Happy 2nd Anniversary

Salam alayk... Apa khabar semua? Selamat berpuasa aku ucapkan untuk pembaca blog aku yang jarang-jarang diupdate ni... hihi~ Macam mana puasa hari ni? Setakat ni aku belum berpuasa... Nak buat macam mana, orang perempuan la katakan... hehe~ 1 Ramadhan tahun ni jatuh pada 29 Jun. Tarikh istimewa kerana pada 2 tahun lepas, pada tarikh itulah aku diijabkabulkan dengan Cik Abe. Walaupun kami selalu bergaduh-berbaik, harap-harap rumahtangga kami kekal. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri... Walaupun kami belum dikurniakan anak, kami boleh tersenyum dan menjawab dengan selamba bila ada orang tanya, Anak dah berapa orang? Takde anak lagi ke? Bila nak dapat baby? Kami redha dan bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kami selama ini. Sesungguhnya ini adalah rahmat ujian Allah... p/s: Olaf-Odin nak menyelit jugak... *wink* Maido ari, jaa~