Asah bakat memasak

Salam alayk...

Setelah hampir 5 minggu bergelumang dengan Ortho, akhirnya hari Isnin lepas aku dah selamat mengakhiri exam reseat. Syukur alhamdulillah... Terima kasih kepada kawan2 study group (Shah, Yun, Hazim, Faiz, Farah, Hafzan dan Sarah), Mr Azwa, Mr Halim, Mr Azaiddin, Ms Hazla dan doktor2 registar yang lain kerana membantu aku untuk menghadapi exam reseat ni. Tak lupa jugak kepada housematesku yang sanggup tunggu aku exam, siap masakkan untuk aku lagi. Dan kepada kawan2 yang wish goodluck, tak kira melalui SMS, facebook, friendster ataupun call. Aku terharu dengan perhatian dan doa korang... InsyaAllah, aku dah buat yang terbaik, dan Jumaat ni adalah hari penentuan...

Ya ALLAH, Kau luluskan kami dalam peperiksaan ulangan ini. Kami telah berusaha dengan segala upaya kami, maka luluskan kami.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi Rezeki. Amiin...

Lepas je exam, aku, Asmal, Dayah, Sarah dan Husna (adik buddy aku) ke Midvalley. Jalan2 a.k.a. outing... Hihi~ Makan2 dan beli barang sikit.

Esoknya, aku, Dayah, Husna dan Asmal main masak2. Kami masak Japanese food. Menu kami:

+sushi+

+sepatutnya natto. tapi tak cukup bahan. jadilah sup ayam berhalia+

+sepatutnya yakitori. tapi tak cukup bahan. jadilah ayam panggang berkicap+

+ittadakimasu!+

Seronok betul masak2 ni... Banyak pulak tu. Tak larat nak habiskan. Huhu~ Malam tu aku naik bas... Balik Ganu!!!

And now, I'm home... "Here in my home, lalalala~" (nyanyi lagu video klip dinner dulu)

Aku sampai rumah Subuh tadi. Sampai2 je, aku terkejut. Ummi dah dapat apa yang diingini i.e. dapur rumah aku dah diperbesarkan. Ayah kata Ummi sukalah tu... Macam2 Ayah dan Ummi ni. Tiap2 kali aku balik, mesti ada perubahan. Masa matrik, aku sampai tak kenal rumah sendiri. Apa taknya, bahagian depan rumah direnovate, jadi lagi besar. Hari tu balik ada TV baru. Pastu peti sejuk baru. Hurm, apa2 ajelah, asalkan mereka bahagia. ^_^

Hari ni aku cakap kat Ummi, aku nak masak, so Ummi tak payah beli nasi kat kantin sekolah dia. Aku masuk dapur, cari bahan2 nak masak. Lepas tengok resipi, aku decide nak buat:

+ayam masak madu+

+sayur goreng black pepper+

Ni aku nak share resipi Ayam Masak Madu. Ummi kata sedap. Boleh la buat lagi lepas ni. Hihi~

Bahan2 (untuk 2 orang):
Ayam
1 ulas bawang besar - dikisar
3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 batang serai - dikisar
1 sudu makan cili boh
1 sudu makan sos tomato
2 sudu makan madu
Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan air
Garam

Cara2nya:
1. Ayam diperap dengan garam dan digoreng hingga masak. Angkat dan toskan.
2. Tumis bahan2 yang dikisar hingga naik bau.
3. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos tomato dan madu. Gaul sebati. Perasakan dengan garam.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan tepung jagung. Kacau hingga betul2 sebati.
6. Sedia dihidang dan disantap!

Senang kan? Tadi aku, Ummi dan Ayah pergi dinner di Restoran Paradise Deluxe. Ayah kata sekali-sekala anak2 balik, nak makan sedap2. Kalau tak, makan nasi dengan kicap je... Tak pun makan biskut tawar je. Hihi~ Kami makan:

+udang goreng mentega+

+phat phet bean curd+

ayam goreng bersos lemon, sup sayur campur dan belut goreng bercili. Alhamdulillah...

Esok aku nak masak spageti pulak... Em, tak sabarnya~

Maido ari, jaa~

Comments

SEEPOT SEEDOT said…
sdp sngt makanan2 tuh!
nurulhusna said…
salam...bgs aa akak nih...hehe sy x menympat lagi nk ke dpr ni...cbuk pindah2 brg kat kolej...
*hari tu lupa nk byr half duit ice cream mahal tuh...hehe nanti igtkan =)
mYshah said…
Seeeedapnye... nak sket!!! aish.....

wah333
untungnye sape kawen ngan nani ni kan? da la baik, lawa, pandai masak plak tu~ hahahaha (nani aku nantikan masakan percuma untuk aku,hahaha)

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)