Hari yang stress :(

Salam alayk...

Ya Allah, hari ni aku penat giler!!! Lepas round dengan Dr. N (habis around kul 11am), aku buat la kerja2 tertangguh seperti ambil darah dan insert branula. Tambah pulak ada patient baru masuk, kena clerk. Nak buat discharge summary lagi... Pastu ade patient nak kena buat peritoneal dialysis dan venesection. Pastu dengan patient ortho yang ade medical review yang tiba2 taknak buat hemodialysis sebab kaki gangrene dia sakit sangat2, dengan patient yang fluid overload yang sangat susah nak insert branula sebab semua vein dia dah tenggelam... Pastu tiba2 patient yang dah discharge semalam datang balik sebab SOB dan leg swelling, request nak masuk ward balik. Fuh, pening kepala aku! Tarik nafas... tarik nafasss.... Dah la aku sorang2 settlekan semua sebab sidekick aku, S dah pergi tolong kat klinik awal2 lagi. Seriously I'm stressed!!! Nasib baik je puasa, kuat la sikit semangat aku, tapi tadi dah dekat2 nak menjerit dan menangis je. Huhu~

Nasib baik la jugak pukul 2pm tu S dan Dr. M dah balik ke ward. Dapat la Dr. M tolong insert branula patient fluid overload tu, dan S tolong buat peritoneal dialysis, venesection dan clerk satu new case. Petang tadi aku settlekan semua kerja dan pukul 5.45pm baru aku dapat balik. Penat sungguh! Lepas solat Maghrib, terus collapse. Huhu~

Betul la orang kata, nak jadi doktor ni kena ada minat yang kuat. Kalau nak jadi doktor sebab fikir glamour je lebih, memang akan rasa nak berhenti kerja kalau melalui hari yang sangat sibuk dan meng-stress-kan. Ummi selalu pesan, kerja ni satu ibadah... kena ikhlas dan redha semasa bekerja. InsyaAllah, aku akan tetap terus senyum tak kira penat macam mana sekalipun. Gambatte!!!

Maido ari, jaa~

Comments

wanirani said…
kalo aku tgh penat gile, stress nak mampos, nanti aku fikir camni -

"bertahan hazwani, kalo ko d tempat diorg, tgh sakit macam diorg, mesti ko nak ade doctor yang jaga ko kan.."

kesabaran akan berganda. huhu~
Salsabila said…
thanks wani...
kne kuatkan semangat n gagahkan diri!

gambatte!!!

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)