Posts

Showing posts from January, 2015

Bah Kuning 2014

Image
Salam alayk... Selamat tahun baru 2015 semua! Rasa kekok pulak bila lama sangat tak update blog ni. Sebab total entry untuk tahun 2014 hanya 9 sahaja. Malas ke sibuk? Entahla... dua-dua kot. Hihi~ OK lah, kali ni aku nak share dengan korang semua pasal banjir yang melanda negara kita pada hujung tahun lepas. Kelantan adalah negeri terburuk yang dilanda banjir. dan aku tak terkecuali menjadi mangsa banjir. Mulai pertengahan bulan Disember (kalau tak silap aku), hujan dan angin kencang dah pun berlaku. Malah ada sesetengah kawasan yang rendah sudah dinaiki air. Air hujan yang bertakung. Memandangkan aku tinggal di Kota Bharu, dan mengikut sejarah-sejarah lampau (ikut cerita pak mertua aku la), kawasan rumah aku tu tak pernah dinaiki air pun. Bah besar tahun 2004 pun tak sampai ke kawasan rumah aku. Namun tahun lepas, segalanya berubah... 24 Disember 2014 - Rabu Pagi tu aku dan Cik Abe ke Hospital Pasir Mas sebab kami ada operasi bersepadu Unit Inspektorat dan Perunda...