Puasa tahun ni vs puasa tahun lepas
Salam alayk...
Selamat berpuasa semua... Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke-4 kita berpuasa. Apapun, bagi aku, puasa tahun ni xsemeriah puasa tahun lepas. Ye la, tahun lepas aku berpuasa di Tanjung Karang (masa tu aku posting JKM). Rindu betul dengan bazar Ramadhannya, sebab makanan orang kat sana sedap2. Masa tu pertama kali aku cuba makan nasi ambang. Satu rasa yang sukar digambarkan. chewah! Solat terawikh, kami beramai2 naik bas ke masjid. Ada seorang sahabat kata, macam nak gi Mekah je, semua pakai telekung... hihi, macam2! Bestnye puasa tahun lepas lagi, kami masak sendiri di sana! Masing2 tunjukkan bakat memasak. Seronok berbuka beramai2... Rindunya~
Tahun ni puasa ok2 je. Tambahan pula kami ada peperiksaan akhir semester 1 bermula 2 September lalu. Pergi bazar Ramadhan pun dah dekat2 waktu berbuka, beli apa yang nampak n berkenan je. Nak jimat masa lah katakan... (padahal petang tak study pun, tengok tv ade la. huhu~) Sekarang ni dah lepas 2 kertas teori untuk posting Triad n Psikiatri. Tunggu hari Jumaat ni untuk OSCE Triad n Rabu minggu depan untuk OSCE Psikiatri. Harap2 segala usahaku berbaloi. Doakan kejayaan aku ye sahabat2. Aku juga mendoakan kejayaan kalian...
Oh ya, SELAMAT HARI LAHIR KE-22 kepada teman2 serumahku, Hannah (15 Ogos), Hajar (27 Ogos) n Faridah (3 September). Semoga kalian sentiasa dalam limpah rahmat dan kasih sayang Ilahi...
Maido ari, jaa~
Comments
nway slamat berpoase n berbuka n ber-OSCE ek, wasalam