Parenthood

Salam alayk...

Selama 3 minggu aku posting ortho n join klinik ortho paeds, aku perhatikan pelbagai ragam kanak2 dan parents mereka. Hari ni aku belajar sesuatu yang menarik...

Semasa ikut klinik Prof Sharaf, adalah seorang ibu berbangsa Caucasian dan anak2 angkatnya yang berketurunan India. First impression aku, aku kagum dengan ibu 'mat saleh' ni kerana mengambil anak angkat yang tidak sebangsa dengannya. Mungkin kerana mahu membantu keluarga kanak2 ini yang miskin... atau apa2 sahaja sebabnya. Macam Angelina Jolie, ambil anak angkat dari Zimbabwe la, Myanmar la.

Satu perbezaan yang aku perhatikan dari si ibu, dia sangat memberi sokongan kepada anaknya. Bila Prof Sharaf kata dah xperlu pakai full length cast, hanya pakai below knee cast, si ibu berkata kepada anaknya: "Yeay! That's good. Now you can bent your knee..." Jarang sekali aku jumpa parents Melayu [nota: Melayu tu bukan Muslim] berkata begitu pada anak mereka. Biasanya, reaksi mereka: "Hurm, baguslah. Tu la, nakal sangat sampai patah kaki." Berbeza kan???

Semua kata2 dari parents adalah doa, dan anak2 sangat mengambil hati dengan semua perkataan dan perbuatan parents terhadap mereka. Jika seorang kanak2 itu dibesarkan dengan kata2 semangat dan pujian, dia akan membesar sebagai seorang yang kuat semangat dan optimis. Tetapi jika sebaliknya, dia kan menjadi seorang yang pesimis dan tiada keyakinan diri.

Ini sekadar penaakulanku di sebalik pemerhatianku pada keadaan sekeliling. Mungkin pendapat aku salah. Aku sedar cara pendidikan dan pentarbiyahan anak2 zaman sekarang sudah berbeza dan dangat mencabar. Aku pun x pasti suatu hari nanti mampukah aku menjadi seorang parent yang berjaya mendidik anak2 menjadi seorang Muslim yang mukmin... Kepada anda yang bercadang untuk menjadi parents, didiklah anak anda dengan acuan yang dituntut oleh Islam. Wallahua'lam...

Bawah ni video comel...



"I love you too, but I don't like you all the time." :p

Maido ari, jaa~

Comments

MiLuViA said…
tk juga.
hr tu kt klinik.

ade mak tu ckp ngan anak die lepas cast sebab anak die punye kaki cm jengket sikit,

ha, tgk tu da cantek da kaki kakak.
cube jalan.
Anonymous said…
cute video tuuuu!!!!!
Salsabila said…
itu la, mcm yg nani state kn, mungkin pendapat nani salah. bukan semua parents mcm tu. ade yg supportive, ade yg asek nk punish anak. diversity kan...

ape yg penting, mcm mn kite nnt nk didik anak kite nnt... huhu~
alialalala said…
x tau x dpt tgk video tu
tp aja cte td cm cumel je
Shuk said…
nice entry (& issue)
i think in parenthood u need to have a balance between punishing & supporting (or rewarding)
And yes,like u said,setiap kata2 dari ibubapa tu adalah doa utk anak2,jadi sebaik2nyer kalau marah anak2 jgn la gune perkataan yg x baek (contohnyer: kalau nk ckp "tu la nakal lagi" tu,tukar la ke perkataan "bertuah btul la kau ni")
moga kte sumer menjadi ibubapa yg baik
wallahualam~

p/s:cute video :D
wanirani said…
comel sgt videonye!!

rase nak ade anak..heheheh =p

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Dinner Alumni Medic UKM 2016