Hanani-One-Nabilah-One (H1N1)
Salam alayk...
Hari tu dapat award dari Kak Iena... cantik awardnye. Thanks, Kak Iena... hihi

* * *
Minggu ni minggu terakhir dalam posting Family Medicine. Tapi dah hantar pun case write up dan journal appraisal. Tapi Jumaat ni ade the last mini CEX. Dahla aku dapat dengan Prof Azah. Memang kena prepare betul2 la... Takut jugak, tapi nak buat macam mana... huhu~
Hari Jumaat ni jugak aku perlu berjumpa dengan mentor PPDku, Dr. Amelia. Tak prepare pun nak jumpa dengan Dr. Amelia ni... Macam banyak je benda kena buat, untuk isi file PPD tu.
Hurm, batuk aku pun tak hilang2, walaupun dah makan ubat herba Izzati dan gula2 Hacks. Ade kawan yang siap suruh aku pergi screening H1N1. Haha~ Satu je masalah aku, aku tak reti nak keluarkan kahak dalam tekak ni... asyik tertelan je. Huhu~ Terpaksalah aku tangguh niat nak makan durian. Ummi kata, tunggu batuk tu baik dulu...
Plannye, hujung minggu ni nak buat gathering sepupu2. Tapi tak contact Din dan Faiza lagi. Harap2 diorang free... Lama betul tak jumpa diorang!
Minggu depan masuk posting Emergency... yeay!!! Tak sabar betul... hihi~
Maido ari, jaa~
Comments