Blueberry Oreo Cheesecake

Salam alayk...

Semalam aku cuba buat cheesecake. Resipi dari Farrah Qis. Dah lama nak cuba buat sendiri, baru kali ni menjadi. Rasanya boleh tahan la, untuk first timer macam aku ni. hehe~


Bahan2:
2 paket biskut Oreo
1/2 buku mentega
Badam hancur - dipanggang
3 buku keju Philadelphia (250 mg each)
3/4 cawan gula
3 biji telur
1/2 biji lemon - diperah untuk jus
1 kotak whipping cream (200 ml)
1 sudu besar tepung jagung
Blueberry filling

Cara2:
1. Tumbuk biskut Oreo hingga hancur.
2. Cairkan mentega di atas api.
3. Campurkan mentega, biskut Oreo dan badam hancur, dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
4. Panaskan oven dan letak sedulang air di atas api.
5. Pukul keju Philadelphia hingga gebu.
6. Masukkan gula, telur, jus lemon, whipping cream dan tepung jagung.
7. Pukul hingga adunan sebati dan tidak berketul.
8. Lapik loyang pembakar dengan kertas minyak.
9. Ratakan adunan biskut Oreo ke atas kertas minyak sebagai 'base'.
10. Tuang adunan keju ke atas biskut Oreo.
11. Letak loyang pembakar di atas dulang berisi air. Bakar di dalam oven dengan api perlahan selama lebih kurang 2 jam.
12. Selepas masak, sejukkan kek di dalam peti ais.
13. Hiaskan dengan blueberry filling sebelum dihidang.

Senang je kan? Selamat mencuba!

Maido ari, jaa~

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Dinner Alumni Medic UKM 2016