Posts

Showing posts from April, 2013

Serviks macam donut?

Image
Salam alayk... Sejak kerja di klinik kesihatan ni, aku kena terlibat dengan aktiviti2 pendidikan kesihatan kepada masyarakat setempat. Ye lah, dah nama pun Pegawai Perubatan dan Kesihatan kan... Jadi hari Rabu lepas staff nurse ajak la aku pergi bagi ceramah kesihatan kat Klinik Desa Kua. Kua? Kat mana tu? Huhu... Kami bertolak dalam pukul 8.30 pagi. Aku konvoi dengan SN & JM sebab nanti nak balik awal. Tak la jauh sangat Kampung Kua ni. Kami melalui Kg. Bukit Kolam, Kg. Tok Randok, Kg. Bukit Diman, Kg. Machang, dan akhirnya Kg. Kua. Klinik desa ni 2 tingkat, tingkat bawah adalah klinik, manakala tingkat atas adalah rumah JM oncall. Ade 2 orang JM bertugas kat sini. Sampai je kami breakfast dulu sebab tak ramai lagi ibu2 yang hadir. Pukul 9.40 pagi aku mulakan ceramah aku tentang kanser serviks dan Pap smear. Audiens adalah dalam 10 orang. Aku sedaya-upaya terangkan pasal kanser serviks dan pap smear dalam bahasa setempat yang paling mudah untuk difahami. Cakap Ganu la...

Apa anda tahu tentang HIV?

Image
Salam alayk... Hari ni aku baru balik dari satu kursus di Merang, Setiu. Kursus Prevention of Mother to Child Transmission atau nama glemernya PMTCT. Basically kursus tu mengenai macam mana nak handle kes wanita mengandung HIV +ve dan wanita HIV -ve dengan suami HIV +ve. Confuse tak? Mari aku terangkan... Setiap wanita yang datang ke klinik kali pertama untuk booking mengandung akan disaring status HIV mereka dengan kit Rapid Test (ujian cepat). Jika -ve dan mereka tiada risiko jangkitan HIV, mereka disahkan HIV -ve. Tetapi jika Rapid Test -ve dan mereka mempunyai risiko untuk dijangkiti HIV, status HIV mereka akan diperiksa menggunakan kaedah ELISA. Keputusan dari ujian inilah yang akan mengesahkan mereka HIV -ve atau +ve. Begitu juga jika Rapid Test mereka +ve, ujian ELISA juga akan dibuat ke atas mereka untuk mengesahkan status mereka.   Ideally, bagi wanita yang HIV +ve, suami mereka akan turut disaring HIV, tetapi ini dibuat secara sukarela tanpa paksaan....