Posts

Showing posts from March, 2015

Hari-hari terakhir sebelum GST

Image
Salam alayk... Hari ni dah 31 Mac. Esok, 1 April, adalah tarikh lahir GST. OMG!!! Apa-apa pun, mari kita menikmati hari-hari terakhir sebelum GST... Semalam aku dan Cik Abe pergi ke Thai Festival kat depan Stadium Sultan Mohammad IV tu. Saja jalan-jalan sambil tunggu trafik reda sikit. Kebetulan pula semalam aku ke mesyuarat KWER kat pejabat Cik Abe. Jalan kaki je dari pejabat Cik Abe. Mari kita tengok suasana kat sana...  +roti tisu sini sedap!+  +kerabu seafood+  +antara gerai-gerai kat sana+  +pulut mangga+ Kami beli makanan ringan je. Ada jugak jual nasi khaomok, nasi ayam, pelbagai kerabu, pulut ayam, pulut mangga dan lain-lain. Tapi kami tak beli la, takut holding time makanan tu lebih dari 4 jam. Kang tak pasal-pasal kena cirit-birit... Huhu~ Tapi atas selera dan pilihan masing-masing la. Cik Abe awal-awal lagi cakap no-no.  +sate ayam (RM5), roti tisu (RM3) & durian chips (RM10)+ +roti tisu (lagi) & eg...

Ikan siakap stim serai

Image
Salam alayk... Minggu lalu kami ada beli ikan siakap kat Pasar Wakaf Che Yeh. Aku dah tak ingat harga sekilo ikan tu. Tapi kami dapat dalam 4 ekor la. Mula-mula aku buat siakap 3 rasa. Lepas tu rasa macam nak makan ikan stim. Belek2 la buku resipi Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resipi tu. Maka, jumpalah aku dengan resipi ikan stim ni. Simple dan main campak-campak je... Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap 2 ulas bawang merah - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris 1 inci halia - dihiris 3 batang serai - diketuk 2 biji cili padi - dihiris 1/2 cawan air Garam secukup rasa Cara-cara: 1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali. 2. Masak dengan api kuat selama 15 minit atau hingga ikan masak. Tambah air jika kering. 3. Siap! Hidangkan bersama nasi putih. Aku adjust sikit bahan-bahannya agar sesuai dengan apa yang ada kat dapur aku ni. Mujur tak perlu paka i periuk kukusan, sebab periuk kukusan aku tu lepas banjir xtau dah letak kat mana. Malas nak menyelongkar... ...

Bila Aqiqah kita boleh makan kambing!

Image
Salam alayk... Semalam penat betul! Sebab semalam adalah hari aqiqah baby ke-3 Along, baby Adeeb. Seperti biasalah, cuti sekolah macam ni adik-beradik iparku berkumpul (kecuali Alia the Gorgeous yang tak balik dari Aussie lagi). Parents in law aku tempah nasi minyak dari Cik Dah (adik ipar Mama). Dan tak lupa menu istimewa, kambing golek BBQ. Yums!!! Kambing tu aku dan Cik Abe bawa balik dari KB sebab kambing kat sini murah dari KT. Kat KT maunya harga kambing seekor dekat RM1000, sama macam kat KL pula. Kambing kami ni dah la murah, besar dan daging banyak pula tu.   +muka happy boleh makan kambing golek+ Majlis mula jam 10 pagi dengan solat hajat. Lepas tu ada tahlil sikit, barulah budak2 pondok tahfiz bermarhaban sambil Abang Saiful bawa baby Adeeb keluar. Kebetulan hadir sama adalah ayah Abang Saiful, bekas mufti WP (aku panggil Tok Wan je. Hihi). Mak dan pakcik Abang Saiful pun ada. Siap semuanya, para tetamu dijemput makan. Tugas aku, memastikan semua makan...