Sabtu adalah hari ber-shopping!
Salam alayk...
Jumaat malam aku pergi labour room, ganti oncall Nisak yg tetiba balik rumah awal... ala2 emergency leave sebab dia xsihat. Tapi memang nasib aku kurang baik malam tu, ade 1 patient in labour, tapi dia kena chicken pox pulak. Aku kan xkena lagi chicken pox, mestilah aku xleh 'jaga' patient tu. Huhu. Lepas tu ade lagi 1 patient in labour. Dia VDRL positif pulak. Student midwife tu nak 'jaga' dia, so aku bagi je lah. Sampai pukul 1 am lebih, xde patient lain masuk, n aku dah mengantuk tahap xingat, aku pun balikla. Rupa2nya, pukul 4 am lebih tu, ade ramai pulak patient masuk. Cis, menyesal aku balik awal!!! Geramnya, bila la boleh habiskan lagi 2 delivery ni?
Pagi Sabtu aku buat keputusan nak keluar shopping kat Jalan TAR. Sorang2. Ye, sebab semua balik rumah. Huhu. Tapi best jugak keluar shopping sorang2 ni, sebab xrasa bersalah buat orang tertunggu2 kita. Nak memilih pun bebas je... Masa telefon Ummi bagitau nak keluar shopping sorang2 malam Sabtu tu, Ummi kata, masa ni lah perlunya pakwe (Haha, Ummi dah pandai sebut perkataan 'pakwe' tu...). Tetiba Ayah mencelah: Haish, mana boleh pakwe2 ni, kahwin terus! Aku tergelak besar dengar suara Ayah di hujung talian tu. Takpe, anak Ummi & Ayah ni boleh jaga hati dia lagi... (kecuali dia ni alah n mudah cair dengan pelakon n penyanyi Jepun yang sorang tu je... haha).
Pukul 11 am aku dah sampai kat Sogo. Destinasi mula2 mestilah Minerva, menjejak Jaja & Din yang dah hampir 2 bulan wujud kat dunia ni. Puas hati, aku ke seberang jalan, mencari Torkuaz. Lama jugak kat situ. Lepas dapat apa yang dihajati, aku kembali ke Sogo, cari kasut pula. Lepas sambar sepasang Scholl, aku naik ke food court. Makan spaghetti Napolitana. Jadi vegetarian la pulak... Lepas tu turun bawah, pergi beli tako tao n sweet crispy. Seronok betul jalan sorang2 ni. Lepas tu terus baliklah. Ingat nak tunggu pasar malam Jalan TAR, tapi baru pukul 2 pm. Tak tau nak buat ape lagi. Duk lama2 kat situ, boleh habis saki-baki duit JPA aku... Nasib baik la aritu dah bayar yuran final sem. Yeay~
Lepas balik, aku duk habiskan masa dengan Jaja & Din je. Teruja betul aku nak tau kisah mereka. Malam tadi aku tidur pukul 3 am. Tu pun xhabis lagi. Pandai la Kak Su buat cerita. Seolah2 Jaja pulak yang tulis novel tu, n Kak Su adalah penasihat n pembaca prufnya... Tengahari tadi baru betul2 habis. Ending yang happy. Jaja & Din buat air mataku merambu2 macam air sungai belakang rumah emak Din. Haha. InsyaAllah, aku pun nak jadi macam Jaja, yang taat, reda, ikhlas n zuhud dengan kehidupannya bersama Din. Aku jadi xsabar pulak nak tunggu Kak Su 'lahirkan' novel baru. Hihi~

p/s: Macam nilah setiap kali lepas baca karya Kak Su, gaya bahasa aku pun terikut macam Kak Su jugak... xpa kan, Kak Su???
Maido ari, jaa~
Comments
senang gak nak buat decision
yg penting misi2 tercapai
mak ngn ayah awk comel je
amal pnh bc karya2 die
best2..