Posts

Showing posts from June, 2014

Ayam goreng mentega

Image
Salam alayk... Semalam masa nak masak untuk dinner, Cik Abe request ayam goreng mentega. Aku pun tak tahu macam mana rupanya ayam goreng mentega tu. Terus aku google kat internet. Rupa-rupanya masakan Indonesia. Ni resipi asalnya...   Tapi sebab tak semua bahan ada, aku pun ubah la sikit guna apa yang ada. Lagipun aku buat untuk 2 orang makan je... Ni aku translate untuk korang ye... Bahan-bahan: 1 ekor ayam, dipotong 10 2 ulas bawang putih, ditumbuk 1 sudu teh garam 1 sudu teh serbuk lada hitam Minyak untuk menggoreng secukupnya 75g mentega 50g bawang besar Bombay, dicincang 4 ulas bawang putih, dicincang 2cm halia, dicincang 1 sudu besar kicap masin 1 sudu besar kicap manis 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 2 batang daun bawang, dipotong 2cm 2 biji limau nipis, dibelah 2 Cara-cara: 1. Ayam diperap bersama bawang putih, garam dan serbuk lada hitam selama sejam. 2. Goreng ayam hingga keemasan. Toskan. 3. Dalam kuali yang sama, tum...

Misi mencari jeruk madu Pak Ali

Image
Salam alayk... Maaf la teman-teman blogger sekalian, hari ni baru ada mood nak update blog. Aku cuma nak berkongsi cerita pasal percutian singkat aku ke Pulau Pinang semasa cuti Hari Pekerja hari tu... Kami bertolak tengahari dari Kota Bharu. Berhenti lunch di Jeli, sebelum meneruskan perjalanan melalui Lebuh raya Timur Barat (Jeli-Gerik).Kami selamat tiba di Pulau Pinang jam 6 petang. Agak teruja la apabila kami melalui Jambatan Pulau Pinang. Aku rasa semua pelancong ke Pulau Pinang pun akan rasa begitu, kan? Kami masuk melalui jambatan pertama je sebab jambatan kedua tu terus ke Bayan Lepas. Nanti jauh pula nak ke hotel. Di Pulau Pinang, GPS amat membantu. Akhirnya kami selamat tiba di The Gurney Residence & Hotel di Persiaran Gurney. Malam tu kononnya nak exercise la, jalan kaki ke Plaza Gurney. Ingatkan dekat je... rupanya sampai basah lencun belakang aku dengan peluh keringat! Jadi aku nasihatkan korang naik la kereta atau teksi... huhu~ Esoknya adalah aktiviti...