Posts

Showing posts from 2011

2011 --> 2012

Salam alayk... Tahun 2011 hampir berakhir. So, adakah azam tahun 2011 aku tercapai??? Kalau tgk balik entry terakhir aku tahun 2010, tentang azam tahun 2011, xde pun! Aku cuma berharap dapat habiskan housemanship dengan jayanya. Tahun 2011 ni ada perubahan besar dalam hidup aku... Ye lah, not being 'single' anymore. Haha. Aku pun macam xpercaya je. Sekelip mata, orang kata. Berkat doa Ummi kot... Alhamdulillah :) Mesti korang pun dapat agak kan, apa azam tahun 2012 aku... Hehe *wink* Mestilah nak mengakhiri zaman single-mingle ni. Nak dapatkan kehidupan yang lebih sempurna, dalam bahasa halusnya. Umur pun dah nak masuk 26 kan... Sapelah yang xnak ke arah itu. OK, dah, jangan cakap lebih2... Impian aku untuk travel satu dunia tu, nampaknya forward lagi ke tahun 2012... Masih menanti peluang dan rezeki. Tahun 2011, alhamdulillah, dapat mencium bau Kaabah. Mana tau tahun 2012 aku dapat ke Jepun ke, Korea ke... hehe :) Sekian dulu entry terakhir untuk tahun 2011. Semoga tahun depan...

Ayam masak pedas

Image
Salam alayk... Dah lama x share resipi kat sini kan? OK lah, hari ni aku masak Ayam Masak Pedas . Gampang aja resipinya... haha~ Bahan2: 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 3 batang serai 5 biji cili padi 3 sudu lada kisar (cili boh) 1 labu bawang besar - potong bulat2 3 keping asam keping 4 keping daun limau purut 1/2 ekor ayam Garam & gula secukup rasa Cara2: 1. Blend bawang merah, bawang putih, halia, serai & cili padi dengan sedikit air. Tumiskan dalam kuali sampai garing 2. Masukkan lada kisar. Tumis lagi hingga garing 3. Masukkan ayam. Tambah sedikit air supaya ayam masak dengan sebati 4. Perasakan dengan garam & gula 5. Bila ayam dah masak, masukkan lada besar, asam keping & daun limau purut 6. Siap dihidang & dimakan! Selamat mencuba... Maido ari, ja~

19 November 2011

Image
Salam alayk... Alhamdulillah, hari ni dah selesai satu majlis. Malas nak cerita banyak, tengok gambar je la ye... :) +cincin disarung+ +for him+ +for her+ +ahli rombongan+ +dengan ummi+ +dengan mok & wae+ +dengan keluarganya+ +bff... tq for coming+ Maido ari, jaa~

Tahniah Kak Min & Abe Leh

Image
Salam alayk... Hari ni 11.11.11, tarikh yang cantik. Hari ni juga, temanku, Najmi n Soleh disatukan sebagai suami-isteri. Mujurlah aku, FarrahQis n Epi off hari ni, so kami dapat ke kenduri di rumah Najmi di Kg. Baru Kuala Besut. Kebetulan, Era, Beck n Juna pun cuti, so diorang datang jugak dari Kemaman. Aku bertolak pukul 10am, Mat sebagai driver. Mula2 pergi ambil FarrahQis di hostel. Sampai di Kg. Rhu Sepuluh, kami singgah di rumah Epi. Tisya, tunang Epi pun ikut sekali ke kenduri. Inilah first time jumpa Tisya. Sebelum ni ikut gambar@FB je... hehe. Kami sampai di rumah Najmi tepat2 orang azan Solat Jumaat. Sementara yang lelaki pergi solat, kami yang perempuan ni bergigam n makan dulu. Lepas budak2 lelaki tu balik n makan, kami bergigam ramai2 lagi. Cantik sangat Najmi! Baju cantik, mekap cantik, pelamin pun cantik. Gulai kenduri pun sedap. Sambal ikan bilis dia sedap sampai x hengat! Kalau dah hantu ikan bilis tu, goreng bodoh pun sedap... haha~ Kami balik pukul 3pm. Singgah solat...

Hari rehat

Image
Salam alayk... Hari ni aku off! Plan asalnya aku nak ke salun je. Tapi pagi2 lagi Farah Qis dah call aku, ajak keluar. Dia pun off jugak. Kul 10 aku bertolak ke hostel HSNZ, ambil FQ. Mula2 kami pergi ke bandar, FQ nak uruskan hal line phone Digi n Celcom dia. Lepas tu kami ke salun. Aku cuci rambut, FQ buat facial. Kemudian kami balik ke rumah aku. Lepas Umi balik dari sekolah, kami keluar lagi. Kali ni kami ke kedai kain Salem Aziz, butik tudung Ariyani n kedai kain Natifah Batik. Lepas balik tu, aku tolong Umi masak. Menu petang ni ikan kerapu sweet sour n sotong goreng kunyit. Lepas Maghrib baru aku hantar FQ balik hostel. Esok aku kerja malam, for the first time. Takut jugak tu... huhu~ +cik pingu dari jakarta+ Maido ari, jaa~

Paeds @ HSNZ

Salam alayk... Alhamdulillah, aku dah berada di HSNZ, untuk meneruskan posting ke-5, Paediatrik. Lepas 5 hari bekerja shift pagi (7am - 8pm), akhirnya hari ni aku off. Hari pertama (Khamis, 20/10/11) Aku bertolak dari rumah pukul 6.40am. Nak test berapa minit dari rumah ke hospital. Ternyata dengan kelajuan 90km/j, 15 minit je! Tu pun nasib baik traffic light hijau je semua. Mula2, aku n Epi pergi ke ofis, jumpa PT yang jaga HO. Lepas tu dia bawak kami jumpa PA Datuk Jimmy, HOD Paeds. Lepas daftar masuk posting, kami dibawa ke unit IT untuk daftar thumb print (untuk punch in/punch out). Kemudian kami ke NICU untuk jumpa Dr Aminah, MO yang uruskan HO. Aku dapat general paeds, Epi dapat neonates. Lepas diberi amanat, kami ke hostel untuk dapatkan bilik. Aku ambil jugak bilik, walaupun aku tahu, aku xkan duduk kat sana. Baik balik rumah je... Tengoklah next month aku check out je kot... Kami berpecah ke wad masing2, untuk jumpa MO. Aku di wad 6EF. Aku terkial2 la jugak nak guna sistem HIS...

Dah lepas viva Ortho~

Salam alayk... Hai, xtau ape yang jadi... Dah 2 hari aku sakit perut. Colicky central abdominal pain. Differential diagnosis??? AGE? UTI? constipation colic? early appendicitis? Entah la... Tapi hari ni aku ambil MC sebab sakit perut sangat sampai x larat nak gi keje (pain score 8/10). Kul 8 am lebih baru sakit hilang n aku menapak ke Unit Kesihatan Awam untuk mintak MC. Dr Azimah bagi aku MC sehari n hyoscine, plus albendazole! In case la kan... Lepas balik je dari UKA, aku tido jap, pastu baru breakfast n makan ubat. Kul 10.30 am Asma' call, bagitau bos nak buat exam viva kul 11 am. Nasib baik sakit perut dah hilang sikit (pain score 2/10). Makanya, tanpa prepare sepenuhnya, aku sekali lagi menapak ke hospital (walaupun drive sebenarnya). Kami berlima (aku, Epi, Ihsan, Asma' n Fattah) kena viva hari ni. Masa bos sampai kat bilik dia, dia tanya siapa nak viva dulu? Aku terus bangun. Hehe, jadi yang first ni relax sikit, sebab bos akan tanya soalan senang2 dulu. Aku kena topik ...

Missing them so much!

Image
Salam alayk... Just a quick update. Really2 miss them. Lama x update pasal diorang. Huhu~ Bila lah dapat ke Nippon ni??? Maido ari, jaa~

Dinner special

Image
Salam alayk... Hai~ Hari ni tetiba rajin pulak nak update blog. Hehe. Dapat inspirasi lepas gi spa kot... Spa??? jeng3... nanti aku cerita. First of all, nak dijadikan cerita, pada suatu hari sabtu yang aman damai, adalah seorang hamba Allah ni SMS aku. Katanya dia cuti hari tu, n xtau nak buat apa kat rumah sorang2. Aku pun suruh la dia tukar gas rumahnya yang dah berbulan2 habis tu, n masak something untuk aku. Deal, dia setuju. Hasilnya, dinner malam tu hasil air tangan Encik DAY~ ^_^ +nasi goreng special, mushroom soup n fruit cocktail+ Then, hari ni aku off. Kelepasan malam, lebih tepatnya. Hari ni mimpi apa agaknya, aku n FF pergi memanjakan diri kat Tanamera Wellness Centre. Buat facial n hair work. Seronok, tapi sakit kena urut kulit kepala... Nasib baik ade offer. xlah rasa mahal sangat. LOL p/s: aku belajar frasa baru... "AKU TRISNO KARO KUE" *wink wink* :)) Maido ari, jaa~

Family day NGN TX East

Image
Salam alayk... Lama x update. Hari Sabtu lepas aku join ofis ayah buat family day kat Primula Beach Hotel. Aku bertolak dari Kemaman pukul 8 am dan sampai KT pukul 10.30 am. Tunggu ummi balik kelas tambahan n kami pun ke Primula. Sampai2 je aku dah terloncat2 tengok kolam renang. Macam itik jumpa air da... haha. Ruginya aku x bawak baju renang. Terus kami gi jumpa ayah n Mat. Masa tu acara beach volleyball. Aku n ummi duduk rehat2 bawah payung je. Best jugak la kat situ, ada buaian n jongkang-jongket. Boleh jadi kanak2 balik... hehe. Lepas tamat semua acara, tibalah masa yang dinanti-nantikan. Lunch time~ Makanan secara buffet. Ada nasi tomato, laksa Terengganu, lontong, rojak buah, ketupat, lemang, rendang n kuih-muih. Lepas makan, ada penyampaian hadiah. Mat ada jugak menang main sukaneka. Yang paling bestnye, ada cabutan bertuah. Ayah dapat hadiah Nikon Coolpix. Dan tentunya kamera tu ayah bagi kat aku. hehe. +ayah n ummi+ +lepak2 tepi pantai+ +bersama hadiah2+ +my best shot+ Sekian...

Post-raya

Image
Salam alayk... Hari ni aku day-off. Sejak kerja shift ni, aku rasa macam berkira sangat. Bila dah dekat2 waktu habis shift, dah malas dah nak buat kerja. Huhu~ xpatut, tapi apakan daya. Aku x boleh nak tipu diri aku sendiri. Penat tau kerja shift ni. Walaupun ada day-off, tapi dari segi psikologinya, tetap penat. Aku sangat stress sampai dah tau nak senyum. Rasa macam nak resign pun ada tau... Harapkan day-off je nak chill out n buat stress therapy. Lepas kerja 4 hari non-stop, semalam aku telah pergi shopping. Seorang diri. Hasilnya amat memberangsangkan. Haha~ Beg Carlo Rino n wedges BNC. Terbang RM300, tapi puas hati. Malam pulak dinner dengan Azma kat Secret Recipe. Makan macam2. After long hours of hardwork, what you need at the end of the day is a good meal! Seronok betul. xkisah la berhabis banyak mana pun, asalkan aku boleh keep up my good mood. Oh ya, lupa pulak nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog aku ni (itupun kalau ada la...) Seronok dapat bal...

Sistem shift !@#$%^

Image
Salam alayk... Dan Salam Ramadhan. Hari ni dah hari ke-7 di bulan Ramadhan (tapi aku sehari pun xpuasa lagi. haha). Semenjak bulan puasa ni, aku n housemates hari2 masak. Kalau onkol tu of course la kena membeli di bazar... Mula2, jom cerita pasal kerja. Sekarang ni team HO Ortho dah bertambah jadi 5 orang (aku, Epi, Mus, Asma' & Fattah). Sebabnya, mulai 1 September nanti, kami kena start kerja ikut shift (waktu berkerja anjal, ikut bahasa sedapnye). Tapi yang xbest pasal shift ni, kami ade 2 shift saje. Shift pagi bermula dari 7 am hingga 12 mn dan shift malam bermula dari 11 pm hingga 2 pm next day. Penat tu nak kerja direct 17 hours!!! Walaupun kalau tengok rotation shift tu macam banyak je day off, tapi hakikatnya pasti akan digunakan untuk tidur je. Exhausted! Kami ni dah nak mengamuk dah. Dah la elaun onkol akan ditarik bila sistem shift ni bermula. Kurang la RM1000 sebulan. Huhu. MO aku dah perli2 dah, nak jual x Swift merah aku tu? Sorry sir, never! Biarlah kena makan i...

Thumb spica

Image
Salam alayk... +ade ke POP kaler silver? ngeh3+ Sekarang ni aku duk main x-ray n tulang2 jer. Dalam team ortho ni, ade 2 specialist, 3 MO n 3 HO. Dan aku adelah satu2nye perempuan di situ... Macam pelik je bila big boss ajak kami semua lepak kat kedai roti canai lepas round hari Khamis lepas. Huhu~ Hari tu assist operation interlocking nail under II. Menarik jugak. Tugas HO kat sini, kena pastikan dapat quotation implant n patient bayar before operation. Kalau tak, kami yang kena bayar! Haha~ Maido ari, jaa~

Musim kahwin

Salam alayk... Fuh... akhirnya berjaya jugak aku siap penuhkan log book (thanks to Dr Asmizal, Dr Mas Ayu n Epi). Log book tu dah selamat aku submit pada bos Faridah. Harap2 OK... Dah tak lama aku kat O&G ni. Macam2 dah aku lalui. Kalau diingat2, first 2 weeks aku kat O&G ni memang horror! Kena marah dengan specialists, tak disukai oleh MO sebab tak proaktif... huhu~ Sampai aku cakap face to face dengan diorang yang aku memang x boleh nak cope lagi dengan O&G masa tu. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar diorang, I've became a better n safer HO... Nak2 sekarang ni O&G di tahap kritikal sebab x cukup MO (Dr Wan Mazlina baru bersalin 31 Mei hari tu). Kami HO ni kena berdikari la. Nasib baik specialists pun baik n tak kisah nak tulis sendiri dalam BHT (fail pesakit) semasa ward round. Hari Selasa aku belanja MO kek Secret Recipe, n tadi Epie belanja kitorang Pizza Hut. Kami dah rapat macam kawan baik. Sedih jugak la nak tinggalkan O&G ni. Tapi life must go on... n aku...

Towards the end

Salam alayk... Sekarang ni sedang menghitung hari2 terakhir di O&G. InsyaAllah, kalau lulus viva, aku akan menamatkan posting O&G pada 19 Jun ni. Lepas tu masuk ortho... O&G ni menarik jugak sebenarnya. Tapi sebab semua kes nya adalah medicolegal, tu yang aku fikir 16 kali untuk buat master O&G or even jadi MO O&G. haha. Setakat ni aku dah buat pun Caesarean section sendiri, skin to skin (mestilah di bawah pantauan specialist). Tau lah nak manage kes2 O&G ni sikit2, kalau2 nanti kena campak ke health or periphery. Takutnye nak viva... n malasnye nak isi log book!!! huhu p/s: Good news travels fast, but gossip travels faster. LOL! Maido ari, jaa~

Twenty-five

Image
Salam alayk... Tak sangka, tahun ni aku sambut hari lahir besar-besaran sebab buat party kat Labour Room. haha. Mula2 x plan pun, tapi Kak Zu ajak sambut birthday sama2. Jadi, kami buat la birthday party hari Selasa (26 April) kat Labour Room, combine birthday Kak Zu (24 April), Kak Rosma (27 April) n aku (29 April). +birthday gurlz+ +warga labour room+ Nak dijadikan cerita, hari Khamis (28 April), lepas habis kerja, Najmi call aku, ajak keluar gi makan sushi kat Kuantan. As usual, kami selalu keluar lepas kerja, so aku OK je. Kebetulan hari tu last day untuk bonanza Sushi King. Dapat la kami makan puas2. hehe. Lepas tu kami jalan2 window shopping. Sebelum balik Najmi beria2 nak makan kek Secret Recipe. Siap dia call 'kawan' dia tanya kat mana Secret Recipe kat Kuantan. Aku pelik gak, kenapa la malam2 camni nak makan kek lagi. Tapi ikut je la sebab Najmi yang drive. Akhirnya kami jumpa jugak Secret Recipe tu. Aku cakap kat Najmi, " ko turun sorang je la, aku tunggu dalam k...

Kenapa la jonah sangat!!!

Salam alayk... OK, it's time to update blog! Hehe. I was oncalled last night with Dr Mas Ayu (ayat mukaddimah wajib setiap kali pass over case. haha). I was (or should i say 'we were'?) so 'jonah' last night that we had 3 major cases to attend. CASE 1: 35 years old Gravida 5 Para 4 at 32 weeks, came to Labour Room Hospital Kemaman at 7 pm with birth before arrival (BBA). Upon attending, we were told that it was a twin pregnancy and the first twin was already out from mother's vagina. However, noted that the mother was brought in unconcious, pulseless, with pupils fixed and dilated. Red alert was activated immediately and the mother was brought to resuscitation. Cardiopulmonary resuscitation (CPR) was initiated as cardiac monitoring showed pulseless electrical activity (PEA). Mother was successfully intubated by anaesthetist after 3rd trial. After repeated adrenaline administration and active resuscitation, she was finally reverted. 2nd twin was delivered by obst...

High risk C-section

Image
Salam alayk... Last week join OT elektif Caesarean section. Untuk last case tu kami buat case RVD +ve. Patient baru 26 tahun, dapat HIV dari suami yang merupakan penagih dadah tegar. Kesian betul! Kena buat bilateral tubal ligation (ikat saluran peranakan) sebab x nak bagi mengandung lagi. Sebelum masuk OT, kami kena protect diri sendiri dulu... +the staff nurses+ +my MO+ +me+ Lepas OT, baru aku perasan kaki aku habis kena darah patient tu... Cepat2 staff nurse ambilkan seluar baru n aku tukar seluar dalam OT tu jugak! Aku siap scrub kaki yang kena darah tu. Bimbang jugak. Hopefully xde pape... Maido ari, jaa~

I'll survive!

Salam alayk... Sedar tak sedar, dah hampir sebulan aku dalm posting O&G. Mula2 risau jugak sebab O&G ni strict n banyak kes medicolegal, asyik kena audit je, tapi alhamdulillah setakat ni aku rs berjaya je aku survive. Huhu~ Sekarang dah tau ape patut buat n camne nak buat. Kalau specialist marah2 pun, diamkan je... Kalau salah, mengaku je... Jangan banyak menjawab n jangan asyik beri alasan. Tu petua nak hidup aman kat O&G ni! Setakat ni aku dah conduct beberapa normal delivery, dah assist beberapa Caesarean section. So far so good. Semalam aku assist laparoscopic salphingectomy for tubal pregnancy. masa specialist n MO duk sibuk teropong kat atas (melalui abdomen), tugas aku kena manipulate uterus kat bawah (melalui vagina). Penat jugak walaupun boleh duduk. Aku n Epi sebenarnya hari2 duk countdown bila la nak habis O&G ni. Sebab bila dah habis, kira dah lepas dari major posting yang menakutkan. Haha~ p/s: Hari ni pagi2 lagi aku dapat special delivery from McD. TQ tok...

A Sweet Weekend with My Girlfriends

Image
Salam alayk... Hari Sabtu yang terakhir sebelum masuk posting baru, aku, Farrah Qistina n Farah Farhannah buat trip ke Bukit Gambang Waterpark. Kitorang drive dari Kemaman pukul 12 pm, sampai sana pukul 1 pm. Bila lalu je depan KMPh, mengimbau balik kenangan dulu. Huhu~ Bayaran masuk RM21.90 untuk adult. Kami tambah RM50 untuk e-value utk belanja kat dalam tu. Lepas solat Zohor, kami tukar pakaian n sewa loker + tube. Mula2 main kat Coconut Beach. Best, siap ade ombak lagi. Ade 2 orang budak kecik ni jadi tukang tolak tiub kami. Haha~ Lepas puas main ombak, kami gi main slides. Semua slides kami cuba. Dah la aku ni penakut. Aku tutup mata n jerit kuat2 je masa naik slides tu. Sakit jugak badan, tapi best! Lepas tu kami rehat makan tengahari (pukul 3 baru makan) kat kafe situ. Lepas tu kami main kat tempat budak2 pulak. Masa ni baru kami amek kamera n bergigam. Kebetulan masa dah nak balik tu hujan renyai2 n dah pukul 6. Waterpark pun dah nak tutup. Kami balik pukul 6.30pm. Seronok sang...

The purple jersey

Image
Sa lam alayk... +team kami+ Semalam, Hospital Kemaman anjurkan Liga Bowling lagi. Kali ni lawan antara unit pulak. Mula2 aku xnak join, sebab aku kan sux dalam bowling ni. Tapi kena main jugak... Kami lawan kul 2.30 ptg. So pagi tu aku n Epie sempat gi al-Ikhsan, cari jersey untuk team kami. +cantik x jersey kami?+ Aku, SN Hajar, Epie n Mr Hamid (specialist) wakil dari team Surgery. Mr Hamid datang lambat sebab dia kena round ward dulu. Sampai2 je, belum sempat tukar kasut dah baling bola. Haha. Kiranya pencapaian peribadi aku semalam OK, sebab aku maintain je empat2 game score around 70. x macam dulu, score 19 pun ade! Hehe. Siap dapat strike sekali n spare beberapa kali. +team medical vs team surgical+ +bersama puan su, timbalan pengarah hospital kami+ Lepas main, Mr Hamid belanja kami + Farrah Qis + Apez makan. Kami makan thai food kat food court tu je. Mr Hamid sangat sporting, cerita macam2. Kenyang sungguh! Konklusinya, semalam memeng seronok! Maido ari, jaa~

Misi menculik Bangoh

Image
Salam alayk... Semalam, masa dalam perjalanan pulang ke KT, aku menelefon Cik Ngah. Aku: Cik Ngah, esok nak pinjam Syakir (a.k.a. Bangoh)! Cik Ngah: Nak gi mana? Aku: Main bowling, makan2... Cik Ngah: Boleh... Makanya, tadi, aku, Mat dan Atin telah ke Padang Air untuk menjemput Bangoh. Destinasi pertama kami, Terengganu Equestrian Resort (TER). Kami main bowling 2 game. Aku macam biasa, sux dalam bowling ni. Huhu~ Lepas tu kami ke Giant untuk makan pizza. Kami culik lagi Bangoh ke rumah kami. Lepas Asar baru hantar Bangoh balik. Tu je cerita hari ni! Maido ari, jaa~

OMG!!!

Salam alayk... Drama sebabak di pagi Jumaat yang permai... Ummi: Kaklong, nanti belikan ummi handbag yang ummi nak tu, ok? Aku: Ok... Em, ummi nak handbag, ayah nak ape pulak? Ayah: Ayah nak MENANTU... Omaigod!!!! Ayahku, ayahku.... Mana lah anakmu nak cari yang tu... Ade sape2 nak tolong x??? hehe~ Maido ari, jaa~

Tiramisu

Image
Salam alayk... Ha, inilah TIRAMISU yang aku buat hari ni. Jom tengok resipi nya... Bahan2: 250 mg cream cheese 200 ml whipping cream 100 mg gula halus 1 biji kek marble (aku beli kat Giant je) 1 paket Nescafe 3 in 1 Serbuk koko Cara2 membuat: 1. Pukul cream cheese, whipping cream dan gula sampai fluffy dan sebati. 2. Hiris 2 kek marble dan susun bahagian bawah dalam bekas. 3. Basahkan kek marble dengan air Nescafe. 4. Lapiskan kek marble dengan adunan cheese. Buat lagi satu lapis dengan bahagian atas kek marble. 5. Taburkan serbuk koko di atas tiramisu. 6. Sejukkan dalam peti ais n sedia untuk dimakan! Senang je, rasa pun sedap. Selamat mencuba! Maido ari, jaa~