Hidup ni perlukan perubahan dan pengubahsuaian

Salam alayk...

Sekarang ni semua orang tengah sibuk pasal boikot produk2 Israel dan Amerika. Hidup ni perlukan perubahan. Aku juga sedang membuat beberapa pengubahsuaian, selari dengan isu boikot-memboikot ni... (termasuklah memboikot kafe Wahid :p)

Ni antara senarai barang2 yang aku boikot dan penggantinya:

1. Nescafe --> Per'l Cafe atau White Coffee Combywhite
2. Milo --> Oligo Coco
3. Pepsi --> Radix Cola
4. Biskut Jacobs atau Danone --> Biskut Tiger atau Hup Seng
5. Sos cili Maggi --> Sos cili Life atau Kimball
6. McDonald's atau KFC --> Ayam goreng, kebab dan burger kat pasar malam
7. Pizza Hut --> Domino Pizza atau piza Melayu
8. Nokia --> Sony Ericson
9. Carrefour atau Tesco --> Jusco atau Pasaraya Pak Aji
10. Johnson&Johnson --> Anakku
11. Kotex --> Stayfree
12. L'oreal --> Mustika Ratu
13. Maybelline --> ZA
14. Lux --> Secret Garden
15. Susu Dutch Lady --> Susu Goodday

Jadinya, aku perlu lebih berhati2 semasa membeli barang2 keperluan dan kehendak. Setakat ni je yang aku mampu buat untuk saudara2 ku di Palestin khususnya, dan seluruh dunia, amnya.

p/s: Isu boikot-memboikot ni sangat efektif. Kesannya, KFC kat stadium bola depan PPUKM ni kosong, takde pelanggan. Dan dengarnya 1 premis McDonald's kat CM dah ditutup sebab tak laku... Wallahua'lam.

Teruskan memboikot, kawan2!

Maido ari, jaa~

Comments

shiihajira said…
wow good2 ibarat pepatah melayu:
patah tumbuh hilang berganti.....hehe
boikot barangan israel...beli barangan Malaysia....
mYshah said…
huuhu, menarik gak gantian2 tu,
trutama untuk McD ngan KFC tu. tp da lame x g pasar. xde sape nak bawak aku g sane :(
FaNa said…
giler ar nani pakai ZA.. x mahal ke nani..
Anonymous said…
nani, garnier kate nye kene boikot.. tul ke?

pastu nk tny, body shop pn listed jgak ke?

hurm.. nk tuka kpd ape lak ye? *berfikir*

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)