gurney Residence & Hotel di Persiaran Gurney. Malam tu kononnya nak exercise la, jalan kaki ke Plaza Gurney. Ingatkan dekat je... rupanya sampai basah lencun belakang aku dengan peluh keringat! Jadi aku nasihatkan korang naik la kereta atau teksi... huhu~
Esoknya adalah aktiviti bermalas-malasan di bilik hotel. Kami keluar tengahari je, tu pun ke Queensbay Mall sebab nak cari makanan untuk lunch. Pusing-pusing, tak beli apa-apa pun. Tapau Nando's makan kat bilik. Nak dijadikan cerita, Cik Abe pulak sakit perut malam tu. Diarrhea sebab makan Nando's ke? Huhu~ Makanya, malam tu, tugas aku berjalan ke foodcourt Persiaran Gurney (again???) untuk membeli makanan untuk dinner. Tapi syiok jugak jalan sorang-sorang tepi laut dengan angin sepoi-sepoi (ada angin ek time tu?). Tapi keselamatan nombor satu! Aku singgah tapau di restoran mamak Khaleel je... Nasi beriani, nasi kandar dan roti nan. Tak lupa ayam tandoori... Menu wajib di restoran mamak la.
Esoknya pula barulah kami jalan-jalan pusing Pulau Pinang. Mula-mula kami pergi ke Penang Butterfly Farm (lokasi wajib!). Puas bermain-main dengan rama-rama, kami ke Teluk Bahang, naik ke kebun buah-buahan yang terkenal tu. Beli la buah longan Fiji sekilo. Tu pun sebab uncle tu bagi cuba rasa. Manisss... On the way nak balik ke Georgetown, Cik Abe ternampak ada satu Toy Museum. Kami singgahla sebentar. Ambil gambar dengan patung aksi dan tengok koleksi permainan dari zaman dulu sampai la ke sekarang... Sekarang ni semua benda pun boleh buat duit. Jadi korang yang banyak toys sejak dari zaman kanak-kanak tu, jangan la buang begitu saja. Kumpul baik-baik. Mana tahu lepas ni boleh buat muzium kat tempat korang pulak. kan kan kan...
Balik ke Georgetown, kami lunch kat restoran mamak (lagi? haruslah.... nama pun bercuti di Pulau Pinang...). Lepas tu kami terus ke Menara KOMTAR. Pusing-pusing je... Kemudian kami ke Pasar Chowrasta untuk beli jeruk madu Pak Ali. Parking super susah, jadi aku nasihatkan korang supaya parking di tempat parking persendirian. Biarlah kena bayar sikit pun, asalkan takde orang kacau parking kita...
Esoknya, kami pun balik!!! Selamat tinggal Pulau Pinang...
p/s: Sebenarnya banyak lagi tempat menarik kami tak pergi. Tapi tak apa, itu adalah alasan untuk kembali ke Pulau Pinang. hehe~
Maido ari, jaa~
Comments
p/s:bile nani pindah KB? mmg lame sungguh kite tak tye kaba....FB nani takde dah ke? ct cari name nani takde pun kat FB...ke tukar name FB?
nani pindah KB dari bulan 3 hari tu. FB nani dah tutup. sekarang zaman main instagram pulak... hihi
Follow me @salsabila86
LOL