ALLAH itu Maha Adil!

Salam alayk...

Keputusan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam sudah diketahui. Tahniah kepada DSAI kerana menang dengan majoriti 15671 undi. Di sebalik pelbagai peristiwa dan kontroversi, seperti tuduhan liwat, isu jurugambar dibelasah, isu kekecohan pada hari mengundi dan penahanan bas yang dikatakan membawa pengundi hantu, DSAI masih lagi mampu mengekalkan popularitinya di Permatang Pauh yang sebelum ini dipegang dan dijaga baik oleh isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah.

Apapun, seluruh jentera BN hanya mampu akur dengan keputusan dan suara rakyat. Walaupun politik di negara ini tidak pernah bersih, siapa di pihak yang benar dan siapa di pihak yang salah, biarlah ALLAH yang menentukan. Hanya ALLAH yang layak mengadili dan menghukum hamba-Nya. Kerana ALLAH itu Maha Adil!

p/s: Aku menulis dari sudut pandangan mata hatiku terhadap politik negara pada masa sekarang. Walaupun benar, mahasiswa/i tidak boleh terlibat dalam politik, tetapi untuk menjadi seorang mahasiswa/i yang berkualiti, kita harus mempersiapkan diri dengan ilmu tentang politik, agar pabila kita keluar nanti, kita ada pendirian sendiri dan tidak mudah terpengaruh dengan cakap2 orang. Wallahua'lam.

Maido ari, jaa~

Comments

mYshah said…
tp i wonder la nape die xmo angkat sumpah? :-/
Anonymous said…
sbb dia ada alasan kukuh..hee
doa org yang teraniaya antara doa termabul..
wallahualam

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)