"This is how we break the ice..."
Salam alayk...
Tak tau kenapa tangan ni gatal je nak tulis blog... Aku betul2 rasa nak kongsi apa yang ada kat dalam kepala otak aku sekarang ni. Huhu~ Ada kawan2 kata rajin betul aku tulis blog... ada je entry baru. Nak buat macam mana, blog ni dah jadi tempat aku meluah apa yang terbuku di hati.
Tadi aku clerk seorang nenek ni untuk case write up aku. Kebetulan cucunya yang jaga dia. Alhamdulillah, nenek ni, dalam usia 73 tahun, masih lagi dikurniakan ingatan yang kuat. Aku kagum dengannya... Ya lah, kita yang masih muda ni pun kadang2 datang jugak penyakit dementia tu. Aku harap sangat bila aku tua nanti, aku ni masih lagi ada daya ingatan yang bagus, supaya aku tak menyusahkan anak n cucu aku (Jauh betul aku fikir...). Aku berkenalan la dengan cucunya, Hanis. Sebaya je dengan aku. Belajar kat KUIS sekarang. Lepas clerk n buat PE, aku pun minta diri. Perut pun dah lapar, maklumlah, tak sempat sarapan pagi tadi sebab terkocoh2 nak pergi CPC. Hihi~
Aku pergi la kafe audi sorang2, nak makan nasi lemak. Ada satu meja kosong, boleh muat 6 orang. Tapi memandangkan tu je meja kosong yang ada, aku pun letak la beg kat situ n terus pergi beli nasi lemak (Sarapan nasi lemak lagi, mana tak gemuk? Hoho~). Masa aku nak pergi letak nasi kat meja tu, adalah seorang brother ni duduk kat situ (Dia ingat takde orang kot). Dia tanya aku berapa orang (obviously AKU = sorang). Dia kata nak tumpang duduk dulu. Fine lah, tak kan nak kata tak boleh kot. Dia tunggu orang agaknya. Aku pun pergi ambil sudu n garfu n duduk balik kat situ. Maka aku makanlah dengan khusyuknya sebab lapar sangat. Si brother ni pulak bukak sesi soal jawab dengan aku, berbasa-basi tanya macam2... "You all ni waktu rehat sekali ke? Ramai je kat kafe ni." "You lepas ni masuk kerja balik lah?" "You ni dah kerja ke, still belajar?" "You dah tahun berapa?" "Eh, you makan tak minum air ke?" Banyak betul soalan brother ni... Bukan aku tak suka, tapi aku pantang orang tanya soalan waktu aku tengah makan n mulut aku penuh. Nanti nampak sangat la tak sopan cakap dengan mulut penuh! Masa layan dia cakap, isteri n anak dia datang. Comelnya anak dia!!! Isteri dia pergi beli makanan dulu. Dia siap tanya, aku nak air apa, dia nak belikan. Hoho~ Aku cakap takpelah, tak payah susah2... Tapi brother tu belikan jugak air mineral kat aku. Mungkin sebab dia nampak aku tak selesa cakap dengan dia, dia kata, "Sorry la, this is how we break the ice." Aku tersipu2 dengar dia cakap macam tu, sebab sebenarnya bukan aku tak selesa bercakap dengan dia, tapi aku tak suka bercakap masa makan. Dia dah salah anggap. Nasib baik aku sempat cover dengan kata "Takpe2, it's okay..." Heh~ Kemudian masa brother tu pergi beli makanan, aku borak2 dengan isteri dia (masa tu aku dah siap makan). Isteri dia, Kak Nana, pun boleh tahan peramah, tanya macam2 jugak... Anak mereka nama Amirul Haikal, 2 tahun 2 bulan. Petah bukan main! Gene peramah runs in their family... Haha~ Mula2 aku ingat diorang datang sebab ada appointment klinik ke apa. Rupanya Kak Nana kerja kat sini, supervisor kat syarikat cleaning bangunan hospital. Lepas borak2 apa yang patut, aku minta diri, nak pergi ward balik.
Jadi hari ni aku dapat berkenalan dengan 4 orang... Dapatlah aku mengembangkan communication skills aku. Huhu~
Maido ari, jaa~
Comments
ish2..tibe2 terasa
tau...makan smbl bercaakap x baik...
tp kte slalu rasa tyme makan sesuai utk berckp n updates perkembangan idup ngn rakan2
n mmg kdg2 ade org yg jenis ringan mulut n suka je tegur sape ngn org...
hehehe...selaku org2 yg ade gene peramah ni...kte pun kdg2 ade je tego org kalu borink2..tp tgk org la gak..biasanye mkck2 x pun bdak2 kecik..ehehehe
sy penah la denga..
sbenanye sunnah je bersembang semase makan..
kdgn2 ia merapatkan hubungan..
kalau tak..takkan couple2 suke makan same2 kan? hehe
hmm..bole je.
cume jgn bersembang mase mulut penuh..
klu kite mkn ramai2..
kene la bnykkan interval antara menyuap mulut tuh..
supaya kite ade byk mase utk berckp dgn yg len..
sbb tu..kalau lapar sgt..
makan lah sorang2..besh! hehe
mgkn jugak waktu tu sy rase awkward duk sorang2 kat situ. tambah2 lagi ade brother ni tegur. sy kan pemalu orangnye...hik3~
p/s:memang diwajibkan balik semua rakyat TERENGGANU...diulang sekali lagi...semua rakyat NEGERI TERENGGANU diwajibkan balik mengundi...yg tak dapat mengundi,sokong je la...hehe!
nani mmg sopan n pemalu orangnyer...
heeee