Dah mula sibuk...

Salam alayk...

Sebenarnye dah lama hati meronta2 nak update blog ni. Namun kemalasan yang melanda ditambah lagi dengan kesibukan yang berganda, tak dapat la nak update kan... Jadinye, mari meng-update~


Minggu lepas adalah first week aku posting surgery di PPUKM. Amatlah berbeza dengan posting surgery di HTI. Bagai langit dengan bumi! Dulu boleh la lepak2 pergi ward, ikut round pun macam main2 je. Kali ni, kalu tak cover bed, tak tau progression patient, siap la. Itu pun nasib baik aku dapat team Vascular (Mr A dah baik dah tau! hehe). Semalam present 2 case masa grand round. 1 dengan Mr A, 1 dengan Prof H. Kaw2 aku kena... Tapi diorang takde la marah sampai tengking, cuma perli2 sarkastik, provoke2 camtu. Aku ni memang lemah bab2 nak manage patient. Contoh soalannye: How do you prepare the patient for surgery? What antibiotics would you give and why? Aku main taram je cakap ape yang terlintas, mestilah banyak yang salah kan... Mr A siap cakap lagi, "Bagitau je ape yang ade dalam kepala you, kalau salah i boleh betulkan, supaya nanti bila dah houseman, you xbuat kesalahan yang sama." (You see, Mr A dah tak marah2 student...). So far, not bad la kan. Memang masa kena tu, memang muka dah merah, otak dah blur. Tapi bila dah lepas tu, rasa macam puas hati je. Sebab banyak yang dapat belajar. Prof H suruh aku improve lagi. Baik boss!!!

This weekend patutnya team Vascular oncall. Kiranye kami oncall dari hari Khamis sampai Ahad. Hari Khamis tu, new admission ade 6. Semalam Jumaat ade 3. Hari ni xpergi jenguk lagi. Haha. Malam nanti lah. Semalam pun balik pukul 12 lebih. Banyak betul prosedur kena buat. Nasib baik akak2 staff nurse pun baik2. Siap ajak makan balance kuih raya lagi. Haha.

Semoga pakcik yang aku masukkan Foley's catheter sebagai ganti PEG tube nye yang patah tu sihat, n saluran catheter tu xbocor...

Semoga uncle yang buat incision and drainage kat axilla tu ok n dah xsakit...

Semoga pakcik yang baru buat Ray's amputation tu dah xsakit kakinya n wound dia x soaked with blood lagi...

Semoga uncle yang refuse untuk ambil darah tu bagi doktor ambil darah dia untuk check Hb level before transfuse another pint of blood...
dan

Semoga aku semakin tabah menempuhi hari2 akhirku sebagai medical student...

+flowers for Mr Rizal+

+last week JPA masuk, mat sempat pow aku kat sushi king+

Maido ari, jaa~
Justify Full

Comments

ixora said…
semoga nani berjaya jadi doctor yg berjaya. berusahalah!
Salsabila said…
thanks tasha... doakan nani... ^_^
Mat Hazwan said…
aiseh.. ada jugak gambar kt sushi king tu..

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Dinner Alumni Medic UKM 2016