Pasif call yang aktif

Salam alayk...

30 Oktober adalah hari pasif call yang teruk... Itu adalah antara pasif call yang paling aktif setakat ini. Mana tidaknya, aku dipanggil berterusan dari 5pm hingga 11am keesokan harinya. Mari kita imbas kembali apa yang telah terjadi, ok?

1st patient
Aku di inform untuk menghantar patient HDW ke HSNZ pada jam 3pm. Katanya pergi dalam pukul 3.30pm. Patient post-MI with HAP dan renal impairment, intubated. Pukul 4.30pm masih tak dipanggil. Akhirnya pukul 5pm baru ambulance bertolak ke HSNZ. Mujurlah patient stabil sepanjang perjalanan. Di Kemasik, A&E call. Ada kes head injury nak hantar untuk CT scan di HTAA. Aku minta panggil orang lain sebab baru keluar. Sampai di HSNZ jam 7pm. Lepas tinggalkan patient kat A&E sana, kami balik. Tapi ada patient ortho HSNZ nak transfer out ke Kemaman nak tumpang ambulance. So kami baliklah... On the way balik kat Paka, Surgical call. Ada kes baby IO nak hantar HSNZ. Aku minta rehat 1 jam sebab nak mandi dan makan. Lapar sangat2 kot... Surgical kata OK, tapi jangan lama2 takut patient sepsis. Aku sampai di Kemaman pukul 9.30pm.

2nd patient
Lepas mandi dan makan roti, aku ke hospital balik. Masa tu pukul 10.30pm. Baby stabil, tak intubated. Kami bertolak pukul 11pm. Mujur juga perjalanan lancar. Baby tak banyak masalah. Sampai di HSNZ pukul 1am. Terus naik ke NICU. Masalah pulak sebab baby tak pakai tag nama. Misi2 NICU bising. Aku cepat2 selesaikan tag nama tu. Sempat jugak jumpa Encik Suami kejap kat PICU. Hehe~ Ingatkan balik tu nak makan maggi, tapi harapan dan impianku hancur... Di Dungun, Paeds call. Ada 2 baby congenital pneumonia nak hantar ke HSNZ. Dalam hati aku, apa??? Dua??? Huhu~ Nasib2... Katanya aku akan naik ambulance dengan baby yang preterm. 1 lagi baby term misi akan pergi. OK lah...

3rd patient
Sampai je di hospital pukul 3.30am. Aku yang mamai singgah toilet jap. Lepas tu terus naik ke SCN. Malas dah nak ingat history patient tu sebab ngantuk sangat2. Masa misi2 tengah prepare patient pun aku tidur jap di kerusi. Baby preterm tu kena pakai neopuff. Maknanya memang xboleh nak tidur sangatlah sebab asyik kena tekan neopuff je... Huhu~ Masa atas ambulance, tiba2 pulak baby term tu buat hal. SpO2 tak pick-up. Try bagging pun tak jadi. Terus aku panggil MO Paeds turun tengok patient. Lama jugak tunggu. Last2 baby tu tak jadi hantar. Kena stabilkan dulu. Mujur jugak dia buat hal sebelum pergi. Kalau buat hal on the way...? Hish, gerun aku! Pukul 5am baru gerak. Misi yang ikut tu suruh aku tidur dulu sebab aku penat sangat. Dia yang tekan neopuff dulu. Sampai kat Dungun tukar aku pulak. Nak dijadikan cerita, sampai kat Merchang, tiba2 je SpO2 baby drop. Neopuff macam tak jalan. Rupa-rupanya ETT dislodged! O-hemgee!!! Aku dan misi dah panik ni. Mintak ambulance berhenti kejap. Aku try intubate balik. 2 kali cuba, tapi tak berjaya. Secretion banyak, mesin suction pulak buat hal. Maka, terpaksalah aku bag-valve mask kan saje baby tu... Memang panik sebab masa SpO2 drop tu baby dah macam biru sikit. Huhu~ Aku mintak drebar bawak laju sikit. Aku dan misi gilir2 bagging baby sebab kami macam dah nak muntah hijau. Berdebar sebab baby satu, berdebar sebab ambulance superlaju. Bayangkan dari Merchang ke HSNZ hanya 15 minit! Sampai je, kami terus bawak baby ke A&E. Minta tolong intubate. Nasib baik MO Paeds sana turun jugak. Dan mujurlah baby tu tak de apa2... Selamat, vigorous, pink... Fuhh~

Pukul 7.30am kami bertolak balik. Ingat perjalanan kami habis takat tu je. Rupa-rupanya kat Paka kami jumpa fresh MVA. Depan mata. Motorsikal terbalik sebab terlanggar buah kelapa yang jatuh dari motorsikal satu lagi. Mujur tak de apa2 yang serius. Cuma luka2 kecil. Kami pun hantar la patient tu ke KK Paka. Sampai di Kemaman pukul 10.30am dan aku memang tak larat nak masuk klinik lagi. Bagitau bos aku off je hari tu! Hehe~

Maido ari, jaa~

Comments

Dear Weirdo Me said…
suka baca cerita2 kerja nani ni.. hihihi.. saya boleh bayangkan..mesti penat tahap melepek dah..tapi demi tugas.. all the best nani! :D
Salsabila said…
thanks JLaa... hehe. igtkan xde org bace cite nani ni...hee... teruskan follow yer. haha :)

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Dinner Alumni Medic UKM 2016