Hari ni sangat best!
Salam alayk...
Hari ni aku rasa sangat best! Sebab aku dapat menyempurkan sebahagian daripada keinginan aku.
Pertama: Pagi ni aku dapat makan nasi lemak ayam kat Hajris Bistro, walaupun pada awalnya aku sangat teringin nak makan nasi lemak ikan aye. Memandangkan nasi lemak ikan aye amat sukar ditemui di Bandar Tun Razak, Bandar Seri Permaisuri, Cheras, hatta di KL pun. Aku terpaksa akur dengan lambakan ayam di KL ni. Mujurlah nasi lemak ayam Hajris Bistro enak, terutama ayam gorengnya...
Kedua: Selepas sarapan, aku dan sahabat berkereta ke Giant. Aku ingin membeli sebuah meja tulis yang sesuai diletakkan di bilikku. Mujurlah aku siap dengan ukuran keluasan kawasan dan pita pengukur. Aku telah membeli sebuah meja tulis pasang siap dengan harga RM 64.99. Balik je dari Giant, maka bertukanglah aku. Tapi aku perlukan hammer (penukul) dan screwdriver. Mana nak cari??? Mujurlah dengan idea Fakhriyah, botol sos cili Kimball menjadi penukul, dan hujung gunting menjadi screwdriver. Akhirnya, inilah hasil pertukangan aku...
Ketiga: Memandangkan hari lahir Fakhriyah telah jatuh pada 12 Mac lepas, kami belum sempat membuat sambutan hari lahirnya. Maka, hari ni, dengan perancangan ad hoc dari aku n Khairun, kami telah keluar membeli kek. Kami telah berpakat dengan Ainul n Bad. Inilah rancangan kami;
1. Khairun bagitau Fakhriyah, dia x jadi pergi kafe Wahid dengan Fakhriyah sebab sakit perut.
2. Fakhriyah tanya aku n Ainul nak pergi kafe Wahid x, dua2 jawab xnak.
3. Bila Fakhriyah pergi kafe, aku n Khairun lari beli kek.
4. Lepas beli kek, aku telefon Bad suruh pergi rumah kami, konon2nya lapar.
5. Bila sampai ke kolej, aku telefon Ainul suruh kunci pintu depan rumah. Bila aku ketuk, biarkan Fakhriyah yang buka.
Begitulah, nyaris2 Bad yang nak bukakan pintu. Tapi Ainul sempat tarik Bad. Fakhriyah yang hairan, lagi bertambah hairannya. Bila dia buka pintu, TAADAA!!!
Kek kiwi yang best. Maaflah Hajera n Izzati, kek bahagian korang sudah selamat masuk dalam perut kami. Haha~
Seronoknya...
Maido ari, jaa~
Comments
Ikan aye is Ikan Tongkol kat sini.. huhu~~
n i love to eat Nasi lemak with ikan aye.. beli kat kedai Pok De..
kih2...
ikan aye...oh ikan aye...
wishkan kt fakhriyah ek...besdey dkt2 ngn aku rupenyer....hahha
haha, orang terengganu je panggil ikan tongkol tu ikan aye...
to shah:
namenye pun ad hoc, buat kt bilik je. sbb tu x jemput ramai org
to yun:
jom yun, mggu dpn kte gi sarap kt hajris ramai2
sedih fakriah tau g wahid tu sorg2..kaka
apepun..tq so much utk korg suma..
mmg mnjadi!!!
luv you all...muahxx
-fakriah-
yummmyyyyy!!!
nanti kita masak nasi lemak ikan aye, nk?!