Posts

Showing posts from February, 2012

Chapter VI - A&E

Salam alayk... Alhamdulillah, akhirnya aku dapat juga keluar dari posting paeds yang pada aku, tak best langsung! Mungkin sebab pengalaman2 buruk aku kat sana kot... Mungkin bagi orang lain paeds ni best. Terpulanglah... OK, mari kita cerita pasal benda yang lagi best, iaitu aku dah masuk posting terakhirku untuk program housemanship ni. Rasa macam sekejap je 2 tahun. Masa perjumpaan dengan pengarah hari khamis lepas, macam xpercaya je kami dah nak jadi MO dalam masa 4 bulan lagi. Takut pun ada, excited pun ade. Aku dah hantar permohonan untuk pendaftaran penuh MMC. Harap2 diterima dan diproses dengan mudah. Amin... Posting A&E ni best. Dengan bos yang sporting walaupun garang, dengan MO yang baik walaupun kadang2 tegas. Menarik sangat. Aku dah decide, lepas habis HO ni, aku nak buat A&E. Dah bagitau pengarah dah pun. Bos pun setuju aku duk situ. Yeay! OK lah, sampai sini je dulu. Nanti aku update lagi. Maido ari, jaa~