Posts

Showing posts from October, 2012

Microwaved Fried Rice

Image
Salam alayk... Dua tiga hari lepas, dapur gas ku rosak. Mungkin kepala gas tu bocor sebab aku dengar bunyi gas dari kepala gas tu. Memandangkan belum beli lagi kepala gas yang baru, aku pun merehatkan aktiviti dapur gas tu. Makanya, aku terpaksalah memasak menggunakan peralatan dapur yang lain seperti microwave, oven dan multicooker. Oleh sebab aku malas nak keluarkan multicooker dari dalam kotak (sebab tak pernah guna lagi), aku buat keputusan untuk masak sarapan guna microwave je. Jeng3... Nasi goreng microwave Resipi ni aku tengok dalam buku manual microwave. Aku ubah2 sikit ikut resipi sendiri. Hehe~ Bahan2: Nasi Telur Sayur campur + lada merah Sosej Bawang putih + bawang merah Minyak Kicap Garam Cara2: 1. Gaul nasi dengan telur. Gaul sosej dengan kicap. Ketepikan. 2. Masukkan minyak dan bawang ke dalam bekas kaserol. Panaskan dalam microwave dengan suhu tinggi selama 2 minit hingga naik bau. 3. Masukkan sosej. Gaul sebati. Pan...

Makan2 kat KL

Image
Salam alayk... Lepas hantar Ayah dan Umi ke KLIA, aku dan Encik Suami ke Putrajaya, Precint 3. Lebih tepat lagi, Istana Kehakiman, tempat kerja kakak Encik Suami. Berpusing jugaklah kami cari Istana Kehakiman tu. Kami sempat ambil gambar kat perkarangan Istana Kehakiman tu. Kak Long ajak kami naik ke pejabatnya. Nak masuk ke Istana Kehakiman tu macam menakutkan jugak, sebab ada polis kawal dan kena scan beg dan badan macam nak masuk ke balai perlepasan kat lapangan terbang pulak. Kami terus naik ke tingkat 2 dan Kak Long bawak kami masuk ke pejabatnya. Kebetulan dah nak pukul 5.30pm, kami balik sekali dengan Kak Long dan Abang Saiful sebab Encik Suami lupa jalan ke rumah Kak Long. Hehe~ Rumah Kak Long kat Bandar Seri Putra, Bangi. Sampai je, kami disambut oleh Iman, anak sulung Kak Long dan Abang Saiful. Iman tu umur je 3 tahun, cakap macam orang besar. Biasalah, bila dari umur 2 tahun dah pergi sekolah... Seorang lagi anak Kak Long adalah Baby Zahia, 6 bulan. Mereka dijag...

Konvo Mat

Image
Salam alayk... 10 Oktober adalah hari konvokesyen Mat. Oleh sebab Mat belajar di Multimedia College, KL, maka majlis konvokesyennya telah diadakan di Multimedia University, Cyberjaya. Aku dan Encik Suami bertolak dari Kemaman sehari sebelum majlis. Kami sampai di Cyberjaya pukul 10 malam dan terus cari hotel. Mujurlah jumpa Cyberview Resort & Spa, kira2 10 minit je ke MMU. Hotel tu 5 bintang, kadar penginapannya pun boleh tahan. Aku memang siap sediakan passcard, jadi kami dapat government rate. Hehe~ Bilik kami adalah chalet kembar 4 menghadap tasik. Buka je pintu bilik, aku terus teruja. Cantiknyer!!! Masuk-masuk, ada pantry. Katil dia bertiang 4, siap ada kelambu lagi. Bilik mandi tak payah cakaplah, memang kelas! Nama pun hotel 5 bintang kan... Tapi aku tak sempat ambil gambar, sebab penat sangat. Hehe~ Lepas letak barang2, kami keluar untuk cari makanan sikit sebab lapar. Pusing punya pusing satu Cyberjaya, xjumpa pun mana2 kedai makan. Aku sangka adalah McD ...

UPLogist cum green zonologist :P

Salam alayk... Untuk pengetahuan semua, aku kan MO kat Unit Pesakit Luar. Tapi semalam ada special request dari Puan Pengarah Hospital. Dia mintak aku cover green zone A&E. Sepatutnya memang xde MO kat green zone pagi2 sebab UPL kan buka. Normal lah. Tapi semalam arahan baru secara ad hoc keluar. Alasannya, MO kat UPL 6 orang, ramai... Tak tau lah bos UPL tahu ke tak... So aku secara paksa rela duduk la kat green zone tu. Mujurlah xramai pun patientnye... Mulai esok seorang MO dari UPL kena pergi cover green zone. Nasiblah... huhu~ p/s: Ingat moto KKM: Kami sedia membantu~ Maido ari, jaa~