Salsabila-style Spaghetti Meatballs Oregano

Salam alayk...

Hari ni masuk hari ke-4 duk bertapa kat rumah. Pagi2 lepas Ayah gi kerja, aku bersiar2 kat sekeliling kawasan rumah. Pastu balik, terus masuk ladang Farmville. Sekarang ni tengah tanam anggur, sesuai sangat la dengan kondisi aku sekarang! Haha~ Lepas tu breakfast. Pastu bla3...

Memandangkan Ummi balik lewat hari ni, aku kena masak lunch sendiri. Semalam pergi Giant, beli bahan2. So hari ni, terhasillah "Salsabila-style Spaghetti Meatballs Oregano"~

+pinggan ni ditaja oleh Ummi... haha+

Bahan2:
Spageti
Daging cincang
Bebola daging
Sos spageti
Bawang putih
Minyak masak
Sos cili
Daun oregano (dihiris nipis/dicincang)
Keju Parmesan

Cara memasak:
1. Rebus spageti hingga masak. Ketepikan.
2. Rebus daging cincang hingga masak. Ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumis bawang putih.
4. Masukkan daging cincang.
5. Masukkan sos spageti.
6. Masukkan bebola daging.
7. Masukkan sos cili.
8. Kacau hingga sebati dan tunggu hingga daging masak.
9. Masukkan spageti dan daun oregano.
10. Kacau hingga sebati.
11. Taburkan keju Parmesan sebelum dihidang.

Senang je. Meccha umai pulak tu (hoho, perasan sendiri!) Selamat mencuba ye!

Kali ni nak kongsi info pasal daun oregano. Daun ni selalunya dicampurkan dalam sajian sos bolognaise kerana aromanya mampu menenggelamkan rasa dan bau hanyir daging. Biasanya daun oregano digandingkan dengan daun thymes untuk menghasilkan aroma harum, tapi daun thymes xde pulak... huhu. Pokok oregano ni pun Ummi yang tanam. Lepas ni nak suruh Ummi cari pokok basil, thymes n rosemary la pulak. Ala2 English garden gitu. Haha~ Baru best nak try resipi baru...

+pokok oregano kami+

Maido ari, jaa~

Comments

alialalala said…
cam best je nani
leh try ni
thanx for sharing~
Salsabila said…
haha. try la. simple je ni. main campak2 je... boleh ubah ikut citarasa sendiri ye!
NeeS said…
I lyke2.. nmpak sedap...
mYshah said…
wallawei~ nice~ (>.<)

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)