Big success!!!

Salam alayk...

Lama betul aku cuti raya. Dari raya ke-2 sampai la ke raya ke-6. Haha~ Lepas tu bila balik ke ward, aku dah blur2... Macam kne start dari kosong balik. Huhu~ Sebab tu bahaya kalau cuti lama2. Dah la ada viva minggu depan. Mati lah aku, xstudy satu apa pun...

Semalam aku oncall... dengan 'Datuk' K yang terkenal dengan moody and hot-tempered. Pagi tu dia ok2 je... call ward tanya ada new case x. Malam tu ade sorang patient ESRF gasping. SpO2 dah drop sampai 70%. Nasib baik sister ada, dia cadang kitorang bagging patient tu. Aku inform kat 'Datuk' K, dia tengah sibuk intubate 2 patient kat casualty. Moodnya macam xberapa baik je. Takut gak aku kalau dia mengamuk. Biasa lah, kalau tersangat penat, aku pun senang nak marah orang. Huhu~ Masa dia naik ward tu, kami tengah struggle bagging patient, tapi SpO2 xpick up jugak. 'Datuk' K suruh aku intubate patient tu sebab dia dah penat. Aku ni dah la xpernah intubate real patient. Setakat mannequin tu ade lah... Dengan yakinnya, (ceh, yakin tu...) aku ambil laryngoscope n ETT, baca bismillah, then terus intubate patient tu. Masa 'Datuk' K auscultate lungs patient tu, aku doa sungguh2 yang ETT tu masuk betul2. Bila dia kata, "OK, masuk!" aku terus senyum lega. Sister bisik kat aku, "Lepas ni Dr kena belanja sister sebab sister baca banyak doa biar 'Datuk' K xmoody malam ni." Haha~ TQ sister!!!

Alhamdulillah, aku dah berjaya intubate real patient!!! [Happy mode :)) *big grin*]

+Glosari+

ESRF = end stage renal failure/kegagalan buah pinggang peringkat terakhir
SpO2 = peratus oksigen dalam badan
bagging = mengepam oksigen utk bagi bantuan pernafasan


intubate = masukkan tiub pernafasan
laryngoscope n ETT (endotracheal tube) = alat2 untuk intubate


auscultate = dengar dengan menggunakan stetoskop


Maido ari, jaa~

Comments

SEEPOT SEEDOT said…
nice...

ermm..
tp bnyk term yg xfaham ni whai doc.

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)