Posts

Showing posts from August, 2009

Menu berbuka di rumah

Image
Salam alayk... Aku rasa sangat gembira sebab dapat balik berbuka puasa di rumah semasa cuti Hari Merdeka ni. Walaupun tak lama (2 hari je), tapi best dapat masak2 dan merasai air tangan Ummi. Atas permintaan aku, Ummi masak makanan2 ni... (Maaflah kalau ade yang termengidam! Huhu) Sabtu, 29 Ogos 2009: +bubur lambuk+ Ini aku request sebab dah lama sangat tak makan. Istimewanya bubur lambuk ni, Ummi letak budu. Takkan sama dengan bubur lambuk Kampung Baru, wa cakap sama lu! +ikan stim (lupa ikan apa)+ Sebetulnya, ikan ni Ayah yang masak. Sorang2. Ayah suka ikan stim, tapi Ummi lebih gemar ikan masak 3 rasa. Aku... suka dua2. Hihi~ +kerabu pegaga+ Best kerabu pegaga ni. Ummi campur dengan kacang botor sikit. Pastu letak kerang. Mengancam! Ahad, 30 Ogos 2009: +gulai kepala ikan merah+ Ini pun aku yang request. Lepas belajar makan kepala ikan bulan lepas, sedap pulak aku rasa. Oii, kecur air liur ni... +udang goreng bersama kacang buncis+ Ni pun sedap. Udangnya besar2 dan 'gemuk'2. ...

Muhasabah Ramadhan

Salam alayk... Just a quick entry. Kali ni aku nak kongsi satu artikel dari www.zaharuddin.net. Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan 1. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). 2. Makan sahur di tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. 3. Bersahur hanya dengan makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain. 4. Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. 5. Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. 6. Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana terawih. 7. Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. 8. Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari. 9. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. 10. Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. 11. Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. 12. Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram. 13. Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan...

Selamat berpuasa

Image
Salam alayk... Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua umat Islam menunaikan fardhu puasa. Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan " Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak " . Berpuasalah bersungguh2 dan perbanyakkanlah amalan di bulan mulia ini. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita mengutip ganjaran2 pahala. Minggu lepas aku ke Teluk Intan. Posting di sana seminggu. Ini kali pertama aku sampai ke Teluk Intan. Pekannya not bad. Macam pekan Pasir Putih aje. Hospital Teluk Intan pun OK2 je. Makanan kat sana pun boleh tahan. Masuk la dengan selera aku ni (ye lah, aku ni makan apa pun boleh. haha). Tapi yang paling best adalah rumah sewa kami! Kat Taman Melor. Satu rumah 8 orang. Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Tapi kami ramai2 susun tilam dan tidur kat living hall. Best sebab ade kipas besar dan depan TV. +rumah sewa kami. itu kereta wani+ Kat HTI kami dipecahkan ke wad 2C, 2D (wad perubatan lelaki), 4A dan 4B (wad perubatan perempuan). Pengalaman yang paling tak d...

Mulut masin

Salam alayk... Lama betul tak update blog ni. Bukannya xde cerita nak kongsi, tapi malas nak menaip. Padahal dalam kepala ni macam2 nak cerita. Huhu~ OK, kita start dari minggu lepas. Last Friday aku dah habis perform forensik autopsy. Both gunshot case. Tak tahan aku dengan bau darah. Asyik nak muntah je... tapi of course la aku tahan. Dah la kena tolong tarik internal organs untuk keluarkan dari badan. Pastu kena tolong ambil sampel isi perut lagi. Hish, memang malam tu aku tak makan. Geli! Kat tangan ni masih terasa2 lagi pegang internal organs. Huhu~ Tapi sangat lega dapat siapkan 2 cases sekali gus. Tinggal nak buat report je... Lepas habis forensik tu, Nisak batuk2 dan susah nafas. Dia pakai la ventolin inhaler. Aku tanya, apa rasa ventolin tu? Rasa macam nak try je... Disebabkan malam tu Nisak demam teruk, kami ke Emergency Department. Memang sangat ramai manusia. Dengan yang nak screening for H1N1 la, yang demam biasa la, semua ada. Nisak pulak masa tu tachycardic. Dia kena ter...

Dinner kolej & HKL

Image
Salam alayk... Seperti yang aku bagitau dalam entry lepas, Ahad lalu ada dinner kolej, sempena sambutan ulangtahun Kolej Tun Dr Ismail yang ke-10. Dinner tu buat kat Putrajaya International Convention Centre (PICC). Kami pergi naik bas. Tapi sesat jugak sebab pakcik driver bas tu xtau jalan. Haha. Bertolak pukul 5.30 pm sampai pukul 7 pm. Lama betul pusing2 kat Putrajaya sebab xtau PICC tu kat mana... Lepas daftar kami pergi solat Maghrib. Maka ramailah budak2 dalam surau tu. Ada yang tukar baju, dan ramai juga yang sedang make up. Pukul 8 pm kami dah kena masuk hall. Dapat pulak meja no 7, betul2 depan stage dan sebelah meja VIP. VIP2 itu adalah mantan pengetua2 kolej... Datuk2 dan Datin2 semua. Segan pula duduk kat situ... Majlis malam tu VC datang. Gilang gemilang la jugak... Tapi banyak benda sakit mata dan telinga aku... Huhu. Makanan so-so je... Nasib baik bayarannya dah ditolak dalam yuran kolej. Kalau x, xdenya aku nak pergi! Haha. +the menu+ +speech by VC+ +the pudding+ +cak!!...

Malam ni dinner kolej, tapi aku xde selera nak makan...

Salam alayk... Masuk hari ni dah 5 minggu aku xsihat. 5 minggu??? Lama tu... Oh ye, tak sihat tu maksudnya batuk, selsema n demam kadang2. On and off... Ubat pun dah 2 kali ambil kat klinik. Cuma belum sampai tahap kena buat throat swab saje... So kawan2, janganlah takut nak dekat dengan aku ye... Minggu lepas adalah first week posting Medicine. Kena pergi ke HKL untuk posting Dermatology. Seminggu je. Tapi sesungguhnya dermato itu sangat seronok! Betullah kata pujangga, "What mind doesn't know, eyes don't see". Mungkin suatu hari nanti aku akan specialize dalam dermato? Wait and see... Haha~ Dan malam ini pula ada dinner kolej. Kat PICC. Temanya adalah black and gold plus masquerade. Tapi aku xkan pakai black and gold, apatah lagi masquerade... Peduli apa aku, janji dapat makan! Malangnya sekarang ni seleraku tak berapa betul sikit. Makan sikit je, dah xlalu. Cepatlah kurus kalau asyik begini... Hihi, aku suka! Maido ari, jaa~