Posts

Showing posts from September, 2012

Lauk tapau

Salam alayk... Semalam aku pasif call. So pukul 3am kena pergi hantar patient (baby 3 bulan) ke HSNZ untuk PICU management. Sampai balik Kemaman pukul 7.30am. Aku decide untuk masuk klinik lambat sikit sebab nak balik rehat n masak kejap. Siap rehat n masak, pukul 10.30am aku ke hospital. Dalam pukul 12pm, Encik Suami call bagitau Mama & Papa nak singgah lunch. OMG! Abisla aku... Dah la rumah agak bersepah, lepas tu aku masak lauk cukup2 je... Masak simple2 sup ayam n goreng sayur. Tiba2 Encik Suami beri idea brilliant. Dia suruh tapaukan nasi n lauk dari kantin hospital. Hurm, good idea! Hehe~ Pukul 1pm, aku bergegas ke kantin. Tapi sedihnya, xbanyak lauk yang ada. Aku cuma beli ikan singgang n sup sayur. Balik je, nasib baik Encik Suami dah siap tolong vakumkan lantai. Lega sikit hati. Hehe~ Aku terus panaskan nasi n lauk2 tadi. Papa & Mama sampai pukul 1.50pm. Kami makan ramai2. Mujurlah lauk cukup. Aku tahu Mama tahu yang aku beli je lauk2 tu. Tapi normal a...

Jalan-jalan di Kota Bharu

Salam alayk...   Kami bertolak pukul 11 pagi. Sempat singgah di rumah Wae n Mok (nenek2 ku). Kami sampai di KB pukul 4 petang. Terus kami cari nasi kerabu untuk makan tengahari. Rumah lama Encik Suami tu di sebuah kawasan bernama Kota. Rumah banglo lama, rasanya dibina sekitar tahun 1976 kot. Ala, macam banglo lama zaman2 dulu yang selalu tengok dalam filem Datuk Jins Samsudin... Haha~ Rumah tu siap Papa lengkapkan dengan alarm n CCTV. Memang sekuritinya tip top! Biasalah, rumah tinggal, sesiapa pun tergoda nak masuk... Kawasan rumah tu bersih sebab ada jiran yang tolong bersihkan. Petang tu kami ziarah ke rumah adik beradik Papa (Ayah Cik n Mek). Aku sangat kagum dengan reka bentuk rumah Mek (kakak Papa). Rumah bentuk A 4 tingkat. Menarik! Nak ambil gambar, tapi Encik Suami tegur, nampak macam jakun sangat. Haha, memanglah, dia dah biasa dengan rumah tu. Aku kan baru first time tengok n masuk dalam rumah tu... Kami dijamu dengan pelbagai makanan oleh Mek n Ayah Cik. Sate,...

Majlis sambut menantu

Image
Salam alayk... Lamanya aku tak update bloh ni kan... Macam dah bersawang jer... Moh le kite gotong-royong bersihkan blog ni, yuk! Hehe~ Meh aku cerita pasal majlis sambut menantu aku pada 1 September lepas... Haha, lepas 2 bulan kahwin baru sambut menantu. Seronok tau, sebab macam kahwin sekali lagi. Hehe~ Kami sempat pergi sewa baju kat butik pengantin. Mekap, Cik Na (makcik aku) je yang mekapkan... Malas la nak mekap tebal2, lagipun Encik Suami tak suka tengok aku yang tak ori! Haha~ Tema hari tu krim + maroon kot... Pagi tu aku siap2 mandi n pakai baju kebarung songket kaler krim. Malam tu aku inai siap2 n jaga supaya inai tak comot macam hari tu. Pakai 2 jam pun dah merah. Ok lah, untuk esok sehari je kan... Lepas tu Cik Na mekapkan. dalam pukul 11 Encik Suami datang jemput kami. Rombongan perempuan sampai pukul 12 tengahari. Panas terik u all... Nasik baik la Ayah Su + Cik Su (pakcik + makcik Encik Suami) siap tunggu dengan payung. Kami berarak ramai ke kawasan rumah ...