Batu belah batu bertangkup, telanlah aku...
Salam alayk...
Wan sangat gembira hari ni. Ummi telah membelikan telur ikan tenggiri kegemaran Wan. Sudah lama Wan tidak makan telur ikan tenggiri. Yalah, di kampung begini, manalah nak cari telur ikan tenggiri. Sedapnya makan malam nanti, makan telur ikan, fikir Wan. Hatinya mula bernyanyi kecil.
Petang itu Wan mula menggoreng telur ikan tenggiri. Goreng biasa dengan garam dan kunyit pun sudah cukup menaikkan selera Wan. Makin kecur air liurnya melihat telur ikan itu mula kekuningan di dalam kuali. Sedapnya! Lepas menggoreng, Wan menyimpan telur ikan di bawah tudung saji. Wan mengira; Pak Cu satu, Wan satu. Cukuplah. Pak Cu mesti mahu makan nasi sebelum ke masjid untuk solat Maghrib.
"Abang, makan nasi dulu," Wan mengajak Pak Cu makan. Pak Cu yang baru pulang dari kebun terus membasuh tangan. Memang lapar selepas sepetang di kebun. Anak tomato baru berbunga. Kacang panjang juga mahu berbuah. Alhamdulillah, syukur atas rezeki ini. Wan menyendukkan nasi ke pinggan.
"Eh, awak tak makan sekali ke?" tegur Pak Cu apabila Wan tidak menyendukkan nasi ke pinggan sendiri. "Nantilah saya makan dengan Su Ha lepas Maghrib nanti. Kenyang lagi ni," kata Wan. Wan meminta diri untuk naik ke ruang tengah rumah.
Lepas Manghrib, Wan dan Su Ha ke dapur untuk makan malam. Wan sudah tidak sabar lagi untuk merasai keenakan telur ikan tenggiri. Apabila tudung saji dibuka, Wan tergamam. Telur ikan tenggiri sudah habis! Pak Cu telah menghabiskannya. Argh!!!
Kecewa Wan malam tu. Kempunan mahu makan telur ikan tenggiri. Su Ha hanya ketawa. Su Ha perli Wan: Larilah, masuk dalam batu belah batu bertangkup. Haha~ Tapi, adakah Wan marah pada Pak Cu kerana makan telur ikan tenggiri bahagiannya??? Tidak, kerana Wan sayang pada Pak Cu... *wink*
p/s: Ni kisah benar, tapi diolah sikit untuk lebih menarik. Kisah ni diceritakan oleh Ummi. Wan adalah nenekku. Pak Cu adalah datuk tiriku. Dan Su Ha adalah ibu saudaraku. Memang lawak, lebih2 lagi part masuk batu belah batu bertangkup tu... Haha~
Comments