Aku dan pantai
Salam alayk...
AMARAN: Entry ni agak berbunga2. Harap bersabar ye...
Semalam aku ke pantai lagi. Pantai Teluk Ketapang, bersebelahan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Orang Terengganu sangat bertuah, mereka ada alternatif lain untuk menggantikan KFC yang diboikot. Mereka ada ICT a.k.a. Ikan Celup Tepung... :p
Jadi, semalam aku pergi ke pantai tu untuk makan ikan pari n sotong celup tepung n minum air nyor (air kelapa). Itu adalah menu istimewa di kawasan peranginan di sepanjang pantai negeri Terengganu, termasuklah keropok lekor.
Berbalik pada topik asal, pantai. Aku sangat suka pergi ke pantai. Aku sangat menyukai suasana di tepi pantai. Ombak bergulung2 n pecah menjadi buih2 apabila memukul pantai. Awan berarak perlahan2 menghiasi langit yang cerah. Aku dapat lihat garisan horizon, burung2 terbang melayang dan kapal2 kecil sedang berlayartenang. Aku dapat rasakan kehalusan pepasir pantai, tatkala kakiku menyentuh pasir putih itu. Bermain2 di gigi air n mengutip kulit2 kerang yang terdampar di sepanjang pantai akibat dibawa ombak. Begitu cantik alam ciptaan Allah, yang terzahir pada keindahan sebuah pantai...
Namun kini, Pantai Teluk Ketapang sudah berubah wajah. Tidak cantik seperti dulu. Sudah tidak efisien untuk dijadikan tempat berehlah bersama keluarga. Kerana projek menaiktaraf dan membesarkan lapangan terbang, pantai tu dah ditambak kira2 1km dari pantai sebenar. Tapi mujurlah separuh je kawasan pantai yang ditambak. Sekurang2nya ada lagi tempat untuk duduk2 dan melepak.
Seronoknya dapat pergi ke pantai!
p/s: Na, Kak Nani dah tengok Iman masa gi kedai Kak Ida semalam. Comel sangat Iman. Dia dah pandai tegur orang!
Maido ari, jaa~
Comments
nway cik nani bile balik cini? nanti bley la ajar2 sket... nani kan masih fresh lagi... huhu
sama2 kita berusaha~ chayok2
ye ke kak nani...
alahai...
na dh rindu sgt2 dgn budak tu..
thanks kak nani...
nyway..
lama xtengok mad...
hahaha...
skali tengok dia jadi model pantai la plk...
kih2...
nok g pata gok..
nok ict gok..
uwaaaaaaa!!