Posts

Showing posts from March, 2014

Oscar Fish

Image
Salam alayk... Aku dan Cik Abe bercadang untuk membela haiwan peliharaan baru lepas bela arnab. Kami mahukan haiwan yang senang dijaga. Maka semalam kami survey beberapa pet shop di sekitar Kota Bharu. Akhirnya kami buat keputusan untuk membela ikan... Ikan yang kami pilih adalah Oscar fish atau nama saintifiknya Astronotus ocellatus . Kami beli sepasang. Aku rasa mereka ni jenis lutino tiger, iaitu badan warna putih dengan belang oren dan sedikit warna hitam di sirip dan mata. Oscar fish ni biasanya makan udang kecil dan serangga. Tapi untuk memudahkan kami, kami hanya beri mereka makan pellet yang sedia dibeli di pet shop.  Seronoknya balik boleh tengok si Oscar fish berenang2 dalam aquarium... Maido ari, jaa~

Kek 8 tingkat

Image
Salam alayk... Hari sabtu lepas aku pergi kenduri kahwin Naqiah, kawan sekolah rendah aku (junior aku sebenarnya). Naqiah ni tauke kedai bakeri Dnialicious kat bandar KT. Yang bestnya, ade chocolate fountain! Aku tak makan pun nasi minyak dia. Aku makan marshmallow n strawberry celup coklat je. Pastu paling aku kagum, kek kahwin dia 8 tingkat! LAPAN you all~ Siap hias dengan fresh flowers lagi. Aku saja la tanya kalau kek macam tu berapa harganya... Tau tak, RM 1k! Huhu~ Nasib la Naqiah tauke kek, semua boleh buat... Maido ari, jaa~

Baby arnab

Image
Salam alayk... Hari tu aku lupa nak blog pasal arnab aku. Ingat lagi Tam (hitam) & Ren (oren)? Tapi Ren dah mati. Jadi aku beli 2 ekor lagi arnab untuk temankan Tam, nama mereka Bu (kelabu) & Teh (putih). Tapi Teh pun dah mati. Tinggallah Tam & Bu je... Nak dijadikan cerita, sebab aku berpindah-randah ni, mereka diletakkan kat rumah Umi. Masa Mat balik cuti hari tu dapat la aku check jantina mereka. Tam tu rupanya jantan dan Bu tu betina. Aku memang letak sekali la dalam sangkar. Aku pun tak tahu tanda2 arnab mengandung. Cuma aku perasan mereka makin gemuk. Mungkin sebab cukup makan di bawah jagaan Mat. Hehe~  Satu hari, (masa tu Mat dah balik kolej) aku pergi kerja macam biasa. Tengahari tu aku terbaca dalam WhatsApp grup family aku Atin bagitau yang arnab aku beranak! Terkejut aku! Bila Umi check, 6 ekor semuanya. Cuma yang sempat diselamatkan 2 ekor je sebab yang lain tu bapak dia (Tam) dah gigit. Huhu~ Kesian sangat. Aku pun cari kotak kat klinik dan te...

Tempat kerja baru

Salam alayk... Mulai bulan Mac 2014, aku dah berpindah ke Kelantan. Aku bertukar ke Kelantan sebab ikut 'Cik Abe' (panggilan untuk suami bagi orang di sini). Diakan anak jati Kelantan! Aku ditempatkan di Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah di Unit Kesihatan Sekolah. Kiranya aku berulang la dari Kota Bharu dalam 45 minit sebab jalan pun tak sibuk. Unit aku ni staf dia 4 orang je tak termasuk aku. Ada staff nurse, jururawat masyarakat, penolong perawatan kesihatan dan pemandu. Kerja kami hari-hari pergi sekolah. Periksa budak dan cucuk imunisasi. Kadang2 ada jugak hari yang tak pergi ke sekolah, maka bertapalah aku dalam bilik aku ni... Hihi~ Lepas tu program di bawah unit aku adalam Program Doktor Muda dan program LINUS. Doktor Muda tu yang macam korang tengok dalam TV tu la, cuma yang aku pantau ni lebih tumpu kat sekolah je. Takde lah nak masuk TV bagai kan... Program LINUS tu pulak untuk saring pelajar yang bermasalah dalam literasi dan numerasi. Adalah instrumen d...