Dating beramai-ramai

Salam alayk...

Pertama-tamanya, aku nak mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada coursemate ku, Dina Farizah dan pasangannya Ahmad Farhan yang telah selamat diijabkabulkan pada 2 Ogos 2008. Semoga jodoh berpanjangan dan sentiasa dalam limpahan rahmat ALLAH... Amiin~

Untuk cerita lebih lanjut, sila lawati blog mYshah...

Baiklah, seterusnya, cerita tentang reunion. Ya, pada 3 Ogos 2008, budak2 SHAMSians 9903 telah mengadakan satu gathering di Times Square anjuran Cik Wanie n Cik Zella. Gathering itu telah dihadiri oleh Naniko, Cik Suebaik, Cik JLaa Kimster, Cik Matun, Cik Yana, Cik Husna anak bekas mufti Terengganu, Cik KayZack bekas ahli kumpulan Geng Beras Jati, Cik Zack dan Cik Fifi. Dah lama betul tak jumpa mereka. Rasanya ade yang paling akhir aku jumpa adalah semasa di Tingkatan 5. Apa lagi, kami pun mula bercakap dalam loghat ibunda kami yang sudah lama tidak dipraktikkan. Haha~ Aktiviti pertama adalah brunch di McD je...

+jlaa, kayzack, suebaik n zella. mereka ni ada petua untuk kahwin cepat. haha+

+fifi n zack. teka-teki mereka mampu menggeletek perut, gusi dan mata. huhu+

+yana, husna n matun. oops, tercandid pulak+

+bak sini no telefon masing2, nanti senang nak kontek kalu nak jemput gi kenduri. hehe+

+bergigam dengan zella+

Lepas tu kononnye nak pergi main bowling, tapi kebetulan entah ade syarikat mana buat family day, penuh la pulak... Tak jadi main bowling, kami jalan2 + borak2 + window shopping n tak lupe... berGigam!!! Haha~ Lepas solat Zohor, Zack, Fifi, Kayzack, Yana n Matun pergi tengok wayang manakala Husna dan Suebaik sudah mau pulang... Wanie entah ke mana dengan housematenye. Jadi tinggallah aku, JLaa n Zella meronda2 mencari kasut. Susah betul nak jumpe kasut yang sesuai. Puas merayap dari tingkat 6 ke tingkat 1, kami ke Sungei Wang la pulak... Meronda lagi. Tiba2 Inche Muzey SMS Zella, bagitau dia datang. Segan katanya sebab semua perempuan. Jadi kami berjumpa di Sungei Wang n mereka bertiga terpaksa menemani aku untuk mencari kasut... (lagi!) Mulanya aku agak segan dengan Muzey, kena teman aku masuk dari satu ke satu kedai kasut, tapi semangat nak beli kasut yang berkobar2 mengatasi segalanya. Haha~ Bukannye selalu, 22 tahun sekali je. (Muzey, 2008).

Takde juga kasut yang berkenan di Sungei Wang, kami patah balik ke Times Square. Masa kat satu kedai kasut tu, jumpa Cik Bati n Cik Raihanah. Mereka baru datang sebab ade kelas pada paginya. Kebetulan Zack n Fifi baru habis tengok wayang n kami berpakat untuk kumpul kat KFC. Dan kebetulan lagi, hari Jumaat lepas adalah hari lahir Bati, jadi Zella n Raihanah telah membeli kek di Secret Recipe. Kami telah membuat sambutan hari lahir kecil-kecilan untuk Bati.

+bati, the burfday gurl n her burfday cake+

+raihanah, zella, zack, fifi, aku n bati+

Seronok betul hanging out dengan kawan2 lama. Walaupun hampir semua adalah dari kelas lain n kami x rapat semasa di sekolah dulu, tapi semalam kami amat mesra sekali... Berbual2, berkongsi cerita n ketawa, berGigam bersama, n makan bersama. Bagaikan satu memori yang indah untuk aku kenang. InsyaALLAH, lain kali akan ada lagi gathering untuk SHAMSians 9903 yang tidak dapat hadir kerana ada hal lain atau x berada di Malaysia buat masa sekarang.

Sebelum itu, ni ada soalan teka-teki yang dibekalkan oleh Fifi semasa kami makan McD untuk menceriakan suasana. Beria2 KayZack menyalinnya di dalam handphone. Nak jadi juara teka-teki katanya... Haha~

1. Pak Ali mempunyai sebuah kebun buah-buahan. Semua jenis buah ada di dalam kebun itu, daripada buah durian sampailah buah pulasan. Pada suatu hari, ketika Pak Ali ke bandar untuk mengeluarkan wang di ASB, jirannya menelefon dan memberitahu bahawa kebun buahnya terbakar! Bila Pak Ali pulang, rupa2nya hanya 3 jenis buah yang tidak terbakar. Buah apakah itu??? (Klu: Buah-buahan tempatan)

2. Semut apakah yang bermata besar???

3. Ikan apakah yang paling besar???

4. Ikan bilis apakah yang berkepala besar???

5. Bulan bintang. Yang mana anak, yang mana bapaknya???

6. Kambing bin ape???

Itu je yang aku ingat. Silalah peningkan minda anda dengan memikirkan teka-teki ni. Huhu~


+selamat berjuang!!!(sambil buat hand gesture yang kayzack suka buat dulu)+

Maido ari, jaa~

Comments

amni inma said…
nk try teka-teki:
1. buah manggis,
2. semut bermata besar
3. ikan paling besar
4. Ikan bilis berkepala besar
5. bulan anak, tang bapaknye (bulan bin tang)
6. bin G

*haha..punyela malas nk pk..
hand gesture kayzack? daa lupe daa..cemane ar? waa..miss ya all~

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Dinner Alumni Medic UKM 2016