Twenty-five

Salam alayk...

Tak sangka, tahun ni aku sambut hari lahir besar-besaran sebab buat party kat Labour Room. haha. Mula2 x plan pun, tapi Kak Zu ajak sambut birthday sama2. Jadi, kami buat la birthday party hari Selasa (26 April) kat Labour Room, combine birthday Kak Zu (24 April), Kak Rosma (27 April) n aku (29 April).

+birthday gurlz+

+warga labour room+

Nak dijadikan cerita, hari Khamis (28 April), lepas habis kerja, Najmi call aku, ajak keluar gi makan sushi kat Kuantan. As usual, kami selalu keluar lepas kerja, so aku OK je. Kebetulan hari tu last day untuk bonanza Sushi King. Dapat la kami makan puas2. hehe. Lepas tu kami jalan2 window shopping. Sebelum balik Najmi beria2 nak makan kek Secret Recipe. Siap dia call 'kawan' dia tanya kat mana Secret Recipe kat Kuantan. Aku pelik gak, kenapa la malam2 camni nak makan kek lagi. Tapi ikut je la sebab Najmi yang drive. Akhirnya kami jumpa jugak Secret Recipe tu. Aku cakap kat Najmi, "ko turun sorang je la, aku tunggu dalam kereta". Ala, nak beli kek je pun kan... Najmi berkeras jugak aku kena teman dia. OK lah, aku mengalah. Bila je aku sampai depan Secret Recipe tu, aku nampak Era. Eh, camne Era boleh ade kat sini??? Dah pelik dah. Tiba2 aku nampak budak2 tu kat satu sudut. Cis!!! Nak surprise kan aku rupanya! Nasib la korang, aku dah tersangat kenyang makan sushi. Aku xmakan ape2 pun, even kek birthday yang diorang beli. haha. Sorry guys, aku tersangat kenyang, OK!

+multiflavour cake+

+thanks korang & mr photographer :)+

Alhamdulillah, I'm 25! May I grow as a wise and lovely lady. Amiin~

Maido ari, jaa~

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)